Thursday 7 September 2023

11 Tempat Menarik Di Dalam Bandar Kuala Lipis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kuala Lipis Part 2 : Taman Awam Kuala Lipis - Muzium Waisan Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari.

Memang betul tak banyak tempat yang boleh dilawati di dalam Bandar Kuala Lipis dan dalam masa 30 minit anda boleh mengelilingi seluruh Bandar Kuala Lipis Lama mahu pun Bandar Baru Kuala Lipis. So dari pengalaman selama 3 hari dua malam di Kuala Lipis. Meh aku listkan 11 tempat menarik di dalam Bandar Kuala Lipis untuk dilawati jika anda berkunjug ke Kuala Lipis.

1. Jambatan Kereta Api Kampung Tanjung Jati.

Tempat ni agak rare sebab jambatan ini di bina di era penjajahan British sebelum kemerdekaan. Mempunyai pemandangan yang unik dan menarik dengan berlatar belakangkan pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Namun agak menyedihkan ia seperti tidak dipelihara sangat oleh pihak berkuasa tempatan dan kewujudanya jarang diwar-warkan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Jambatan Kerata Api Kampung Tanjung Jati, Kuala Lipis.

2. Stesen Kereta Api Tanah Melayu Lama Kuala Lipis.

Sama seperti no satu di atas stesen ini telah dibina era zaman British pada tahun 1921. Bila sebut stesen kereta api ini bermakna seluruh bangunan yang terdapat disekeliling kawasan ini juga rata2 telah mencapai 100 tahun. Maka pastikan take your time untuk berjalan-jalan dari stesen ini ke kawasan pekan lama yang berhampiran. Terdapat juga beberapa lukisan dinding (rural) yang cantik dibeberapa di ini.

Stesen Kereta Api Lama Kuala Lipis

3. Kedai Kopi Stesen.

Boleh baca di part 1 berkenaan Kedai Kopi Stesen ini ianya tak jauh dari stesen kereta api lama. Boleh berehat sebentar di sini sambil menikmati old school style mengopi, roti bakar, roti kukus, nasi lemak ayam, bubur ayam, kuew teow dan nasi goreng serta pelbagai menu lain. Dibuka setiap hari kecuali Rabu dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. 

Pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak, Bubur Nasi Berlauk Rati Kukus dan banyak lagi.

4. Masjid Negeri Lama 1888 - Bangunan Pertama di Kuala Lipis.

Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar berketurunan Yemen yang bernama Habib Hasan di mana beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Madrasatul Firdaus dan masjid ini adalah bangunan tertua di Kuala Lipis. Uniknya masjid ini masih dikekalkan seni bina dari 135 tahun yang lalu.

Bangunan pertama di Kuala Lipis dan masjid pertama di Pahang.

5. Muzium Warisan Lipis Di Bukit Bius.

Muzium ini mejadi tempat tersimpanya beberapa galeri maklumat sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis. Muzium ini juga tempat lahirnya Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 iaitu Dato Seri Najib Razak pada ketika ayah beliau menjawat jawatan SUK Negeri Pahang iaitu 17 tahun sebelum menjadi Perdana Menteri ke-2.

Muzium Warisan Lipis - Entrance Fee RM1.00 seorang.

6. Residency Resthouse.

Dibina oleh penjajah British pada tahun 1922 di puncak tertinggi Kuala Lipis. Menjadi kediaman kepada pegawai-pegawai tinggi era British. Pegawai pertama yang menduduki rumah ini adalah Hugh Clifford yang bertugas sebagai Presiden Ulu Pahang dan kemudian disambung oleh pegawai-pegawai lain sehinggalah terhenti apabila tercetus perang dunia ke-2. Pada tahun 1958 - 1965 kediaman ini dijadikan sebagai asrama pelajar SMK Clifford dan sekarang telah dijadikan sebagai Rumah Tumpangan - Residen Inn.

Bangunan yang berumur 101 tahun tetap utuh berdiri.

7. Pasar Bunga Cengkih.

Agak tidak lengkap jika ke Kuala Lipis tapi tak merasa ikan air tawar tempatan. Jika anda tertanya-tanya di manakah tempat anda boleh membeli ikan seperti Krai, Tapah, Tenggalan, Patin Buah, Kenerak, Sebarau, Baung, Lampam dan sebagainya. Maka di sinilah tempatnya. Jika anda bernasib baik mungkin terdapat Ikan Kelah dijual di atas meja. 

8. Taman Awam Kuala Lipis.

Terletak bersebelah dengan Masjid Daerah Lipis atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mahmud. Telah dibina sebelum 2017 lagi namun telah diberi nafas baru selepas PKP yang lepas. Mempunyai tempat permaianan kanak-kanak yang luas, tempat bersenam, pondok rehat yang banyak dan trek jogging. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman awam ini.

Keadaan Taman Awam Kuala Lipis - Bersih dan kemas.

