Thursday, 8 February 2024

Menaiki Bot Menyusuri Hutan Paya Bakau Di Sungai Cherating

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah seminggu dua ni mood nak update blog kembali lagi tapi mungkin juga sebab budak-budak dah start cuti sekolah so rasa kerja harian tu kurang sikit. Just ada seorang jer yang masih kena hantar ke tadika. Dari 4 tempat yang perlu dihantar setiap pagi iaitu di 2 buah sekolah dan satu rumah pengasuh and now only one to be send. Seronok ayah boleh duduk minum kopi pagi-pagi dengan tenang hahaha.

Jom kita explore menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating.
Okay tutup intro sambung cerita. Pada hujung tahun lepas kami outstation ke Kuantan like always then tergerak hati nak ke Cherating sebabnya ada sorang anak saudara ikut and ada few kawan-kawan dari Indonesia datang bercuti ke Kuantan. So kami plan untuk meet up di Kuantan and then tanya wife nak bawa jalan mana kita sebab bukan orang Kuantan.


Maka datanglah idea ntah dari mana untuk ke Cherating. Satu sebab sana pusat percutian dan peranginan poupular sampai masuk dalam game saidina - part ni si anak saudara kitorang yang cakap (Syafiqah). Dan aku dengan wife pun tak pernah lagi jejakkan kaki ke Cherating padahal selalu jer drive dari Kuantan ke Kuala Terengganu atas faktor kerja.

Nampak macam kedai makan jer. Tapi tak tahu macam mana nak singgah :D
Menyusuri bawah jambatan untuk ke laluan masuk Hutan Paya Bakau.
Pada hari kejadian kami turun ke lobi hotel seawal pagi dan makan breakfast yang telah disediakan oleh pihak hotel. One thing yang aku suka Hotel Classic ni ialah breakfast yang disediakan dan makanan dia variety sangat-sangat. Dari buah-buahan, kuih muih, kalau ada Nasi Lemak, Bihun dan Mee Goreng pun ada sekali. Kadang-kadang Mee Kari, Roti Jala, Bihun Sup pun ada. Padahal bayar murah jer rate bilik di Classic Hotel ni.

Disebabkan hari ini hari bekerja maka Cherating tidaklah terlalu ramai pengunjung but still kelibat warga asing yang datang sebagai pelancong itu ada di mana-mana. Dari Hotel Classic ke Pantai Cherating mengambil masa 45 minit dengan jarak sejauh lebih kurang 50km. Kami sampai seawal jam 8.30 pagi. And sampai-sampai jer macam blur tak tahu nak buat apa sebab tak tahu nak buat apa hahaha..

Perjalanan sejauh 50km dari Bandar Kuantan ke Pantai Cherating.
Maka kami stop di Hafiz's Adventure Activities yang beralamat di No 7/ 1156, Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang. Dibuka setiap hari dari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30 malam. Beberapa aktiviti menarik yang disediakan antaranya Mangrove River Cruise, Watching Fireflies (Kelip-Kelip) di malam hari menaiki bot. River Kayaking and ATV @ Quad Bike at soft jungle trail with local guide. 

Ada juga aktiviti kebajikan seperti Mangrove river clean up and mangrove tree planting program. Dan yang paling menarik ada aktiviti Release Baby Turtle To The Sea dan Turtle laying eggs watch on the beach at night. Ada aktiviti yang hanya dilimitkan pada waktu-waktu tertentu dan ada yang terbuka sepanjang waktu ia beroperasi.

Ular Hutan Paya Bakau atau lebih dikenali dengan nama Ular Cincin Emas.
Ketam Batu - Hukum Makruh dimakan sebab hidup dua alam.
Biawak pun ada kat sini.
Ni burung apa eh.. Siapa tahu?
Ketam ni ada yang berwarna-warni.
Samada ini anak biawak atau spesis biawak lain yang kecik.
 Cantik elok jer duduk dalam lubang kecik ni.
Syukur kami semua seramai 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak memang cukup untuk satu trip bot bagi aktiviti Mangrove River Cruise. Bayaran dikenakan adalah RM45.00 seorang. Satu sesi river cruise adalah selama sejam sehingga satu jam setengah bergantung pada cuaca dan pasang surut air. Sebab kalau air terlalu surut ada few place yang tak boleh diredahi oleh bot.

