Showing posts with label Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1446 Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1446 Hijrah. Show all posts

Sunday, 2 March 2025

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Mubarak 1446 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah 

Syukur pada ilahi, kita sekali lagi diberi keizinan oleh Yang Maha Esa untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan Barakah. Semoga dapat menunaikan ibadah dengan lebih baik dan menjadi Bulan Ramadhan yang terbaik dari sebelum. 

Aku doakan pada semua yang berkunjung ke blog ini diberi kesihatan yang baik di sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Moga kita semua mengambil peluang untuk mengejar pahala pada Ramadhan kali ini sehabis baik. 

Insyallah esok first day puasa yang jatuh pada hari Ahad bersamaan 02/03/2025. Agak mudah dan sangat selesa untuk memulakan puasa pada kali ini. Perasaan nervous pun ada sebab masih lagi batuk berkahak walau dah masuk minggu ke-3 masih lagi tak sembuh. 

Update 04/03/2025 : Alhamdulillah batuk kian beransur pulih. First day puasa Atiya sahaja yang berjaya berpuasa sehingga azan maghrib. Athira bertahan sampai pukul 3 petang sahaja sebab tak tahan tengak si Affan dan Afnan makan nugget dan burger. Terliur sampai minta izin nak berbuka.

But second day of Ramadhan. Walau bersekolah Atiya dan Athira berjaya puasa sehingga ke azan maghrib. Syukur alhamdulillah tiada paksaan namun mereka seikhlas hati nak berpuasa. Masing-masing berumur 10 dan 8 tahun pada tahun 2025 ini. Memang nak kena latih mereka untuk berpuasa dengan lebih baik.