Okay nak bercerita pasal restoran nie sebelum kami ke Kuantan tempoh hari. On the way nak ke Tol Gombak mata kami melilau mencari kedai makan sebelum masuk ke highway. Maklum la masing-masing husband and wife belum makan lagi selepas balik kerja.
Dalam pencarian maka ternampak la signboard Restoran Beriani & Salai - Dia punya trademark pun "Singgah Dulu Beriani & Salai Dua-Dua Pun Sedap". Then aku bagitau wife yang tengah drive. Dia kata okay jer lagi pun dah lama tak makan beriani.
Jom kita masuk Restoran Beriani & Salai ini :D
"Singgah Dulu - Beriani & Salai - Dua Dua Pun Sedap".
Restoran yang terletak di No 51, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Isnin. Waktu operasi bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Dan pada Hari Jumaat ditutup dari jam 1.00 petang sehingga 2.30 petang bagi memudahkan perkerja menunaikan Solat Jumaat. Alhamdulillah terbaik management.
Suasana dalam kedai yang begitu luas dan selesa.
Ruang kanak-kanak bermain juga disediakan :D
Suasana dalam kedai yang amat selesa dan teramat luas, insyallah tidak akan ada kes kerusi berlanggar sesama pelanggan. Toilet dan surau juga disediakan bagi memudahkan pelanggan yang datang ke sini. Satu sudut untuk kanak-kanak bermain juga disediakan.
Di sini mengguna pakai sistem pay at counter and food will be deliver by the staff. Okla Menu tak complicated senang nak order. Ada perkara yang menarik berlaku ketika kami sedang order makanan di kaunter. Casher kata hari ini ada promotion kalau spend more then RM50.00 boleh dapat hidangan Gearbox percuma. Aku pun hurmm why not hahhaa.. Tak pasal-pasal dapat makan gearbox free :P
Family Combo Nasi Putih Set Kasih (4pax) & Set Juita (6pax)
Family Combo Nasi Beriani Set Ratna (4pax) & Set Atma (6pax)
Pastu wife aku menyampuk.. "Kita nak gi Kuantan ni, kang jangan pening lak nak drive, dah la penat balik kerja ni" sambil memberi senyum sinis. Aku pun steady jawap "Ala takde menda la, im okay jer setakat gearbox lembu ni takde menda la, dulu i makan gearbox Zirafah masa di Afrika steady jer" hahaha :P terus dengar perkataan "Menyampah betul" hahahaha.
Tak perlu tunggu lama hidangan sampai terus ke meja kita :D
Masak Lemak Lala, Daging Salai dan Telur Itik serta Beriani Daging.
Air ok not bad. Simple jer presentation dia.
Kami order 3 set Nasi Putih bersama Masak Lemak Telur Itik, Masak Lemak Lala, Masak Lemak Gading Salai dan aku go for Beriani Daging. Tambah side order Telur Dada dan Sotong Celup Tepung. Bersama 2 Lemon Tea, 1 Orange Jucie dan 1 Blackcurrant. Okla all total tak sampai RM70.00 plus dapat free gearbox :D
Last sekali Gearbox yang dinantikan pun sampai :D
One thing aku nak share sedikit info yang aku dapat bila search pasal restoran ni. Beriani & Salai ini dimiliki oleh Zaiyadal Group. Siapa Zaiyadal Group ni? Ia dimiliki oleh Haji Zaid seorang hamba Allah yang banyak membuat usaha dakwah dalam dan juga di luar negara. Dua daripada anak lelaki beliau adalah Hafiz Al-Quran iaitu Usamah dan Abu Ubaidah. Dan Zaiyadal juga memilik sebuah pusat pengajian islam yang dikenali Darul Ulum Zaiyadal dan Madrasah Tahfiz Zaiyadal.
The Zaiyadal Group - Sumber Google.
Tiba-tiba aku macam kagum pulak dengan Zaiyadal Group terutama Haji Zaid ini. Sebab mereka ada banyak cabang business dari Pertanian, Perikanan, F&B, Trading Wholesaler dan banyak lagi termasuk la restoran ini. Dah menjadi kebiasaan aku kalau buat sesuatu posting pasti akan buat research mendalam so ini antara result yang aku dapat Alhamdulillah. Oleh itu boleh datang makan di Beriani & Salai ini tanpa was-was Insyallah.