Catch the moment 
Tenang jer.. Bot memang dipandu perlahan untuk kita menghayati keindahan
Alhamdulillah pengalaman yang amat menarik dan menakutkan juga hahahaa. Sebab antara haiwan yang kita dapat lihat dan agak banyak adalah ular paya bakau atau juga dikenali sbagai Ular Cincin Emas. Kata pemandu bot ular ni buta siang dan hanya akan bergulung di ranting pokok di siang hari. Hanya aktif di malam hari so tak perlu risau kata dia. But kami still takut sebab ular is ular kan hahahaa :P

Dia ni kan kat mana-mana jer ada. Kiranya haiwan paling banyak la yang kami jumpa.
Suasana dan keadaan Hutan Paya Bakau Sungai Cherating.
Seronok tengok perkampungan di pinggir Sungai Cherating ni.
Kata pemandu bot zaman dulu-dulu macam ini la keadaan Kuantan.
Disebabkan aku sorang jer lelaki maka aku duduk belakang dengan pemandu bot dan yang lain semua perempuan duduk depan. Lagi kuat diorang jerit sebab lalu bawah ular kat ranting tu lagi kuat la pemandu bot ni usik diorang. Okla tak ada ular yang jatuh atas bot sepanjang menyusuri Sungai Cherating ni. Seronok dapat lihat pelbagai jenis burung dan juga ketam yang berwarna-warni sepanjang perjalanan. 

Time matahari nak naik kami dah on the way balik ke jeti Hafiz's Adventure Activities.
Akhirnya selepas sejam lebih kami pulang ke pangkal jalan.
Okay belanja sikit muka anak saudara. Pelajar Aviation Kolej.
Tour yang mengambil masa lebih sejam ini tak terasa lama mana pun. Dia macam "eh tiba-tiba dah nak habis dah ke?" Rasa tadi macam baru jer naik bot memang rasa tak puas sangat. Lagi pun kami amik trip yang pagi suasana tenang aman dan tak berapa nak panas sangat. Cuma balik tu baru terasa sikit panas sebab matahari baru nak naik tapi still dalam paya bakau rasa sejuk jer. 

Tuesday, 6 February 2024

Suasana Pasar Pagi Ahad Di Pekan Damak Jerantut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Berkesempatan menziarahi Pak Ngah Bakar iaitu dua pupu kepada ibu mertua ku tapi senang kita panggil pakcik kepada wife jer la. Beliau telah pun berpuluh tahun menetap di Jerantut bersama 2-3 orang adik beradik beliau. Asalnya dari Negeri Sembilan ntah macam mana tercampak jauh sikit ke Pahang. Yang itu tak yah sembang la sebab aku pun tak tahu sangat hahaha.

Pasar tak besar mana mungkin ada ada dalam 50-60 peniaga sahaja. Tapi best :D
Cuma yang pasti bila Pak Ngah Bakar borak dengan mak mertua aku habis loghat negori dia keluar. Bila kawan-kawan dia orang Jerantut datang boleh lak bertukar loghat Pahang. Cuma dengan aku dia cakap loghat Pahang la. Kalau dulu masa baru kahwin apa yang arwah nenek wife aku cakap sepatah haram pun aku tak faham tebalnye loghat negori dia hahaha.

Dulu masa baru-baru kahwin dengan wife rajin jugak la datang ke rumah Pak Ngah Bakar ni. Sebab rumah kampung dia ni dalam kawasan hutan yang berbukit. Memang seronok dan nyaman jer. Kalau dulu line handphone pun susah nak dapat. Memang seronok la nak escape dari suasana bandar. 

Orang sini kebiasaanya makan kangkung liar yang daun lebar-lebar tu.
Inilah dia Kulat Sisir atau Cendawan Sisir yang telah dikeringkan.
Kalau beli yang telah dibersihkan kesan kayu tu mahal sikit macam yang ini.
Yang ini apa nama ntah tak ingat pulak. Siapa tahu boleh komen di bawah yer.
Aktiviti paling wajib kalau ke kampung Pak Ngah ni ialah mandi sungai. Dan kemudian kait, petik atau kutip buah. Kalau musim buah tu segala jenis tok nenek buah dia suruh kami bawa balik. Di kampung Pak Ngah ni la aku belajar makan Cendawan Busut, Jering, Biji Getah, Kulat Sisir atau Cendawan Sisir dan pelbagai lagi yang di bandar kita susah nak dapat.

Ikan-Ikan Sungai. Lampam, Baung, Patin, Jelawat dan Talapia Merah.
Harga mengikut saiz pun ada juga macam yang ini saiz kecik harga per kilo murah sikit.
Ikan Patin yang dibela di dalam sangkar di sungai. Aku beli 4 ekor ;D
Hasil laut pun ada dijual tapi nampak harga macam murah juga.
Pagi Ahad selepas subuh Pak Ngah ajak kami semua ke Pasar Pagi di Pekan Damak dan dia dah pesan kat aku kalau nak beli ikan air tawar kat sana memang banyak orang jual. So kami pun naik kereta axia baru Pak Ngah yang tak sampai sebulan keluar. Jauh gak la perjalanan aku rasa tapi bagi orang kampung dekat jer.

