Sunday, 1 June 2025

Kyrgyzstan Part 10 : Kyrgyz Traditional Drink Is Consider Alcohol Or Not?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Dalam Part 7 aku ada mention terdapat orang yang memberi minuman percuma pada pagi 1 Syawal. Dan boleh dikatakan hampir di setiap simpang jalan ada sahaja kelihatan orang yang memakai baju dengan logo serta warna yang sama memberikan minuman ini kepada sesiapa sahaja yang mahukan.

Setelah aku mendekati dan baru aku tahu bahawa ia adalah sejenis minuman traditional masyarakat Kyrgyz's. Cuma aku tak pasti nama dan apa jenis minuman traditional tersebut. Dan ada sebab kenapa kita kena amik tahu pasal minuman ini.

Minuman Traditional Kyrgyzs yang disediakan percuma pada 1 Syawal.
Semasa Ramadhan tidak kelihatan. Masuk syawal tumbuh merata air ni.
Ini kerana bila kita masuk ke sesetengah restoran, kadang kala ia di serve sebagai pembuka selera. Dan dari bacaan aku berkenaan minuman traditional Kyrgyz ini ada di antaranya mengandungi alcohol sehingga boleh memabukkan. Maka sebegai seorang muslim kita kena ambil berat sedikit berkenaa soal Halal dan Haram ini. 

Namun dari carian di internet aku tak jumpa mana-mana artikel atau statement yang mengatakan jenis yang mana adalah halal atau tidak tapi banyak sumber yang aku jumpa hanya mengatakan ada di antaranya mengandungi alcohol. Namun minuman traditional seperti teh atau disebut chai tu insyallah tak perlulah diragui.

Inilah rupa keadaan air yang diberikan secara percuma.
Jom la amik secawan sebab dah berapa kali di offer pada setiap kali lalu.
Minuman Kyrgyz's paling utama ialah Kumis juga dikenali sebagai Kymyz atau Airag. Diperbuat dari susu kuda yang ditapai. Sangat popular di kalangan masyarakat Kazakh, Kyrgyz dan Mongol. Sejenis minuman yang mempunyai rasa masam, berbuih dan sedikit bergas. Dan susu kuda untuk membuat Kymyz ini hanya diperah ketika musim panas sahaja.

Ia adalah minuman yang ditapai dengan kandungan alkohol yang rendah dan dianggap sebagai minuman yang berharga. Kadangkala digunakan dalam perubatan traditional masyarakat nomad. Kymyz adalah simbol layanan dan hubungan untuk sesama komuniti nomad. Oleh itu ia sering dijadikan hidangan pembuka kepada pelancong.

Minuman Kumis atau popular dengan nama Kymyz - A fermented mare's milk.
Maksym iaitu minuman bergas yang diperbuat daripada beberapa jenis bijirin yang ditapai dan merupakan minuman yang sangat istimewa di musim panas. Ia sering dijual di jalanan dalam tong kecil. Jarma sejenis minuman yang diperbuat dengan menggunakan tepung oat panggang dan kadangkala menggunakan beberapa jenis bijirin lain.

Chalap ialah minuman susu biri-biri tradisional Kyrgyz yang ditapai. Ia juga dikenali sebagai Tan. Sering digambarkan sebagai minuman yang menyegarkan. Ia dibuat dengan mencairkan Ayran (minuman susu masam) dengan air dan menambah garam. Chalap popular semasa musim panas dan biasanya disajikan di Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Kazakhstan.

Minuman Bozo - minuman yang popular ketika musim winter.
Bozo sering dirujuk sebagai Kyrgyz Beer. Dibuat dengan menapai bijirin seperti malt, gandum, jagung, atau barli. Minuman pekat dan beralkohol ringan yang sangat popular di kawasan luar bandar semasa musim sejuk. Terkenal dengan rasa masamnya dan dipercayai mempunyai manfaat kesihatan seperti meningkatkan imuniti dan mencegah anemia.

Hampir kesemua minuman traditional ini ada dijual dalam botol dalam pasaran.
Teh (Chai) Walaupun bukan minuman tradisional Kyrgyz secara khusus seperti Kumis atau Maksym. Teh adalah bahagian asas budaya Kyrgyz terutamanya semasa waktu makan. Terdapat ratusan jenis teh yang ada di Kyrgyzstan. Dan boleh dikatakan setiap restoran menyediakan pelbagai jenis teh yang berlainan dari pebagai jenis daun, bunga dan bahan lain.

