Monday, 2 November 2026

Hong Kong & Macau Part 13 : The Peak Tram - Madame Tussauds Wax Museum - Peak Galleria Mall

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Memang menyeronokkan berjalan waktu pagi dari Wah Chai Pier menuju ke The Peak Tram Station (2.8km). Di sini banyak bangunan pencakar langit as you know there is more 570 skyscrapers taller than 150 meters (492 ft) in Hong Kong. Cuma yang tak best, banyak cafe belum dibuka apatah lagi hari ini Sabtu. Maka berjalanlah sambil mengunyah gula-gula 😉.

Suasana yang tenang di pagi hari Sabtu di tengah bandar Hong Kong Island.
Sedang mata ralit melihat bangunan-bangunan yang berdiri megah ketika di tengah perjalanan. Wife whatsapp beritahu semalam dia dengan kawan-kawan beratur sangatlah panjang dan lama hanya untuk tunggu turn naik tram ke puncak The Peak. Maka aku pun decide untuk sampai awal di tram station dan layan coffee di atas The Peak sahaja.

Berjalan seorang diri ditemani bangunan-bangunan yang tinggi 😎.
The Peak Tram dibuka dari 7.30 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari (include weekend & public holidays). Sky Terrace 428 yang berada di puncak The Peak dibuka dari 8.30 pagi sehingga 10.00 malam (Weekend & Public Holidays dibuka seawal 8.00 pagi). Tram One Way Ticket - Adult HKD82.00/ Child (3-11years old) & Senior (65years old) HKD52.00.

Finally & safely arrived at The Peak Tram Station at Garden Central Road.
Tram Return Ticket - Adult HKD116.00/ Child & Senior HKD75.00. Special Combo Return Ticket & Sky Terrace 428 - Adult HKD182.00/ Child & Senior HKD118.00. Special Combo One Way Ticket & Sky Terrace 428 - Adult HKD146.00/ Child & Senior HKD95.00. Sky Terrace 428 Ticket Only - Adult HKD80.00/ Child & Senior HKD50.00. Child under 3 years old is free.

Kena datang awal pagi untuk elak dari beratur panjang.
Syukur pada waktu tiada ramai orang yang beratur.
Pameran sejarah tram lama yang pernah digunakan di sini sejak 1888 lagi.
Agak ramai yang memilih beli tiket sehala naik ke atas dan kemudian berjalan menurun ke starting point di kaki bukit (via Old Peak Road or the Green Trail) sejauh 3.5km atau kira-kira 40-60 minit berjalan. Ketika aku sampai di The Peak Tower hujan mula turun dengan selebatnya. Menambahkan lagi kesejukan winter pada ketinggian 552 meter dari paras laut.

Selepas membeli tiket kita akan naik escalator yang amatlah tinggi.
Para pengunjung menanti ketibaan The Peak Tram.
"First Come First Serve" - Masuk awal boleh la pilih tempat duduk yang selesa 
Aku sampai The Peak Tram Station pada pukul 9.35 pagi dan kelihatan orang tidaklah begitu ramai dan dari beratur untuk membeli tiket sehingga duduk di dalam tram, ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Tram akan bertolak naik ke puncak setiap 10-15 minit mengikut keadaan. Dan mengambil masa 5-8 minit untuk tiba di The Peak Tower.

Sedikit rasa gayat di sini sebab tram mendaki curam gunung.

Pemandangan ke arah bandar ketika perjalanan naik ke puncak The Peak.
Ilusi optik: Disebabkan kecuraman yang ekstrem ini, bangunan-bangunan pencakar langit di sepanjang laluan kelihatan seolah-olah condong atau senget ke arah bukit (dikenali sebagai Peak Tram illusion) - Sumber Google. Kalau gayat atau ada panic attack jangan duduk dekat cermin. Terasa sangat bila tram mendaki atau menurun di curam tu.

Kecuraman laluan berubah-ubah di sepanjang 1.4km trek dengan sudut kecondongan bermula daripada 4 darjah sehingga maksimum 25.7 hingga 27 darjah. Ketinggian pendakian: Naik dari paras laut (kira-kira 28 meter di Stesen Central / Garden Road) hingga ke paras 396 meter di The Peak Terminus - Sumber Google.

Munch Snack House ni pun ada kelibat Molly.
Ada jer egg tart di mana-mana pasti akan ada bau harum 😖
Nasib dah makan egg tart halal dari Maarof, tak ada la kempunan sangat.
Setiap perjalanan tram boleh memuatkan 210 penumpang dengan 167 tempat duduk dan 43 penumpang berdiri. Tram ini adalah generasi ke-6 yang telah dinaik taraf dari tram pertama yang telah dibuka dan dirasmikan pada 30 Mei 1888 oleh Gabenor Hong Kong ketika itu, Sir George William des Voeux. Dan untuk masuk ke The Peak Tower adalah percuma.

Ketika kita sedang beratur untuk membeli tiket, terdapat pameran sejarah di kiri dan kanan mengenai Tram ini yang mana pada awal pembukaannya, tram yang digunakan ketika itu adalah dari jenis steam yang pertama di Hong Kong. Dan pada ketika itu ia adalah yang paling canggih dan paling tertinggi di seluruh benua Asia.

