Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Hari tu aku ada share entry berkenaan
Misi Bantuan Keperluan Dan Makanan Ke Pantai Timur. Boleh dikatakan agak lama aku dah join badan sukarelawan ini. Seronok dapat belajar macam-macam pengetahuan, kemahiran dan teknik especially dalam kerja-kerja kebajikan, kemanusian dan bencana.
Antaranya kami semua dikehendaki memiliki Sijil Basic Life Support (BLS) dan batch sukarelawan aku kemasukan 2018 telah mengambil ujian BLS ini di Hospital Ampang. Dan antara kemahiran lain ialah Kursus Pengendalian Radio Amatur. Dan kami juga menjalani beberapa Kursus Search and Rescue (SAR) yang dikendalikan oleh beberapa badan yang diiktiraf.
 |
| Ustaz Mualim dan Ustaz Hakimi. Rambut putih belakang tu Pak Mus. |
 |
| Saudara Iyad Amir, Fathullah, Ustaz Hakimi dan Mohd Harraz. |
Hari tu dah intro tapi kali ini kita bagi lagi beberapa info lain berkenaan Jabatan Amal Malaysia. Selain dari membuat kerja-kerja kebajikan dan membantu masyarakat, kami juga ada aktiviti dalaman seperti Hari Keluarga, Hari Sukan, Malam Usrah, Kelas Pengajian Agama dan banyak lagi. Paling aku tak suka ialah aktiviti mesyuarat hahahaa.
 |
| Perjalanan dari jeti ke rumah rakit yang memakan masa kurang 10 minit menaiki bot. |
Ok baik pada bulan Julai 2024 yang lepas kami telah mengadakan aktiviti mesyuarat, malam usrah dan aktiviti sukan dalam satu program bagi menjimatkan masa. Sebab nak berkumpul semua sekali teramatlah susah. Nama pun badan sukarelawan maka yang menjadi sukarelawan ini datang dari pelbagai latar belakang.
 |
| Bergambar sebelum turun dari bot di Rumah Rakit Senangin ini. |
 |
| Rumah Rakit Senangin Tok Wan amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan dan keluarga. |
 |
| Alhamdulillah semua selesa dan bersantai walau ramai yang first time. |
Info: Rumah rakit ini boleh memuatkan seramai 10 kaki mancing tapi kalau kita datang sekeluarga dengan anak kecil dan yang tidak memancing maka boleh melebihi 10 orang pada satu-satu masa. Terdapat sebuah bilik dan dua buah beranda di tingkat atas dan ruang legar yang besar so boleh memancing setiap arah dari rumah rakit ini.
Sebuah bilik mandi atau tandas disediakan dibahagian belakang rumah rakit. Dapur berserta peralatan memasak, meja makan, elektrik dari tenaga solar dan bateri kereta disediakan. Air bersih di tangki disediakan sebanyak 1000 Liter untuk kegunaan luaran sahaja seperti mandi dan mencuci dan tidak digalakan untuk kegunaan masak dan minum.
 |
| Ruang tidur untuk 4 orang dewasa bersebelahan dengan meja makan dan dapur. |
 |
| Peralatan memasak, dapur, tong gas, kuali, periuk, pinggan, mangkuk dan cawan disediakan. |
 |
| BBQ berada di bahagian belakang bersebelahan dengan tangki air dan bilik mandi. |
Alhamdulillah seramai 13 orang yang hadir menyertai program ini. Dan aku selaku pengarah program telah merancang 3 aktiviti dalam satu masa. Yang background ustaz akan bagi tazkirah dan mengetuai usrah. Dan aktivti sukan semestinya memancing sebab tempat program pun berada di atas Rumah Rakit Senangin Tok Wan di Teluk Nipah, Pulau Indah, Klang.
Secara tidak langsung boleh mengajar teknik memancing pada yang belum pernah memancing. Untuk program ini aku telah membuat tempahan seawal dua bulan bagi mendapatkan tarikh pada hari Sabtu dan Ahad yang sentiasa penuh jika tidak membuat tempahan awal.
 |
| Ustaz Mualim ronda seluruh kawasan rumah rakit. Antara hard core kaki pancing :D |
 |
| Pemandangan rumah rakit lain yang paling dekat dengan rumah rakit senangin ini. |
Antara kehadiran adalah dari Unit Kejuruteraan Captain Zainan dan Cikgu Nik Izmi, Unit Kebajikan Pak Mus dan Farid Azmi, Unit Dakwah dan Tarbiyah Ust Mualim dan Ust Hakimi, Unit Kerja Khas Fathullah, Azlif dan Mohd Harraz dan dari Unit Medik Iyad Amir. Dan beberapa orang anak dari kalangan sukarelawan.
Kami sampai di Jeti Teluk Nipah, Klang lebih kurang jam 5.00 petang dan membeli umpan udang hidup dan ais di jeti sebelum menaiki bot pada jam 5.30 petang. Alhamdulilah ini pengalaman kali kedua aku naik ke rumah rakit yang sama. Ramai yang excited sebab ada yang tak pernah naik rumah rakit apatah lagi bermalam dan memancing.
 |
| Aktiviti sebelum maghrib. Masing-masing sibuk dengan kerja yang telah dibahagikan. |
 |
| Budak-budak ini memag aktif memancing ikan-ikan kecil disekeliling rumah rakit. |
 |
Makanan yang dibawa cukup untuk tinggal lebih 3 hari di rumah rakit ini. Biar lebih jangan tak cukup. Especially air minum make sure kena bawa lebih :D |
Sebelum masuk magrib yang kaki pancing semua dah pasang joran masing-masing. Yang incharge BBQ dah hidupkan arang. Selepas Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Hakimi dan tazkirah oleh Ust Mualim Fadzil. Dan kedua mereka juga imam untuk qiamulail sehinggalah solat subuh. Dan bermesyuarat selepas isyak selama 30 minit.
 |
| Tazkirah oleh Ustaz Hakimi selepas solat maghrib berjemaah. |
Malam tu hampir semua orang berjaga dan ada yang tidur sejam dua sahaja. Memancing sambil berborak dan makan BBQ sehingga lewat malam. Ada pula yang buat cucur dan goreng keropok lekor di lewat malam. Alhamdulillah makanan dan minumam yang dibawa cukup macam nak stay seminggu hahahaa.
 |
| Walau aku paling sibuk tapi masa untuk memancing jangan dilepaskan. |
 |
| Budak-budak kecik ni pun rajin tangkap ikan ditepi rumah rakit. Kitang, Sesumpit dan Kekek. |
 |
| Semua bahan marinade untuk BBQ aku yang sediakan. Okla dapat feedback dari semua :D |
Hasil yang kami perolehi tidaklah banyak sebab yang boleh mancing hanya 3-4 orang sahaja. Yang selebihnya hanya memeriahkan suasana. Ikan Duri, Gelama, Kitang memenuhi separuh dari box simpanan ikan. Ada hasil yang dibakar dan digoreng terus dirumah rakit seperti Ikan Mayong, Tetanda, Senangin dan Pari Tuka.
Keesokan pagi tepat jam 8.00 pagi kami menaiki bot pulang ke jeti. Harga yang kami bayar adalah RM450.00 untuk 12 jam dari petang semalam sehinggalah pagi ini. Selain dari rumah rakit senangin ini ada lagi beberapa buah rumah rakit yang lain dan berlainan harga. Nanti dah jumpa no telefon owner rumah rakit ini aku akan update di sini.