Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tiba-tiba bangun subuh hari ini rasa macam tenang jer. Terduduk seketika sambil berfikir "Kenapa tak rasa rushing.." oh rupanya hari ini anak semua tak sekolah. Dah start cuti sampai raya haji nanti.
Dan subuh tadi juga si affan dengan afnan bangun dengan segar tak menangis macam biasa. Walau tak dikejut macam hari biasa persekolahan. Si athira dan atiyya pun boleh bangun dengan mudah.
Rupanya semua dah plan dengan maknya malam tadi, masa si ayah pergi tahlil selepas isyak. Pagi ni semua nak bangun awal nak ajak ayah breakfast di KL. Sebab tak tahu nak pergi mana maka terdamparlah kami di Chef Kecik @ Lalaport.
![]() |
Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. |
![]() |
Terletak di bahagian luar berhadapan pintu masuk Lalaport. |
![]() |
Tempat yang tenang, bersih dan nampak agak mewah. Dan paling best sesuai untuk family. |
![]() |
Ada small wooden playground yang cute for the kids to play. |
Tapi kenapa breakfast di Chef Kecik ini. Salah satu asbab ialah ia dibuka seawal 8.00 pagi. Jika dibandingkan kedai-kedai lain di Lalaport hanya mula dibuka dia antara jam 9.00 sehingga 10.00 pagi. Namun heavy food especially untuk menu lunch up to dinner hanya bermula jam 11.30 pagi.
Maka tak dapatlah kami nak merasa heavy food yang dikatakan sedap di Chef Kecik ini.
Namun sebenarnya ini adalah kali pertama kali aku menjejakan kaki ke Lalaport. Dan idea nak makan di sini adalah dari wife aku. Sebab dia kata pernah datang dengan officemate dia makan di sini dan makanan di sini sedap katanya.
![]() |
![]() |
Walau hanya makan breakfast sahaja namun bagi aku sedap dan aku bagi review 9.5/10. Memang ala-ala western sedikit. Bihun atau nasi lemak memang tiada di dalam menu. Tapi kalau nak makan pastry memang sini lah tempat nya. Cuma mungkin slice roti pada breakfast tu boleh upgrade sikit lagi sebab kalau lambat makan dah keras dan liat hahaa.
![]() |
![]() |
![]() |
Hazelnut Latte. |
Oh ya Chef kecik dimiliki oleh seorang bumiputra yang bernama Rahmat Bahaudin. Memulakan business membuat pastry dari rumah untuk kenalan, jiran dan keluarga pada tahun 2015. Dan kemudian menjadi bakery cafe yang sangat popular. Dan sekarang mempunyai tiga cawangan iaitu di Semenyih, Kajang dan Tuah 1895 Bukit Bintang.
Bila aku tengak Cafe Chef Kecik ni, terus aku terfikir mesti owner dia hebat. Iyerlah anak melayu yang naik mencipta nama sehingga berjaya membuka Cafe di area Lalaport ni. So yes memamg background dia bukan biasa. Berkelulusan dari UiTM in Bachelor of Food Science and Technology.
![]() |
Masa train ni lalu Si Afnan.. "Bye Bye Train... Bye Bye Train.." |
![]() |
Datang seawal pagi breakfast dalam keadaan tenang dan aman. |
Pekerjaan pertama beliau selepas graduate adalah sebagai Quality Control and Halal Executive untuk sebuah syarikat yang menyediakan bekalan kepada airlines industries. Dan kemudian menukar pekerjaan Admin and Human Resources Manager di syarikat lain. Dan bakery cafe ini bukanlah satu-satunya perkara yang dia tengah buat.
![]() |
Pada tahun 2012 dia memulakan kerjaya dalam Training Industry. Dan kemudian menerima Certified International Professional Image Consultant from ByFERIAL, Australia. Certified Member for Association of Image Consultant International (AICI). Dan kini sedang menjalani Train The Trainer (TTT) di bawah Neoone Association Sdn. Bhd dan menghadiri Accelerated Learning Starter Certificate oleh Delphin International.
Wah....seronok anak- anak sarapan kat tempat have2 tu ha....acik SA pun x sampai lagi ni....x aci ni...
ReplyDeleteKita pun first time dtg itu pun sebab wife kata pernah dtg makan sini. Nanti kalau turun ke KL singgahlah ke sini. support business tempatan.
Deletewahhhh western bf ni!
ReplyDeleteSekali sekala lari dari mamak hihiii :D
DeleteSeronoknya dah cuti sekolah. Sedap sedap menu pilihan di sini. Food presentation dia wow. Syok betul dapat sarapan pagi hirup secawan kopi latte.
ReplyDeleteOk memang best layan breakfast di Chef Kecik ni. Food presentation dia mmg nampak mewah dan rasa juga sedap :D
DeleteSangat berbaloilah layan breakfast kat sini. Value for money and experience.
Deleteitulah seronok.. lagi lagi bawa the kids layan view suasana.. habis situ boleh jalan jalan di lalaport pula.. :D
Deletepatot lah bangun tak nangis, dah plan baik punya dengan mama dia...