9. Che Ngah Kafe.

Jika cuaca panas ketika berjalan-jalan di Bandar Kuala Lipis, anda boleh singgah ke Che Ngah Kafe untuk menikmati aiskrim yogurt buatan anak melayu tempatan Lipis. Selain aiskrim terdapat juga menu seperti nasi goreng, mee rebus, wafer, pasta dan lain-lain lagi. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. Beralamat No 7, Tingkat Bawah Annexe Block, Lipis CenterPoint, 27200.

Aiskrim Yugort yang masam-masam manis.. 

10. Master Cakoi Legasi Pak Ambong

Dari 10 orang tempatan yang ditanya apa yang sedap di Kuala Lipis at least 6 daripada nya akan menyebut kene cuba Master Cakoi Pak Ambong yang terletak di Stesen Bas Lama Kuala Lipis adalah cakoi terbaik di Kuala Lipis. Tak jauh dari Masjid Lama Negeri. Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Beralamat di No.134 Kedai Bandar Baru (Pahang Lin Siong), Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur., Kuala Lipis, Malaysia

Make sure kalau nak beli amik yang baru masak panas-panas tu.
Nak beli Cakoi frozen pun ada di sini. Terdapat juga beberapa jenis kuih tempatan yang di jual.

11. Azmi Ikan Steam Tempoyak.

Nak beli ikan air tawar tempatan boleh ke Pasar Bunga Cengkih tapi jika nak makan, kat mana? Maka anda boleh ke Azmi Ikan Steam Tempoyak. Ada sebab kenapa aku letak yang ni terakhir nombor ke sebelas sebab nak makan kat sini make sure kene ada duit tebal yer hahaha. Hidangan Ikan kelah masak sekilo berharga RM520.00. Hidangan Patin Buah RM200.00 sekilo. Tapi kalau tak amik hidangan ikan air tawar tak perlu risau kerana masakan lain harga adalah biasa seperti di tempat lain :D

Nak rasa sedapnya Ikan Kelah boleh datang ke sini merasa :D

Setiap tempat akan ada keistimewaan mereka tersendiri baik dari segi keadaan geografi, cuaca, makanan, sejarah dan juga cara kehidupan (budaya) serta ekonomi. Kuala Lipis kaya dengan warisan sejarah tersendiri dan antara tempat Mat Kilau pernah berjuang bersama pengikutnya menentang British - Part yang kata Mat Kilau ni ada seorang pakcik berumur 87 tahun bagitau masa jumpa di masjid. :D

46 comments:

  1. thanks for sharing. bolehlah usha2 some of these spots in case ter bercuti kat lipis heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.. kalau menyinggah boleh lawati mana2 yang berkenan :D

      Delete
  2. Roti ada telur dan kaya tu banyak juga dia bagi ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila pi kedai yang jenis tak berkira.. asal nak bgi customer happy hahaha :D

      Delete
  3. Rumah CT Norhaliza tak masuk senarai ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kot... Sebab dia masih belum menabur bakti di Lipis lagi rasanya.. Hihii... Ke cane?

      Delete
    2. saya klo nk ke lipis..umh ct no 1 dlm list haha dpt lalu pon jd dan bergambar 🤣

      Delete
    3. Hahahaa boleh boleh cuba... Ok jer kot.. tapi mana nak tahu rumah ct kat mana dan yg mana satu.. :D

      Delete
  4. Saya jadi tahu Kuala lipis setelah baca tulisan Abang. 👍 selama ini taunya kota2 besar di malaysia yang selalu saya visit 😅.

    Kota tua yang kaya sejarah seperti ini selalunya menarik. Apalagi kalo jarak satu tempat ke tempat lain tak jauh sangat. Memang menghemat waktu untuk eksplor.

    Tapi pastinya semua tempat makan di atas, saya nak coba kalau nanti ke Kuala lipis 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca.. Mmg telah diketahui bahawa gedung ilmu itu dgn membaca..
      Jarak tidak jauh antara satu sama lain.. Byk tmpt boleh dijejaki dgn berjalan kaki sahaja.. Sila hadir ke Kuala Lipis ya.

      Delete
  5. Itulah kurang tahu apa menarik di Kuala Lipis. Tidak pernah terfikir ke sana.
    Bolehlah jadi rujukan balik kalau hendak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Lipis lebih kepada tempat bersejarah dan kaya dgn nature...

