Wednesday, 28 January 2026

Pontian Night Market - Laman Diraja Johor - Taman Awam Tepi Laut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sekiranya anda bukanlah orang Pontian dan datang ke Pontian kerana urusan kerja, bercuti, menghadiri jemputan kenduri kahwin atau apa jua sebabnya dan harus bermalam di Pontian. Maka bolehlah baca entry ini untuk mencari antara tempat-tempat yang menarik dan boleh disinggah pada waktu malam. Sekadar dari pengalaman sendiri ☺️

Pontian Night Market di Lorong Cendol dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
PONTIAN NIGHT MARKET - Dibuka pada setiap Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam. Lokasi yang mudah untuk di cari iaitu terletak di tengah-tengah Pekan Pontian. Beralamat di 701, Jalan Taib, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim. Juga dikenali sebagai Lorong Cendol.

Banyak lukisan tentang sejarah awal aktiviti masyarakat di Pontian.
Cantik-cantik lukisan di sini. The kids memang minta bergambar dengan hampir kesemuanya.
Boleh datang untuk bergambar dengan lukisan-lukisan/rural yang memenuhi dinding di sepanjang lorong Night Market ini. Selain itu kita boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di sini termasuklah Aiskrim Goreng, Mee Rebus, Bihun Sup, Nasi Lemak sehingga ke Western food pun ada dijual di sini.

Dikenali juga dengan nama Lorong Cendol kerana sejarah penjual cendol di sini. 
Telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian pada 26 November 2023. Lorong yang hanya dikenali sebagai Lorong Cendol yang kosong sejak dahulu lagi kini telah berubah menjadi satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Kata salah seorang peniaga sepatutnya meriah dengan ramai peniaga di sini.

Baju Bundle, baju baru, tudung, souvenir, sabun dan hasil kraftangan juga dijual.
Athira dengan Atiyya beli pin tudung dengan sepit rambut handmade dari akak ni.
Aku pun hanya perasaan Night Market ini setelah terlihat kecerahan dari lampu-lampu yang menerangi lorong ini. Dan terus decide untuk berhenti dan melihat lebih dekat apa yang ada di sini. Namun ketika kami di sini tidak ramai peniaga yang berniaga disebabkan cuti sekolah yang baru bermula dan para peniaga pun bercuti atau pulang ke kampung.

Oleh kerana tidaklah lapar sangat kami hanya makan makanan ringan sahaja. The kids nak makan ayam goreng dan fries. Aku dengan wife makan burger. Lagi pun hari ni dah makan macam-macam so malam ni tenang-tenang jer.

Di hujung lorong bersebelahan jalan besar terdapat peniaga menjual burger.
Dinner malam ni fries, ayam goreng dan burger.
LAMAN DIRAJA JOHOR - Sebelum kami ke Night Market, kami singgah ke Lama Diraja Johor untuk bergambar dan ada baca review google ramai orang kata datang waktu malam lebih cantik sebab lampu-lampu yang berwarna warni menerangi suasana di sekitar lama diraja ini. Nak datang siang boleh tapi kena pagi sebab kalau tengah hari panas ya amat.

Terletak bersebelahan pantai iaitu di Jalan Osman, Kampung Dalam, 82000 Pontian, Johor. Laman Diraja yang berharga RM4.2 juta ini telah rasmi dibuka kepada orang ramai oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 08 April 2015.

Destinasi wajib bergambar di Pontian ialah Laman Diraja Johor.
Mercu tanda ikonik Kesultanan Johor.
Dibina berkonsepkan sama seperti Lama Diraja Istana Bukit Serene.
Laman yang seluas 50,000 kaki persegi ini mula dibina pada 29 Januari 2015 dan siap pada 06 April 2015 dan ini adalah Laman Diraja pertama di Johor yang dibina berkonsepkan sama seperti Laman Diraja di Istana Bukit Serene. 

Taman ini dibina sebagai simbolik kasih rakyat kepada Sultan Johor dan sebagai salah satu ikon tarikan pelancong di daerah tersebut. Ia berfungsi sebagai tempat rekreasi awam dan sering menjadi tumpuan untuk aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal dan menikmati pemandangan matahari terbenam.