ReplyDeleteItulah pasal.. kalau hari sekolah tu aduhai macam perang dunia kedua jer hahahah..
Deletehahaha...ini biasa... hari cuti , tak kejut pun bangun...ehhhh
DeleteTau tak pe..kalau hari sekolah macam tgh perang jer rumah hahahaa...
DeleteOhh alahai kecur air liur tengok ni Afif.
ReplyDeleteSaya yang tgk balik entry ni hari kedua pun dah tertelan air liur hahahaa :D
DeleteFuyooooo sedapnya. Bila kata tak sekolah dapat makan sedap semua budak pun suka. Mak budak lagi le suka. Bapak budak alahaiiiii kopak aku. Takpe bukannya selalu, Sesekali ambil jiwa keluarga. hehehe
ReplyDeleteNak bagi semangat pada anak -anak sebab berjuang pergi ke sekolah setiap hari. Mak nyer memang suka la.org prmpn kan mana nak duduk rumah jer hahaha :D
DeleteBab kopak tu dah jdi lumrah as long dpt beli jiwa sekeluarga kan hihiii :D
bagus nya ada sediakan playground....mantap
ReplyDeleteTapi bila budak-budak dah main bising pulak hahahaa.. terbaik chef kecik ni..
DeleteDah siap plan tu yang semangat memasing bangun pagi.
ReplyDeleteItulah pasal.. kalau hari sekolah tu allahu.. bukan main susah.. macam2 drama ada hahaha..
Deletewaahhh semua bgun elok je ye sbb dah plan dgn ibu nak ajak ayah bfast kat lalaport hehe
ReplyDeleteMereka dah lama rancang kita jer yang alpa hahahaa.. bahaya kalau ibu dgn anak2 buat komplot hahaha :D
Deletenampak sedap menu breakfast dia, sesekali sarapan western style ubah selera. asik makan nasi lemak hari2 boring jadinya
ReplyDeleteItulah sekali sekala kita rasalah selain nasi lemak dan bihun utk breakfast kan... Kesian kat budak2 bagi la chance .. ☺️👌🏻😎
DeleteTiba² behaved ya... rupanya ada plan baekkk punya. Tapi biasanya gitu lah... kalau nak jalan², macam semua senang nak bangun je.
ReplyDeleteKalau nak jalan mmg mudah senang sgt nak bangun.. tak yah nak kejut bagai.. cuba kalau hari sekolah.. hurmmm.. 😂😂
DeleteBaru tau dia bukak kat lalaport ni, besar betul kedainya.
ReplyDeleteEnglish breakfast dia nampak sedap gak, tapi mmg takde nasi lemak ye? Nasi lemak kan breakfast popular kt malaysia ni. Mana2 kafe pun biasanya dag ada nasi lemak :p
Pastry kt sini ramai review sedap sangat!
Kita mmg tak tahu langsung siapa dia sampai la makan di Lalaport ni.. Barulah tahu siapa owner.. breakfast dia mmg kenyang la perut.. dalam menu mmg tak ada nasi lemak.. sbb sini mungkin pastry speciality kot.. 🤗
Deletemasa tengah renovate lagi sy dah berangan nak dtg
ReplyDeletelast2 smpi ke sudah tak dtg juga hahahha...
pd hal bukannya susah pun nk ke sini...
Okla tu at least tgh renovate fah tahu apa yg akan dibuka.. kita kalau tak wife ajak ke sini.. mmg sampai bila la tak tahu apa itu chef kecik hahaha.. 🤣
Deleteesok cuti lagi kan insya allah kalau sempat sy singgah sini laa esok sebab nampak sdap pula croissant tu hehehe
ReplyDeleteOk cantik tu.. kang dah singgah cepat cepat update entry chef kecik hihii.. so far pastry dia mmg sedap la.. pistachio croissant 🥐 tu mmg sedap tak tipu hahaha..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMasih muda tapi sudah banyak pengalamannya, salut dengan orang-orang yang mau maju dan berkarya dalam bidang apapun.
ReplyDeleteBusiness anak muda tempatan harusnya kita support dari business warga asing..semoga berjaya dan terus berjaya saya doakan.. 👍🏻☺️
DeleteIni tempat pernah saya baca dari blog kak Amy. Memang dah teringin coba bang. Apalagi anak saya yg sulung itu lidah macam foreigners sangat. Harus makan roti 🤣🤣.
ReplyDeleteJadi kalo diajak ke bakery atau pastry shops, memang sukaaa lah dia.
Hebaaat nih owner-nya. Jurusan sekolah pun memang related Ama food yaa 👍👍. Semoga di KL nanti saya sempat kesini
Kalau suka sama pastry memang sini lah tempatnya.. mmg pastry nya sedap sedap.. dan makanan heavy pun ada utk makan lunch dan dinner.. aduh kenapa anak sulung lidah nya mcm foreigner.. itu salah ibu yg suka masak ala ala foreigner hahahaha... Kadang-kadang hebatnya sesebuah tempat makanan oleh kerana owner yg mempunyai background dan pengalaman yg hebat.. 😎
Delete