Monday, 18 March 2013

Part 3 : The Netherlands - Away To Country Side

Sambungan dari Part 2 : The Netherlands - Amsterdam City

Assalamualaikum..

Selepas solat subuh di airport.. aku bersiap-siap untuk naik tren ke Central Amsterdam.. mission hari ni nak pi "tour country side" ada dua pakej.. first pakej 5 jam 30 minit berharga 39 euro.. kalau amik second pakej waktu petang 34 euro - 4 jam 30 minit.. nampak beza tak banyakan.. tapi euro tu mahal beb hahaa.. so aku amik la yang waktu petang.. sementara nak tunggu petang tu.. aku jalan2 lagi sekitar Bandar Amsterdam ni.. 

Tiket tour country side @  Central Amsterdam
Sampai di Perkampungan Windmills
Nasib Baik ada yg sudi amik pic aku  :D
Oh lupa nak bagitahu.. makanan aku dari semalam hanyalah biskut yang di bawa.. ada la dalam 15 peket.. nak jimat punya pasal.. sementara nak tunggu pukul 2.00 pm.. sempat la aku cari hostel untuk malam ni.. agak senang nak dapat hostel mungkin sebab pagi lagi.. letak beg dalam loker.. bawa camera dengan beg kecik jer.. sempat juga aku beli poskad dan pos ke rumah.. :D

Pukul 2.00 pm tepat naik bas.. First destination ke Perkampungan Windmills, North Amsterdam.. apa yang special kat sini ialah orang tempatan masih lagi menggunakan cara tradisional untuk membuat cheese.. tengok diorang buat cheese.. dan boleh rasa sample semua jenis cheese.. tapi tak berani pulak takut tak halal.. Kat kampung ni view memang lawa.. selain cheese ada orang jual poskad, fridge magnet etc.. tak banyak beli sebab mahal.. ada pengunjung lain kata kat aku beli la cheese kat sini murah.. oh yeker.. ade aku kesah? hahaa.. :P


Jom masuk tengok mereka buat cheese.. 
Pemandangan di Perkampungan Windmills
Pelbagai jenis cheese yang di jaul.. gebu jerr kan  :P
Pakcik ni jual aiskrim dan buah-buahan
Perkampungan ini masih menggunakan kipas angin.. dan
membuat cheese secara tradisional @ Windmills

Demo dan teknik membuat cheese oleh Dutch Lady...
Cheese yang gebu2 gitu sluurrrppp hehee
Bergambar kenangan with Dutch Auntie hehee..

Then second destination ke Perlabuhan Pekan Volendam.. agak unik rumah2 di sini.. yang best sebab canal is every where.. pastu bersih.. ada banyak itik dengan swan.. masa jalan2 kat Pekan Volendam ni.. aku dengan tak sengaja terbeli lagi poskad dan beli fridge magnet lagi hehee..

Masa agak lama yang di beri untuk melawat seluruh kawasan pekan ni.. but aku datang bukan nak shopping.. just nak tengok2.. nak buang masa aku duduk dekat dengan tebing pantai.. elok juga.. boleh sambung tulis dairi aku yang dah tertangguh agak begitu lama.. seronok juga sebab layan alunan ombak dan suara burung berkicauan..  Ceh poyo sangat hahaha.. 


Mata suruh beli.. Tapi hati kata ada ke duit nak beli @ Volendam
Beli mahal tak beli rugi :P
Siapa dia? aku tak tahu @ Volendam
Kapal-kapal di Perlabuhan Volendam

Bila cukup masa akak tour guide panggil berkumpul - get ready untuk naik ferri pi Marken Island.. di atas ferri ni baru di beri tahu laluan air untuk ke Marken Island ni dah di tukar dari air masin ke air tawar.. menjadi sebuah tasik buatan yang terbesar di Netherlands.. dan penduduk di marken island ini hanya sekitar 2,500 orang.. perjalanan selama 20 minit dari Volendam ke Marken Island..

Ferri to Marken Island

Apa yang best kat pulau ni ialah ada sebuah kilang buat Kasut Croccs Kayu.. dia tunjuk demo macam mana nak buat kasut tu dari kayu.. asal usul cerita dia.. dulu kala pengantin yang pakai kasut kayu ni.. nak kawin.. kalau perempuan tu pakai dia setuju la yang dia nak kawin dengan lelaki tu.. hahaa..

Adat negara orang kan.. sekadar amik pic je la.. nak beli tak kot.. duit banyak lagi nak pakai nanti.. ni baru first country kene saving.. then naik bas untuk balik ke Amsterdam.. datang naik ferri balik ikut jalan sebab tanah yang dia dah tambak untuk buat jalan.. that why jadi tasik buatan paling besar di Holland..