Di pasar ni memang banyak benda rare yang di KL tak berapa nak jual sangat. Dan walau pasar ni tak besar mana tapi seronok tengok suasana di sini. Ramai pengusaha kecil-kecilan berniaga. Ada seorang makcik ni berniaga Cili Api, Batang Daun Keladi, dengan Jantung Pisang jer. Ada abang OKU jual pau dengan tempe homemade. Ada yang jual sebakul ikan sahaja.

Abang OKU ni jual Pau dengan Tempe home made. 
Yang batang hijau panjang tu tak ramai dah orang makan sekarang ni, Meh kita tengok yang komen tahu tak apa benda tu huhuu. Yang Kecil tu aku panggil Terung Telunjuk. Korang panggil apa?
Selesai kami bershopping sakan di pasar sampai Pak Ngah kata macam tak pernah pergi pasar jer kamu semua ni hahah.. Semua benda nak dibelinya dengan pau frozen, jagung manis, ikan, segala sayur-sayur dan ulam-ulam. Yer la kadang-kadang tengok sayur segar-segar ni geram sampai terpaksa membelinya. kan? :P

Sedap Roti Boom Brother ni. Tapi sayang Kuah Dhal dah habis masa ni.
Seronok tengok wife dengan anak teman berniaga :D
Lepas letak semua barang yang dibeli dalam kereta kami singgah di sebuah warung untuk breakfast. Aku dengan wife tak makan kami minum jer sebab pagi-pagi pukul 9.00 ni makan nasi berlauk memang idok ler teman hahaa.. Mungkin sini mostly kerja kebun atau kerja kampung so mereka memang makan nasi seawal pagi.. Ntah la..

Kalau minum di warung-warung kampung ni. Air dia memang kaw lain macam.
Ok otw balik singgah kebun alhamdulillah ada durian yang gugur, D24 okey :D
Time ni anak-anak semua tak ikut tinggal di rumah kampung. Anak-anak Pak Ngah ni tolong tengok kan. Kami pun beli sarapan apa yang ada untuk dimakan di rumah Pak Ngah. Lagi pun kejap lagi nak mandi sungai dan Pak Ngah kata kejap lagi balik singgah kebun durian tengok ada tak durian yang gugur. :D

Boleh baca entry ni kalau nak tahu keadaan kampung dan kebun Pak Ngah ni - Sehari Di Kawasan Pedalaman Daerah Jerantut - Pahang. Yang ini aku tulis 8 tahun lepas masa baru-baru kawen dulu. Sungai kat area sini memang best sebab jernih dan bersih. Dan dalam entry ni juga aku ada share hasil kebun dan buah-buahan. Dan macam mana perangai orang bandar masuk kebun kampung hahaha :P

Sunday, 4 February 2024

Stay Tune Readers And Followers :D

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah dapat juga update blog hari ini walau bukan kisah travel atau berkenaan travel. Just Update Of My Self. Since my last uncle passed away last month and demam sehingga dua kali sampai loya, muntah dan cirit bagai. And then terus hilang mood nak meng"update'' blog sehinggalah ke hari ini. 

At this moment tengah siapkan beberapa entry berkenaan Umrah bersama Mantop Travel Agent yang baru sahaja selesai pada hujung tahun lepas. Nak kena cepat update sebab lepas Perayaan Tahun Baru Cina ni dah nak fly ke satu tempat yang belum pernah dikunjungi. Kang bertambah lagi que nak update kisah perjalanan hahaha..

Insyallah Bulan February 2024 ini kita habiskan kisah menunaikan Umrah.

Nak focus update pun tak boleh sekarang sebab keadaan agak busy dengan urusan anak-anak nak habis sekolah dan yang baru nak mula sekolah. Si Afnan akan start belajar di tadika. Tadika mana tak tahu lagi sebab husband and wife tengah bergaduh lagi nak hantar ke tempat yang dihajati hati masing-masing hahaha.. Dan si Afiya insyallah akan memulakan persekolahan darjah satu.

Alhamdulillah selesai sudah menulis kisah backpackers ke Pulau Batam Indonesia.
Thanks kepada semua yang sudah membaca dan memberikan komentar :D

Setakat sekarang especially selepas aktif semula berblogging pada penghujung tahun lepas aku dah pun berjaya update Trip Baru iaitu Singapore (7 entry) dan Batam, Indonesia (8 entry). Dan berjaya update habis kesemua kisah backpackers di Negara Iran (13 entry). Dan dalam negara iaitu Melaka (5 entry), dan Kuala Lipis, Pahang (3 entry).

Insyallah akan cuba untuk siapkan dalam masa terdekat ni kisah backpacker ke Xian, China dan Perth, Australia. Kalau boleh publish at least 10 entry sebulan insyallah boleh tercapai hajat di hati ni hahaha.. Somehow respect dengan para blogger yang boleh update selalu sehingga 20 - 30 entry atau lebih dalam sebulan. Pastu blog walking lagi. Seronoknya la hai life korang ni hahaha :D