Teh atau Chai adalah minuman asas budaya masyarakat Kyrgyzstan.
Dan aku mengambil secawan minuman tradisi ini selepas kelihatan ada wanita yang bertudung dan lelaki tua berkupiah turut menikmati minuman ini. Okay bila aku try minum sedikit dapat rasa ia bergas, bau seolah roti yang direndam dalam air untuk beberapa hari. Dan ada bau macam bau yeast yang amat kuat dan berwarna putih dan macam ada bijiran oat.

Hebat orang-orang di sini boleh minum sekali teguk sahaja :D
Boleh dikatakan setiap simpang jalan ada sahaja air percuma ini diberikan.
Hanya sampai di tengah lidah dan terus aku keluarkan semula sebab memang tak boleh go further haha. Sebab dalam fikiran rasa macam minuman yang tak boleh diminum jer. Tapi orang lain aku tengok ada yang minum sekali teguk jer. 

Aku pun sebelum nak minum fikir banyak kali dengan bau dia yang hahaha better not say la. So in the end aku siram kat bawak pokok tanpa dilihat orang lain. Mungkin lepas ni kena jumpa Asel Mustafaeva untuk tanya semua jenis minuman ni apa status untuk diminum oleh orang islam hahahaa..

Bersambung Kyrgyzstan Part 11 : (Under  Construction)

38 comments:

  1. wahhh rezeki ye....semoga Allah dapat membalas jasa mereka yang sentiasa bersedekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga amalan tu memberi minuman percuma sempena 1 syawal kan huhuu .

      Delete
  2. macam minum air tapai ke tu rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh air tapai pun saya tak pernah minum huhuu... Its just to boleh go furthe dalam mulut hahaha.. πŸ˜‚

      Delete
  3. kalau sy kat situ agaknya mesti fikir byk kali sebelum nak try
    sejenis yg kalau tak biasa haa mendapat laa sakit perut lepas tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir byk kali juga.. smpai ke hari kedua syawal.. konon nak strong la try minum tapi aduh... Stress dlm mulut nak telan hahaha..

      Delete
  4. Tak macam Laban kat Mekah ke, atau lagi masam bergas air nya? Hehe curious betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laban kat mekah tu susu biasa kan.. ini macam susu yg telah ditapai bergas dan masam hahaha.. tak berani nak telan.. 😁

      Delete
  5. Terbayang masa akak cuba minum air nira, tapi cuma mampu seteguk dua je. hehe

    Susah jugak nak decide kan, tapi kalau ragu-ragu memang wajib tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah punca utama adalah ragu ragu tu.. sebab air susu tapi bergas.. masam lak tu . Bau yeast lgi aduhaii... Susah nak adapt di fikiran hahaha.. πŸ˜‚

      Delete
  6. saya memang tak adventurous bab2 mkn minum hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu... Betul juga tu.. tapi kalau nak adventurous mmg kena mencuba la semua tu πŸ˜πŸ‘πŸ»

      Delete
  7. Beragam sekali jenis minuman disana ya Mas.
    Luar biasanya disajikan juga secara percuma (gratis, kalau istilah disini).
    Rupanya disana juga ada tersedia minuman teh. Saya sekarang jarang sekali minum teh padahal di tahun 1970-an zaman saya masih kecil, air teh itu minuman sehari-hari keluarga disini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya semua minuman itu gratis cumanya ngak tahu sama ada boleh diminum atau tidak.. kerana dari bacaan kebanyakan ada unsur alcohol gitu.. Namun teh di sana mmg enak bangat.. Dari dedaunan dan bunga kering yg dihidang dalam mangkuk kecil.. enak sekali.. πŸ‘πŸ»☺️

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Kena dgn tekak diorg bolehlah minum sekali teguk je kan... Kalau kita ni mmg terkulat² la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kalau dari kecik dah minum mmg dah besar tua minum sekali teguk jer la hahaha.. betul perkataan tu terkulat kulat nak minum hahaha..