Lepas tour perkampungan di pulau ni dan melawat kilang kasut kayu ni.. dekat pukul 7 malam baru bertolak balik ke Central Amsterdam.. dalam tiket kata tour 4 1/2 jam jer.. tapi bila sampai Amsterdam dah 5 1/2 jam lebih gak.. so sama je la dengan trip mahal :P


Kasut Croccs terbesar kot..
Boleh design dengan corak sendiri..
Kilang membuat kasut kayu Croccs at Marken island..
Sampai Bandar Amsterdam terus balik hostel.. mandi, solat, makan maggi dan lepak dengan backpackers yang lain.. ada dari Macedonia, India dan Japan.. dan nasib baik dalam bilik aku ni semua lelaki.. 

Ada sesetengah bilik hostel khas untuk lelaki atau perempuan.. ada yang campur jer.. malam aku tido awal.. walau rakan sebilik ajak jalan2 waktu malam.. satu malasa ikut sebab diorang bukan islam.. nanti ada la benda yang ngarut diorang akan buat.. baik elak dari awal2..


Bergambar bersama Countryside Bus..

Keesokan pukul 7.00 pagi check out.. ada rakan sebilik yang sempat aku say bye.. ada yang tak sebab ramai yang tak bangun lagi.. pagi ni sempat beli small french loaf untuk sarapan.. sebab perut nak something different.. asyik biskut jer.. then dari Central Amsterdan aku amik tren pi Amstel Station kalau tak silap.. lupa pulak nama station tu :P ..

Dekat Station ni jugalah terletak nya Terminal Eurolines.. memang aku cuba nasib untuk beli tiket ke Brussels.. alhamdulillah memang ada.. lagi setengah jam nak berlepas.. harga 23 euro.. dan yang membuat aku tersenyum adalah bila aku kene marah dengan driver bas bila dia nak something dari aku.. 

Sebab aku tak faham sangat apa yang dia cakap.. dan dia pun tak reti sangat English :p hehehe.. selepas di "explain" kan oleh seorang penumpang wanita lain dengan English yang clear maka baru aku faham.. dia minta boarding pass jer.. dalam bas aku tido jer.. strait sampai Brussels.. Continue Part 4

22 comments:

  1. TTBoy, terkebil2 JM nk abiskan entry ni sbb tulisan warna putih pastu background hijau light jdnya tulisan kurang jelas :-)
    Alangkah nampak lebih jelas klau salah satu ada warna kontra, just suggestion from my two cents :-)
    Jgn marah tau heeee

    ReplyDelete
  2. Uik lepas komen bsckground dh tukar ke hijsu lumut oklah ni bsru santek hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Jm tak tunggu page abis laoding la nie.. hehehe excited sgt nak baca hahahaha.. :P

      pape pun thanks sebab bg suggestion... :D

      Delete
    2. Hehehe malu sendiri sambil sembunyikan kepa bwh meja heeee

      Delete
    3. tak payah la kak JM.. orang tak nampak pun hahahaa.. :P

      Delete
  3. Replies
    1. Cik Halimah.. memang best.. especially view yang indah.. dalam bandar mahupun luar bandar.. :D

      Delete
  4. Canal kat town tak beku ker? Katanya musim sejuk boleh main ais skating kat canal amsterdam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la kot boleh main ais skating sebab kalau winter sampai minus degree kat sana.. insyallah next time try datang winter.. :D

      Delete
  5. cantiknya...aritu transit je kat AMS, takdan la nak jalan tgk windmill...bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm.. kalau transit lebih 7 jam boleh la amik package tour ni.. 4 jam jer... insyallah next time Kak DJ ada rezeki nak pi sana :D

      Delete
  6. salam..tumpang tanya..travel and tour dekat amsterdam tu beli online ke mcm mana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      Thanks bertanya... Tiket tour countryside ni byk di jual di kedai-kedai sekitar Bandar Amsterdam..

      Dan ada kedai offical untuk tour nie.. Tak sure boleh book dlm internet.. Sebab orang yang bagitau pada saya pun kata.. Just beli on time.. Is better.. Even saya datang time pick season still boleh beli tiket..

      Delete
  7. Replies
    1. Impian ramai orang.. Insyallah suatu hari nanti anda juga akan ke sana.. :D

      Thanks for coming and follow my blog :D

      Delete
  8. bgus2..elakkan selagi mana boleh..kekadang bnde nk jadi kite xtau.lg le kt tmpt org kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan selalu elakan diri dari perkara tak di ingini..

      Delete
  9. Asslm, saya akan ke Amsterdam minggu depan, so macam mane saya nak dapatkan tiket (Tours & Tickets) tu. Help me please!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...
      Thanks bertanya... Tiket tour countryside ni byk di jual di kedai-kedai sekitar Bandar Amsterdam..

      Dan ada kedai official untuk tour nie.. Tak sure boleh book dlm internet.. Sebab orang yang bagitau pada saya pun kata.. Just beli on time.. Is better.. Even masa saya datang nie tgh time pick season still boleh beli tiket..

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...