Assalamualaikum.. Harap kepada semua pembaca blog nie sihat walafiat.. Dan kepada muslimin dan muslimat aku harap korang dah bersedia untuk beramal ibadah di bulan Ramadhan nanti dan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak yang akan datang aku ucapkan..
Okey.. just nak inform pada semua keadaan aku dan mana tempat2 yang aku dah travel dari sebelum last update aku "
Update of My Self : London - United Kingdom ".. but sebelum tu nak minta maaf sebab aku tak boleh nak mengarang cerita travel aku di beberapa negara yang aku jelajahi.. sebab tengah travel sakan nie hehee.. dah dekat 3 bulan lebih aku travel.. Insyallah aku akan singgah sebuah negara yang baik untuk aku stay whole Ramadhan nanti.. dan entry kali ni juga aku nak share sket gambar2 yang belum di ceritakan lagi di sebahagian tempat yang aku jelajah..
 |
| Namibian Parliament House, Windhoek Namibia @ November 2012 |
 |
| Keetmanshoop Train Station, Namibia @ November 2013 |
 |
| Big Hole Kimberly, Republic South Africa @ November 2012 |
 |
| The Highest Single Drop Water Falls in Southern Africa, Kingdom of Lesotho @ March 2013 |
 |
| Burj Khalifah Dubai, U.A.E @ April 2013 |
Al-Maklumlah.. tengah travel kemudahan internet bukan ada selalu.. dan kemudahan nak menaip pun tak ada.. asyik fikir mana nak pergi.. mana nak tido malam nie.. nak makan apa sekarang nie.. nak buat apa sekarang nie.. dan paling best time travel backpacker sorang2 nie.. akan selalu terasa " eh kat mana aku sekarang nie??? " hahahaa... selalu sesat.. :P
Alhamdulillah aku sekarang berada di Mesaieed atau Ummu Said di Qatar.. dah hampir 3 minggu aku kat Qatar.. hampir keseluruhan negara Qatar aku jalan - Dukhan, Wakra, Doha etc.. dan ada jugak plan nak buat umrah dari Qatar nie sebab dah dekat.. tapi ntah tak dapat.. macam2 sebab.. kenaikan harga visa umrah.. pakej fully book.. maklumlah Ramadhan dah dekat.. ramai orang nak buat umrah.. Tapi yang tepat Allah tak izinkan lagi aku buat umrah.. sebab masih tak ada pendirian lagi.. hurmm.. maybe?? :D
 |
| Birmingham City, England @ May 2013 |
 |
| Arsenal Stadium, England @ May 2013 |
 |
| Royal Albert Hall London @ May 2013 |
Sebelum nie gagah jugak aku habiskan cerita pengembaraan aku di
Swaziland while travelling di Europe.. but lepas dari tu.. fuh memang tak dapat nak buat apa.. sebab buat trip travelling solo backpacker in Arab countries is another story huhuu... macam example pengalaman aku cross border dari Aqabah, Jordan ke Nuwaibah, Mesir/Egypt.. kene tipu dengan teksi pak arab - dia minta duit lebih tapi alhamdulillah aku fight sampai macam nak bertumbuk.. hingga aku bayar tak seberapa yang dia minta (even kira mahal jugak yang aku bayar tu).. kene tipu dgn penjual tiket ferry la.. nak kene tinggal dengan ferry la..
Cerita bermula begini.. penjual tiket ferry tu first tak nampak macam penjual tiket sebab muka dia, pakaian dia dan office dia.. dan dia juga kawan kepada pemandu teksi aku ( si penipu tu ).. aku tanya ferry akan bertolak pukul berapa..?? dia kata dalam pukul 12 malam lebih.. so aku pun okey la.. dalam keadaan curiga.. pastu dia minta lebih amount dari harga yang tertera di dinding dan tiket.. macam2 lah dia kata.. charge for this and that..
Pastu pemandu teksi tu kata akan bawa ke restoran dulu sebelum ke perlabuhan etc.. tapi aku tahu dia memang akan tipu nie.. so aku cakap ( lepas dah beli tiket ferry ) stop kat mana2 masjid sekejap sebab aku nak solat dulu.. dia kata tak boleh sebab masjid semua tutup selepas solat asar.. nanti magrib baru buka.. dan dia kata boleh solat dekat masjid yang cantik di perlabuhan nanti.. aku pun kata " tak apa lah.. berhenti je kat masjid besar depan tu "( sambil menunjuk pada menara masjid yg kelihatan tak berapa jauh ).. saya nak solat kat tepi masjid pun tak apa kalau masjid tu tutup "..
oh ada lagi soalan yang aku ingat.. aku tanya dia.. mana masjid yang ko kata kat perlabuhan ni.. dia tunjuk tu sebuah kontena petak hahaha... bagus betul mamat arab nie.. penipu yang terbaik.. lepas aku bayar kat dia.. aku pun start jalan ke dalam terminal.. kene pulak bayar tax departure and arrival.. berharga 10 Jordanian Dinar..
Masalah lain pulak sekarang nie.. mana aku ada duit JD lagi.. ATM pulak tak boleh pakai.. nasib baik ada money changer.. dan aku ada duit AED - Arab Emirate Dirham.. maka lepas tukar gedebuk gedabak.. bayar tax.. dan pi kat immigration.. time nak cop passport.. dia kata " i think better you run now.. your ferry is leaving now.. " aku menjawap jugak " but my one is at 12:00 am.. " dan dia dengan tersenyum.. " there will be no ferry leaving at that time.. this will be the last ferry.." terus aku teringat mamat yang jual ticket tadi.. hampehh..!!! kene tipu lagi.. :P