      Delete
  10. Amalan bulan baik, semoga sampai kemana-mana ya... Wah apa rasa minumannya, susu fermentasi kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul susu fermentasi.. kalau yogurt masih bisa dimakan tapi kalau masa bergas dan bau yg kurang enak mmg tidak boleh langsung utk ditelan hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  11. Bestnya dapat travel around the world...btw terima kasih sudi singgah dan follow blog saya https://syazwantahir.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la round the world sangat... Ada la sikit sikit pi sana.. sikit sikit pi sini hihii.. terima kasih sudi membalas kunjungan ke sini ☺️πŸ‡²πŸ‡Ύ

      Delete
  12. Beri percuma tu dah bagus tapi mengandungi alkohol macam tak menarik sudah. Ragu-ragu lebih baik kita tinggalkan. Okay dan tak mabuk pulak dorang minum ye.

    Membayangkan proses dan baunya. Rasa tak sanggup tak minum. Kalau teh tu okay lagilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Sebab air nira pun kalau terlebih dah jadi tuak yg tak halal kan.. so di negara org lagi la tinggi perasaan ragu ragu nak minum tu.. hahaha πŸ˜‚
      Tak apa la mengelak lebih baik dari terjebak huhuu

      Delete
  13. Ada tengok youtube fikri zamri minum air ni jugak, memang kuat gasnya. Tapi membayangkan rasa dia yg mcm air rendaman roti tu..... hahaha rasa takut pulak nak minum. tapi teringin nak rasa jugak sbb minuman culture diorang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah if ada guide maka boleh la minum.. tapi kalau sendiri explore dan tak faham apa yg dia ckp payah juga kalau nak cuba rasa hihii... Kalau biasa minum air tapai boleh la kot.. hahaha πŸ˜‚

      Delete
  14. air kopi pekat pun linda tak minum.. hahaha..inikan lagi air yang bebrau pelik2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi tu jauh lebih seronok diminum dari yg ini..percaya lah hahahaa... Bau dia pelik dgn bergas lagi.. aduhhhh tak pe la hahaha.. πŸ˜‚

      Delete
  15. kalau anak-anak conform tak lalu minum langsung. tapi dah budaya diorang kan. amik jelah sekadar berbahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budaya mereka dari kecil lagi kot dok minum... Bila dh tua sekali teguk jer minum secawan tu hahaha.. itulah dia dah offer kita amik la.. tpi tu la sedekah od pokok jer ka πŸ˜‚

      Delete
  16. Cara explain rasa tu.... uncle rasa uncle pass, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha uncle legend... Mmg lain dari yg lain... Mungkin yg biasa minum air tapai ok kot.. boleh terima kesamaannya huhuu...

      Delete
  17. sy x leh minum air yg pelik2 ni. cukuplah minum air kosong aje jika meragui isi kandungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... Kalau dah ragu ragu ini tinggalkan jer la.. lagi pun ada jer air lain utk diminum kan πŸ˜…

      Delete
  18. seram rasanya nak try, takut tak diterima tekak... kalau rasa sikit bole la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya mmg tak okay sangat hahaha... Nak lepas half lidah pun teramat payah hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  19. Hahahahaha saga jadi penasaran πŸ˜„πŸ˜„. Berarti ini minuman fermentasi ya bang. Macam kombucha , cuka apel atau tapai lah. Tp kombucha dan tapai walau ada alkohol, jumlah dia sangat keciiiil dan msh diperbolehkan.

    Tp susah juga kalo kita tak tahu itu minuman alkohol tinggi , sedang atau kecil yg msh aman πŸ˜„.

    Kombucha dan cuka apel saya rutin minum tiap pagi utk probiotik. Bau mereka pun tak sedap. Tapi saya dah biasa Krn dah lama minum. Jadi mungkin minuman Kyrgystan ini bisa jadi saya sanggub telan 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kombucha juga belum pernah saya cuba.. pernah jumpa tapi ngak tahu bagaimana rasanya.. air tapai pun saya tak bisa minum hahaha.. ini kan susu yg ditapai aduh lagi berat utk diminum..

      Delete
    2. Kalau bisa dan sanggup ditelan air di Kyrgyzstan ini maka silakan cuba.. kalau ada rasa pening2 boleh bgtau kemudian hahaha.. sy cuba minum sedikit hanya sampai dihujung lidah sahaja.. tak mampu pergi jauh.. mau termuntah dibuatnya πŸ˜…πŸ˜…

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...