Memang betul tak banyak tempat yang boleh dilawati di dalam Bandar Kuala Lipis dan dalam masa 30 minit anda boleh mengelilingi seluruh Bandar Kuala Lipis Lama mahu pun Bandar Baru Kuala Lipis. So dari pengalaman selama 3 hari dua malam di Kuala Lipis. Meh aku listkan 11 tempat menarik di dalam Bandar Kuala Lipis untuk dilawati jika anda berkunjug ke Kuala Lipis.
1. Jambatan Kereta Api Kampung Tanjung Jati.
Tempat ni agak rare sebab jambatan ini di bina di era penjajahan British sebelum kemerdekaan. Mempunyai pemandangan yang unik dan menarik dengan berlatar belakangkan pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Namun agak menyedihkan ia seperti tidak dipelihara sangat oleh pihak berkuasa tempatan dan kewujudanya jarang diwar-warkan kepada rakyat Malaysia sendiri.
Jambatan Kerata Api Kampung Tanjung Jati, Kuala Lipis.
2. Stesen Kereta Api Tanah Melayu Lama Kuala Lipis.
Sama seperti no satu di atas stesen ini telah dibina era zaman British pada tahun 1921. Bila sebut stesen kereta api ini bermakna seluruh bangunan yang terdapat disekeliling kawasan ini juga rata2 telah mencapai 100 tahun. Maka pastikan take your time untuk berjalan-jalan dari stesen ini ke kawasan pekan lama yang berhampiran. Terdapat juga beberapa lukisan dinding (rural) yang cantik dibeberapa di ini.
Stesen Kereta Api Lama Kuala Lipis
3. Kedai Kopi Stesen.
Boleh baca di part 1 berkenaan Kedai Kopi Stesen ini ianya tak jauh dari stesen kereta api lama. Boleh berehat sebentar di sini sambil menikmati old school style mengopi, roti bakar, roti kukus, nasi lemak ayam, bubur ayam, kuew teow dan nasi goreng serta pelbagai menu lain. Dibuka setiap hari kecuali Rabu dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak, Bubur Nasi Berlauk Rati Kukus dan banyak lagi.
4. Masjid Negeri Lama 1888 - Bangunan Pertama di Kuala Lipis.
Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar berketurunan Yemen yang bernama Habib Hasan di mana beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Madrasatul Firdaus dan masjid ini adalah bangunan tertua di Kuala Lipis. Uniknya masjid ini masih dikekalkan seni bina dari 135 tahun yang lalu.
Bangunan pertama di Kuala Lipis dan masjid pertama di Pahang.
5. Muzium Warisan Lipis Di Bukit Bius.
Muzium ini mejadi tempat tersimpanya beberapa galeri maklumat sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis. Muzium ini juga tempat lahirnya Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 iaitu Dato Seri Najib Razak pada ketika ayah beliau menjawat jawatan SUK Negeri Pahang iaitu 17 tahun sebelum menjadi Perdana Menteri ke-2.
Dibina oleh penjajah British pada tahun 1922 di puncak tertinggi Kuala Lipis. Menjadi kediaman kepada pegawai-pegawai tinggi era British. Pegawai pertama yang menduduki rumah ini adalah Hugh Clifford yang bertugas sebagai Presiden Ulu Pahang dan kemudian disambung oleh pegawai-pegawai lain sehinggalah terhenti apabila tercetus perang dunia ke-2. Pada tahun 1958 - 1965 kediaman ini dijadikan sebagai asrama pelajar SMK Clifford dan sekarang telah dijadikan sebagai Rumah Tumpangan - Residen Inn.
Bangunan yang berumur 101 tahun tetap utuh berdiri.
7. Pasar Bunga Cengkih.
Agak tidak lengkap jika ke Kuala Lipis tapi tak merasa ikan air tawar tempatan. Jika anda tertanya-tanya di manakah tempat anda boleh membeli ikan seperti Krai, Tapah, Tenggalan, Patin Buah, Kenerak, Sebarau, Baung, Lampam dan sebagainya. Maka di sinilah tempatnya. Jika anda bernasib baik mungkin terdapat Ikan Kelah dijual di atas meja.