      Delete
  6. Terima kasih senaraikan macam ni. Kalau ke Kuala Lipis boleh la refer list kat entry ni 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada banyak lagi tmpt menarik.. cuma kene explore lagi :D

      Delete
  7. Apa perasaannya kalau dapat bermalam di bangunan tua Residen Inn tu ya? 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la mungkin menarik dari segi seni bina lama tapi nak kata seram org goverment dgn tourist selalu check in situ

      Delete
  8. jarang benar masuk ke Bandar Kuala Lipis. Selalunya abam kie lalu je kat tepi banda tu.. x masuk singgah pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene singgah la lepas ni hihihi.. Jenjalan sehari pun dh cukup cover semua tmpt.. :D

      Delete
  9. Banyak juga lokasi menarik di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk rileks santai2 boleh la ke Kuala Lipis.. :D

      Delete
  10. Tmpt yg jarang org fikir nak bercuti tp byk tmpt menarik. Nmpk lebih kpd utk santai2 je K.Lipis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Keadaan pun dah banyak membanguan dri 10 tahun lepas..

      Delete
  11. Terbayang seberapa jadulnya masjid yang dibangun 1888 tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kecil kita rasa tapi besar bgi umat ketika itu..

      Delete
  12. Bangunan masjid sudah sangat tua tapi masih cantik dan terawat, jembatan kereta api itu juga sangat indah walaupun kurang di rawat, di sinipun ada beberapa stasiun kereta api yang sudah cukup lama/kuno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binaan bersejarah seharusnya dijaga baik oleh pemerintah agak ia terjaga dan selamat.. Pernah pergi beberapa station kereta api di Indonesia.. Mmg unik bersejarah juga..

      Delete
  13. Replies
    1. Ikan sungai kalau masak tempoyak memang padu ...

      Delete
  14. cakoi tu mkn panas2 sodap..ada plak pencicah kaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau panas.. Mesti lembut gebu je rasa nya... Huhuhu..

      Delete
  15. K.lipis, I rasa utk org yg bukan jiwa moden, mesti rasa "feel" sana. Sb I ia lebih kepada sejarah Dan nature yg tsendiri. Nice entry bro! Hi org Kuala lipis.. you got something" there..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nak lepak mencari ketenangan sila lah dtg ke Kuala Lipis.. Healing with nature :D

      Delete
  16. wehhh kita orang pahang pun tak pernah jln2 kat lipeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kah.. harus hadir ke Lipis menerokai sejarah bagaimana Pahang bermula..

      Delete
  17. Rupanya banyak tempat menarik di Kuala Lipis. Bulan Jun lepas singgah ke sini dari Gua Musang untuk makan tengah hari. Teringat-ingat sambal temnpoyak yang sangat sedap di Restoran Gulai Kampung Kuala Lipis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal tempoyak dgn sambal hitam di Kuala Lipis mmg tak dpt dilupakan kalau dah pekena sekali..

      Delete
  18. pegi kelantan dah banyak kali tp x penah pun singgah kuala lipis ni. penah plan dgn member konon nk naik keretapi smpi ke sudah x de apa hahaha

    mmg banyak tmpt menarik kat sini... rumah tok ti termasuk jg x sbg tmpt menarik? hahaha gurau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik kereta api mmg seronok sbb dia akan lalu tmpt rare.. Inshallah jadi kan realiti fgn member nk ke k.lipis tu amin.. Rumah tok ti tak trermasuk kot hahaha..

      Delete
  19. seronok meneroka pekan2 kecil mcm ni apatah lagi yg ada byk sejarah mcm Kuala Lipis...tenang & slow pace...mcm kpg akk jg..Kuala Kangsar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan pekan kecil macam ni tenang2 aja.. Nak healing mmg best.. And aomehow kaya dgn sejarah :D

      Delete
  20. Tiga minggu lepas akak & hb ke kuala lipis dengan motor, sebelum ni tak pernah masuk bandar lipis, tp bila dah sampai, kami tak tau nak ke mana cuma singgah di stesen keretapi sahaja, makan di Azim Ikan Steam Tempoyak dan solat di surau stesen bas. Kami patah balik ke Raub dan bermalam di Raub. Dah riki2 tp bila sampai sana tak tau nak ke mana.. Dua tiga kali round, lipis sgt peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sepatutnya Lipis ni penuh dengan sejarah sebab pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri Pahang dan banyak bangunan bersejarah di Lipis. Tapi ntah kenapa tidak dibuat sesuatu dengan tempat menarik mereka ini.

      Delete
  21. Dekat je ke 11 lokasi ni drngan stsen keretapi? Ingat nak bawak anak jln2 balik hari je dari mentakab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No 3, 4, dengan 10 dekat dengan station kereta api. Yang lain-lain boleh naik teksi rasanya tak boleh nak jalan kaki.. No 9 tu boleh la kalau nak jalan kaki ke sana.. :D

      Delete
  22. lipis ni boleh ikut contoh melaka, bagaimana pentadbiran melaka bangunkan bandar melaka sampai jadi tumpuan pelancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Setuju sangat.. sebab 70-100 tahun dahulu Lipis ini menjadi tumpuan dunia dalam industri perlombongan emas. Sebab itu jugalah Lipis pernah menjadi ibu negeri Pahang sebelum berpindah ke Kuantan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...