Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Tiba-tiba bangun subuh hari ini rasa macam tenang jer. Terduduk seketika sambil berfikir "Kenapa tak rasa rushing.." oh rupanya hari ini anak semua tak sekolah. Dah start cuti sampai raya haji nanti.
Dan subuh tadi juga si affan dengan afnan bangun dengan segar tak menangis macam biasa. Walau tak dikejut macam hari biasa persekolahan. Si athira dan atiyya pun boleh bangun dengan mudah.
Rupanya semua dah plan dengan maknya malam tadi, masa si ayah pergi tahlil selepas isyak. Pagi ni semua nak bangun awal nak ajak ayah breakfast di KL. Sebab tak tahu nak pergi mana maka terdamparlah kami di Chef Kecik @ Lalaport.
![]() |
| Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. |
![]() |
| Terletak di bahagian luar berhadapan pintu masuk Lalaport. |
![]() |
| Tempat yang tenang, bersih dan nampak agak mewah. Dan paling best sesuai untuk family. |
![]() |
| Ada small wooden playground yang cute for the kids to play. |
Tapi kenapa breakfast di Chef Kecik ini. Salah satu asbab ialah ia dibuka seawal 8.00 pagi. Jika dibandingkan kedai-kedai lain di Lalaport hanya mula dibuka dia antara jam 9.00 sehingga 10.00 pagi. Namun heavy food especially untuk menu lunch up to dinner hanya bermula jam 11.30 pagi.
Maka tak dapatlah kami nak merasa heavy food yang dikatakan sedap di Chef Kecik ini.
Namun sebenarnya ini adalah kali pertama kali aku menjejakan kaki ke Lalaport. Dan idea nak makan di sini adalah dari wife aku. Sebab dia kata pernah datang dengan officemate dia makan di sini dan makanan di sini sedap katanya.
![]() |
![]() |
Walau hanya makan breakfast sahaja namun bagi aku sedap dan aku bagi review 9.5/10. Memang ala-ala western sedikit. Bihun atau nasi lemak memang tiada di dalam menu. Tapi kalau nak makan pastry memang sini lah tempat nya. Cuma mungkin slice roti pada breakfast tu boleh upgrade sikit lagi sebab kalau lambat makan dah keras dan liat hahaa.
![]() |
![]() |
![]() |
| Hazelnut Latte. |
Oh ya Chef kecik dimiliki oleh seorang bumiputra yang bernama Rahmat Bahaudin. Memulakan business membuat pastry dari rumah untuk kenalan, jiran dan keluarga pada tahun 2015. Dan kemudian menjadi bakery cafe yang sangat popular. Dan sekarang mempunyai tiga cawangan iaitu di Semenyih, Kajang dan Tuah 1895 Bukit Bintang.
Bila aku tengak Cafe Chef Kecik ni, terus aku terfikir mesti owner dia hebat. Iyerlah anak melayu yang naik mencipta nama sehingga berjaya membuka Cafe di area Lalaport ni. So yes memamg background dia bukan biasa. Berkelulusan dari UiTM in Bachelor of Food Science and Technology.
![]() |
| Masa train ni lalu Si Afnan.. "Bye Bye Train... Bye Bye Train.." |
![]() |
| Datang seawal pagi breakfast dalam keadaan tenang dan aman. |
Pekerjaan pertama beliau selepas graduate adalah sebagai Quality Control and Halal Executive untuk sebuah syarikat yang menyediakan bekalan kepada airlines industries. Dan kemudian menukar pekerjaan Admin and Human Resources Manager di syarikat lain. Dan bakery cafe ini bukanlah satu-satunya perkara yang dia tengah buat.
![]() |
Pada tahun 2012 dia memulakan kerjaya dalam Training Industry. Dan kemudian menerima Certified International Professional Image Consultant from ByFERIAL, Australia. Certified Member for Association of Image Consultant International (AICI). Dan kini sedang menjalani Train The Trainer (TTT) di bawah Neoone Association Sdn. Bhd dan menghadiri Accelerated Learning Starter Certificate oleh Delphin International.