8. Taman Awam Kuala Lipis.
Terletak bersebelah dengan Masjid Daerah Lipis atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mahmud. Telah dibina sebelum 2017 lagi namun telah diberi nafas baru selepas PKP yang lepas. Mempunyai tempat permaianan kanak-kanak yang luas, tempat bersenam, pondok rehat yang banyak dan trek jogging. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman awam ini.
Keadaan Taman Awam Kuala Lipis - Bersih dan kemas.
9. Che Ngah Kafe.
Jika cuaca panas ketika berjalan-jalan di Bandar Kuala Lipis, anda boleh singgah ke Che Ngah Kafe untuk menikmati aiskrim yogurt buatan anak melayu tempatan Lipis. Selain aiskrim terdapat juga menu seperti nasi goreng, mee rebus, wafer, pasta dan lain-lain lagi. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. Beralamat No 7, Tingkat Bawah Annexe Block, Lipis CenterPoint, 27200.
Aiskrim Yugort yang masam-masam manis..
10. Master Cakoi Legasi Pak Ambong
Dari 10 orang tempatan yang ditanya apa yang sedap di Kuala Lipis at least 6 daripada nya akan menyebut kene cuba Master Cakoi Pak Ambong yang terletak di Stesen Bas Lama Kuala Lipis adalah cakoi terbaik di Kuala Lipis. Tak jauh dari Masjid Lama Negeri. Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Beralamat di No.134 Kedai Bandar Baru (Pahang Lin Siong), Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur., Kuala Lipis, Malaysia
Make sure kalau nak beli amik yang baru masak panas-panas tu. Nak beli Cakoi frozen pun ada di sini. Terdapat juga beberapa jenis kuih tempatan yang di jual.
11. Azmi Ikan Steam Tempoyak.
Nak beli ikan air tawar tempatan boleh ke Pasar Bunga Cengkih tapi jika nak makan, kat mana? Maka anda boleh ke Azmi Ikan Steam Tempoyak. Ada sebab kenapa aku letak yang ni terakhir nombor ke sebelas sebab nak makan kat sini make sure kene ada duit tebal yer hahaha. Hidangan Ikan kelah masak sekilo berharga RM520.00. Hidangan Patin Buah RM200.00 sekilo. Tapi kalau tak amik hidangan ikan air tawar tak perlu risau kerana masakan lain harga adalah biasa seperti di tempat lain :D
Nak rasa sedapnya Ikan Kelah boleh datang ke sini merasa :D
Setiap tempat akan ada keistimewaan mereka tersendiri baik dari segi keadaan geografi, cuaca, makanan, sejarah dan juga cara kehidupan (budaya) serta ekonomi. Kuala Lipis kaya dengan warisan sejarah tersendiri dan antara tempat Mat Kilau pernah berjuang bersama pengikutnya menentang British - Part yang kata Mat Kilau ni ada seorang pakcik berumur 87 tahun bagitau masa jumpa di masjid. :D
Actually mati akal jugak nak pergi mana pun tak tahu kat dalam Bandar Kuala Lipis ni. Lagi-lagi bawa kids nak cari tempat yang friendly dengan mereka agak susah. Buat carian di Google pun banyak tempat menarik semuanya jauh di luar kawasan Kuala Lipis macam Taman Negara Sungai Relau Merapoh,Gua Bama,Tasik Empang Jaleh,Taman Tasik Burung Mandi dan Taman Haiwan Lipis dah permanently closed katanya Encik Google :P
Bulatan Utama Bandar Kuala Lipis
Nasib baik datang sebab urusan kerja bukan bercuti kira ok la kita layan jer healing escape dari kesesakan Kuala Lumpur. Tapi yang seronok kat sini tenang dan aman dengan udara bersih mana tak nya dikelilingi hutan tebal. Pukul 9.00 pagi masih lagi kelihatan kabus tebal tak tau la kalau hari lain tapi dua hari di sini memang kabus tebal setiap pagi.
Taman Awam Kuala Lipis - Bersebelahan Masjid Daerah Lipis (Sultan Mahmud)
Di waktu pagi atau petang kalau tak tahu nak pergi mana untuk bawa anak-anak, boleh bawa ke Taman Awam Kuala Lipis - Tiada bayaran dikenakan dan masuk adalah percuma sahaja. Taman ini telah wujud agak lama sebelum 2017 lagi cuma ia telah diberi nafas baru dengan banyak tempat permainan kanak-kanak, pondok rehat dan trek jogging juga telah disediakan.