Terdapat sebuah Medan Selera bersebelahan dengan Taman Awam Tepi Laut.
Sambil makan boleh layan angin laut dan pemandangan ke arah laut.
TAMAN AWAM TEPI LAUT - Kalau nak bawa keluarga terutamanya anak-anak kecil bersuka ria di Pontian pada waktu malam maka Taman Awam Tepi Laut la jawapnya. Hanya bersebelahan dengan Laman Diraja Johor. Terdapat banyak gerai makan dengan pelbagai pilihan makanan ada di sini. Dan banyak aktiviti permainan yang disediakan di sini pada waktu malam.

Kawasan lapang ini bila waktu malam akan meriah dengan banyak aktiviti.
Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti di waktu malam ketika hujung minggu.
Jika datang ke area medan selera bersebelahan dengan Taman Awam Tepi Laut ini. Boleh menikmati makanan dengan pemandangan laut. Dulu masa kecil selalu juga arwah ayah datang area sini bawa kami adik beradik makan tepi laut ini. Kalau tak silap tahun 1990-an dan awal tahun 2000. By the way my fathe passed away on 1st May 2012 - Al Fatihah 🤲🏻.

Walau tak pernah menetap di Pontian tapi dulu arwah ayah rajin bawa kami balik kampung dan dalam setahun tu kadang-kadang hampir 10 kali balik Pontian. Pontian sekarang dah banyak berubah tak sama langsung dengan 30 tahun lepas. 

13 comments:

  1. Orang Pontian panggil pasar lambak, merujuk pasar malam biasa tu. Tapi yang ni nampaknya pasar malam versi untuk tarikan pelancongan. Menarik! Akak belum pernah pergi, jarang keluar malam bila balik kampung.

    Tepi laut tu pulak, dulu arwah Bapak ada kedai makan di deretan kedai MARA. Kita panggil warung. Sekarang deretan kedai tu dah dirobohkan. Masa kecik selalu ikut pergi warung, lepak tepi laut tu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini di Lorong Cendol dalam pekan lama Pontian. Kalau yang lam tu yang tepi laut tu kan.. Sebab masa kecil-kecil dulu pun arwah ayah bawa yg tepi laut tu makan-makan situ.. Ni pun saja keluar jenjalan sebab malam tak tahu nak buat apa..

      Delete
    2. Rasanya Deretan Kedai Mara tu lah yang arwah ayah selalu bawa kami makan kalau balik ke Pontian.. Tak pasti medan selera dlm gmbr ini baru atau yang lama sama seperti 30 tahun yang lepas hihii :D

      Delete
  2. Hujung minggu ni InsyaAllah balik Johor. Balik rumah mak di Pontian satu malam, lepas tu balik rumah mak mentua di BP pulak satu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa bestnyer dapat balik Johor.. Okla Pontian dengan Batu Pahat boleh di sekali kan dalam satu jalan.. Tak susah.. Senang dapat jodoh senegeri hihiii :D

      Delete
  3. SA ni nama je kahwin ngan orang Johor..Pontian pernah pergi sekali urusan kerja...lepas tu x sempat nak explore sebab pergi ngan kereta company kan...bulan 5 nanti ke Mersing plak, maybe akan masukkan Pontian jugak la kot...haaa satu lagi yang tanjung Piai tu...x explore lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kalau nak jenjalan Pontian .. Ada la few places yg menarik tapi bukanlah yg menarik dengan maju dan hipster hihii.. Masih lagi dengan suasana kampung.. Aduh kalau ke Mersing tang mana nak coner ke Pontian jauh tu hujunh ke hujung negeri tu huhuu.. :D

      Delete
  4. tak pernah lagi merayap area pontian.kena masuk dlm list ni.. kalau balik kg leh ajak family mertua jenjalan sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla kalau nak merayap sekejap ke Pontian.. ada jugak few attraction place utk dilihat.. Kena cuba sendiri lah pengalaman tu baru boleh cerita hihii.. 😅

      Delete
  5. Pernah singgah sekejap ketika jalan2 Johor awal tahun 2022 memang best tapi tak sempat rasa banyak sebab dulu baru habis COVID, kedai kurang banyak yang viral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yer la 2022 masih lagi baki baki covid terasa.. Kena repeat lagi la mcm tu.. Banyak dah yg berubah di Pontian skrg ni.. 👌🏻😎☺️

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...