Showing posts with label Salam Hari Ke-8 Ramadhan 14477 Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Salam Hari Ke-8 Ramadhan 14477 Hijrah. Show all posts

Thursday, 26 February 2026

Salam Hari Ke-8 Ramadhan 14477 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur dah masuk hari kelapan ramadhan. Setakat ini momentum masih lagi bersemangat dan bertenaga. 

Niat untuk tak nak ke Bazar ramadhan tahun ni dah tergelincir hahaha.. Baru 8 hari dah dua kali ke bazaar. Dek kerana balik kerja lewat tak sempat nak masak, terpaksa jugalah ke bazaar untuk hunting juadah berbuka 😅.

Sunset view 7th of Ramadhaan 1447 Hijrah.
Hari isnin baru ni ke bazaar membeli makanan. Kononnya nak beli sikit jer tapi dah masuk mana nak beli sikit. Nampak itu ini semua nak dibeli. Pergi pulak dengan the kids, memang macam-macam la mereka mintak.

In total habis RM63.50 untuk semua juadah berbuka. Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Nasi Lemak Sotong, Nasi Lemak Kukus Biasa, Tepung Pelita, Putu Piring, Taufu fa, Bubur Lambuk, Lok Ching, Air Soya, Macaroni Cheese & Ayam Gunting.

Harga buat masa sekarang untuk RM63.50.
Nasi Lemak RM19.50, Ayam Gunting RM10.00, Tepung Pelita & Putu Piring RM5.00 each.
At this moment tengah siapkan Bulgaria Part 2. Agak susah nak nak menulis sebab banyak gambar dan tulisan di buku yang perlu di refer. Dan nak search info yang boleh dikongsikan bersama. Harap-harap dapat la publish by this week.

By the way siapa yang pernah pergi ke Yunnan, China dan ada berkongsi di blog. Tolong mengaku di ruangan comment 😄.