Kemudahan baru serba lengkap di Taman Awam Kuala Lipis
Jika hadir ke sini anda boleh melawat ke dua buah lagi tempat yang menarik iaitu Masjid Daerah Lipis atau Masjid Sultan Mahmud yang telah dibina pada tahun 1969 dan telah dirasmikan oleh Sultan Pahang pada 27 Ogos 1971 dan juga Muziam Warisan Lipis yang terletak di atas Bukit Bius. Ketiga-tiga tempat ini berada dalam satu kawasan yang boleh dilawati kurang dari setengah hari.
Masjid Daerah Lipis atau dikenali juga Masjid Sultan Mahmud
Muzium Warisan Lipis di Bukit Bius - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta @ Sudirman
By the way jangan kata Muzium Warisan Lipis ini tidak menarik kerana di sinilah lahirnya Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 23 Julai 1953 iaitu Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Razak ketika ayah beliau Tun Abdul Razak Bin Hussein menjawat jawatan sebagai SUK Negeri Pahang yang juga merupakan Perdana Menteri Ke-2 selepas 17 tahun dari kelahiran Perdana Menteri Ke-6.
Tun Abdul Razak adalah antara penghui rumah kediaman SUK Kerajaan Negeri Pahang suatu ketika dahulu.
Muzium ini mejadi tempat tersimpanya beberapa galeri maklumat sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis. Oh ya bayaran masuk RM1.00 perperson
Che Ngah Kafe - No 7 Tingkat Bawah Annexe Blok, Lipis CentrePoint.
Selepas penat berjalan-jalan meneroka Bandar Lipis anda boleh pergi ke Che Ngah Kafe untuk menikmati aiskrim yogurt buatan anak melayu tempatan Lipis. Selain aiskrim terdapat juga menu lain nasi goreng, mee rebus, wafer, pasta dan spaghetti. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang.
Jom kita masuk Che Ngah Kafe
Cuaca tengah hari memang panas.. So kita layan yang sejuk-sejuk ni
Suasana di dalam kafe yang selesa.
Hotel Bestari - No 42 & 43, Lorong BBKL 2/2/1, 27200 Kuala Lipis, Pahang.
Walaupun ia bukan sebuah hotel yang mewah tapi amat berbaloi dengan harga yang marhain dan paling penting bilik bersih, kemas dan serba lengkap. Tidak dilengkapi lift kene naik tangga. Dan pihak hotel memberi kupon parking untuk satu jam pertama pada setiap malam kita check in. Kalau bajet marhain macam aku amat recommanded sangat hotel ni.
Malam kedua kami tidur di Hotel Bestari.
Tiada breakfastdan lift disediakan. Tapi bilik bersih dan kemas.
Kami pilih family room untuk seisi keluarga memang seleasa.
Harga bilik bermula RM65.00 untuk single bed sehingga RM144.00 untuk family room double king bed (Harga dari Booking.com). Semuanya berbaloi kalau menginap di sini cuma yang buat spoil adalah kedai makan di sebelah hotel ini sebab kami macam kena scam hahaha.
Gambar keesokan paginya. Kene scam makan kat sini :P
Kepala Ikan Siakap lebih kecil dari tapak tangan anak berumur 4 tahun lebih.
Macam biasa kami kalau makan seisi keluarga akan makan nasi putih dan lauk. Masa order ada tanya dengan waiter berapa harga ikan siakap 3 rasa dia kata RM40.00. Besar mana? "Saiz standard Bang". Okla kira standart la tu RM40.00. Tapi bila dapat mak aii siakap kecil teramat macam yang RM4.00 sekor tu. Kepala Ikan tu lagi kecik dari tapak tangan (tanpa jari) anak aku umur 4 tahun lebih.
Well masakan dia pun anak-anak aku tak boleh makan sangat sebab mostly pedas especially Siakap 3 rasa ni. Masa bayar di kauter tanya pasal siakap kecik sangat dengan harga RM40.00 dengan brother seorang ni yang aku assume owner Restoran Boy Char Kuew Teow & Tom Yam ni. "Ikan tak ramai order dan susah nak dapat". Baik lah kita redha jer lah.