Walau pun terletak di tourist attraction tapi harga sama seperti di luar.
Hurmmm.. Dah sampai sini kan.. Wajiblah terbeli satu, dua, tiga eh empat.. 😂
Hong Kong Souvenir Shop. Jangan masuk sebab kalau masuk mesti terbeli.
Setelah sampai dan masuk di The Peak Tower, kita akan nampak banyak restoran dan kedai yang menjual pelbagai food and souvenir. Kedai paling depan sekali Munch Snack House yang menjual pelbagai manisan, cookies dan gula-gula.

Nasib tak halal maka jalan berlalu pergi walau bau yang sangat menyedapkan. Masa ni mata aku terus tangkap kedai souvenir dan terbeli fridge magnet lagi. Harga pun sama sahaja seperti beli di luar walau sini tempat tourist attraction.

Ambil Combo Ticket With Return Tram jauh lebih murah dan berbaloi.
Suggested sangat untuk cuba at least sekali masuk ke dalam Wax Museum ini.
Disini juga ada satu attraction yang sangat menarik iaitu Madame Tussauds Hong Kong - Muzium patung lilin yang menampilkan lebih dari 100 replika selebriti dunia, tokoh sejarah dan ikon budaya. Antaranya Dato Seri Michelle Yeoh.

Admission Fee - Adult HKD249.00/ Child & Senior HKD199.00. With VR Experience Ticket - Adult HDK289.00/ Child & Senior HKD239.00. Combo Ticket Return Tram & Wax Museum - Adult HKD279.00/ Child & Senior HKD229.00.

Iris Galerie ini boleh zoom mata hitam dan printkan untuk kita.
Ada lebih kurang 5 tingkat di The Peak Tower ini. Semasa turun dari tram kita berada di floor P1. Iris Galerie, Bakehouse & Harley Davidson Hong Kong di floor G. The Famous French Steakhouse "La Vache" di floor L1. Mei Lok Experience Studio di floor L2. Amusing Moment Selfie Studio dan Bubba Gum Shrimp's Co Restaurant & Market di floor L3.

Jom keluar dari The Peak Tower dan menuju ke Victoria Peak.
Peak Galleria Mall - Masa ni sejuk sangat suhu di bawah 10 degree.
Di atas mangkuk flat itu lah 428 Sky Terrace with 360 outdoor view.
Selepas tiada lagi yang menarik maka aku terus berjalan ke arah luar bangunan The Peak Tower menuju ke Victoria Peak. Keadaan selepas hujan menambahkan lagi kesejukan dan ditambah lagi berada di puncak tertinggi di Hong Kong Island ini.

Angin bertiup agak kencang dan boleh rasa angin sejuk tu sampai ke tulang rusuk hahaa.. 😂 Dan macam biasa bila kena cuaca sejuk sangat maka bertambah la rasa lapar. Lebih 1 jam juga dari sebelum naik tram sehingga sekarang aku spend.

Pop Mart Store - The Kids kata sinilah tempat untuk beli blind box.
Betul lah kata wife, dia dengan kawan-kawan semalam spend more then two hours sepanjang berada di sini. Girls kan...

Aku pula datang seorang diri, memang agak cepatlah pergerakan. Dah la tak prepare nak kena hadap suhu yang sangat sejuk di sini. Memang terlajak jauh pagi ini berjalan dari sebelum subuh dan nasib la ada bawa sweater sehelai masa ni.

Ada sambutan 20th Anniversary Molly - Ikon Blind Box Pop Mart Store.
Masa ni ada sambutan Molly 20th Anniversary. Agak ramai juga yang beratur membeli sesuatu di Pop Mart Store. Aku pula blur sekejap siapa Molly.. Apa kena mengena dengan Pop Mart Store. Lepas Balik Malaysia baru lah aku tahu selepas anak-anak bercerita siapa Molly tu bagai hahahaa.. Pastu kena marah pulak kenapa tak belikan Blind Box untuk mereka 😅.

Aku spend dalam 30 minit merayau-rayau di atas Victoria Peak ini. Dan sampai saat akhir secawan coffee pun aku tak beli dek leka berjalan sana sini. Biskut dengan gula-gula yang ada dalam beg habis dimakan. Serously masa ni memang lapar.

Jika datang ke Hong Kong - The Peak ini wajib dijadikan salah satu destinasi sebab ia bukan sekadar naik tram ke atas puncak gunung seperti di Langkawi tapi terdapat banyak attraction yang ada di sini. Dan teramatlah sesuai untuk kanak-kanak kecil dibawa sekali. Dan kalau datang waktu winter make sure bawa sweater jacket bagai.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 14 : (Under Construction)

3 comments:

  1. Tinggi escalator tu. Kalau tergolek jenuh nak sampai bawah. Kat Genting ada escalator tinggi. Seram nak naik.

    ReplyDelete
  2. Hehe jauh berjalan. Alhamdulillah tidak ramai orang beratur untuk naik keretapi.

    ReplyDelete
  3. Sungguh luar biasa
    Bangunannya tinggi tinggi dan megah
    Tiket masuk jika dirupiahkan jadi berapa ya
    Tapi saya takut ketinggian

    ReplyDelete