Saturday, 14 March 2026

Bulgaria Part 4 : Saint Nedelya Orthodox Cathedral - Vitosha Boulevard

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 3 : The History of Ancient Serdica City - 1st Century AD

Dah habiskan masa yang banyak melawat Kompleks Kota Serdica tapi waktu masih lagi jauh dari waktu check in. Aku pun teruskan berjalan kaki menuju sebuah bangunan bersejarah ratusan tahun yang terletak di seberang jalan raya besar.

Bangunan Saint Nedelya Orthodox Cathedral yang bersejarah.
Basically aku langsung tak study mana nak berjalan di Bandar Sofia ni. Semua yang aku buat adalah ad hoc sahaja. Buka map tengak if ada anything yang interesting terus aku berjalan. Or otherwise aku bergantung kepada any signboard yang menunjuk for any attraction place. Tapi apa yang boleh aku katakan Sofia City it self adalah interesting.

Kelihatan seperti sebuah masjid dengan seni bina Ottoman.
Main entrance Saint Nedelya Orthodox Cathedral.
Saint Nedelya Orthodox Cathedral adalah sebuah temple kecil yang mula dibina sekitar kurun ke-10. Ia telah banyak kali musnah atas beberapa sebab dan antaranya adalah peperangan. Ia telah dibina semula berkali-kali sepanjang hayatnya sehingga mencapai status Cathedral (Gereja Besar) pada kurun ke-18. Sehingga menjadi salah satu mercu tanda di Sofia.

Pemandangan unik bangunan bersejarah yang telah ratusan tahun.
On this side nampak sangat seni bina ala Ottoman.
Apa yang menarik antaranya adalah seni bina yang unik. Ia direka oleh pakar seni bina Bulgaria yang terkenal iaitu Vasilyov-Tsolov sekitar tahun 1927-1933. Dan lebih menarik ialah peninggalan Raja Serbia Stefan Uroš II Milutin (1282-1321) ada disimpan di sini. Setelah dibawa ke Bulgaria pada tahun 1460 dan diletakkan di gereja ini pada kurun ke-18.

Keadaan dan pemandangan di dalam Saint Nedelya Orthodox Cathedral.
Terdapat kelainan di antara gereja Orthodox dan Catholics.
Terdapat lapan loceng yang diberikan kepada gereja ini sebagai hadiah oleh Knyaz (Putera) Rusia Alexander Mikhailovich Dondukov-Korsakov pada tahun 1879 dan kesemua loceng berkenaan terselamat ketika gereja ini musnah dalam serangan bom pada tahun 1925 yang meragut lebih 150 mangsa. Nama Sveta Nedelya bermaksud "The Holy Sunday".

Keadaan tram di Bandar Sofia ini. Murah dan mudah untuk digunakan.
St Nedelya Square di hadapan Saint Nedelya Orthodox Cathedral.
Bagi aku hampir kesemua gereja orthodox yang bersejarah adalah sangat unit dengan seni bina baik luaran atau dalaman. Especially kalau kita ke negara-negara yang pernah berada di bawah jajahan Russia suatu ketika dahulu. And somehow seni architecture macam sama ke arah Turkey. By the way penggunaan binaan Khubah adalah berasal dari Parsi.

Umat Islam mengambil atau mengguna pakai gaya kubah dari seni Parsi dan Bizantium ini ke dalam seni bina pembinaan masjid selepas penaklukan wilayah-wilayah dari dua tamadun kuasa besar ini. Kubah dianggap sebagai elemen seni bina universal yang digunakan oleh pelbagai tamadun, bukan terhad kepada satu budaya atau agama sahaja - Ulasan Chat GPT.

Vitosha Boulevard - main pedestrian commercial street in Sofia City.
Antara kedai kedai dan café serta restaurant yang ada di sini.
Maka tidak hairanlah terdapat gereja-gereja terutama gereja orthodox yang kelihatan seperti masjid di beberapa tempat. Dan Kuil Api Zoroaster di Parsi (Iran) sering dibina dengan bentuk segiempat berkubah yang dipanggil Chahartaq. Kalau kita tak tahu dan nampak Chachartaq, confirm akan kata itu adalah masjid.

Kalau ke sini make sure cari kedai ini sebab souvenir dia paling murah di seluruh Sofia City.
Dari hadapan Saint Nedelya Orthodox Cathedral ini, jika kita ke arah kiri maka kita akan bertemu Vitosha Boulevard. Vitosha diberi nama kerana apabila kita mula berjalan di sini kita akan nampak pemandangan indah Gunung Vitosha yang berada di hadapan. Pedestrian commercial street yang dikatakan mewah ini mempunyai panjang sejauh 2.7 km.

Miral Foods antara restaurant halal yang ada di Vitosha Boulevard ini.
Bermula dari Dataran St Nedelya hingga ke South Park. Terkenal dengan suasana yang meriah dan menjadi tarikan utama pelancong dan warga tempatan. Terdapat banyak kedai jenama mewah dan antarabangsa, kafe, butik dan restoran.

Kalau nak beli souvenir boleh cari area sini, murah dan lebih banyak pilihan. Di sini juga terdapat beberapa kedai makan yang tertulis halal. Kalau dah penat jauh berjalan, boleh la berehat seketika makan di sini sambil layan view Gunung Vitosha yang indah. If ada sediakan tempat duduk outdoor la - Where is banyak kedai yang sediakan kerusi meja outdoor.

 Pemandangan sebahagian jalan dari Vitosha Boulevard.
Tram yang telah puluhan tahun juga masih digunakan. Comel jer 😊.
Bangunan Sofia City Court ini juga adalah peninggalan dari era pemerintah Komunis.
Agak jauh kalau nak jalan sampai ke hujung Vitosha Boulevard ini. Maka aku u turn semula ke arah St Nedelya Square tadi dan berjalan semua ke arah Banya Bashi Mosque. Sebab waktu nak check in pun dah makin dekat. Dan cuba melihat kalau sempat untuk join solat jumaat di masjid sebab nak guna alasan musafir nak terus balik hotel, kepenatan nak rehat 😅.

Sampai masjid sahaja kelihatan orang ramai telah memenuhi ruangan masjid.
Duduk dengar khutab tak sampai 5 minit terus mula solat jumaat.
Rupanya waktu zohor awal sebelum pukul 1.00 petang kalau tak silap. Masa aku sampai kelihatan umat islam dah pun memenuhi ruang di dalam dan di luar masjid. Kelihatan juga beberapa anggota polis mengawal keadaan dan lalu lintas terutama bagi yang bersolat di atas tikar di luar masjid. Dan aku pun terus amik wudhu dan duduk di bahagian luar. 

Tak sampai 5 minit duduk terus iqomah dilaungkan. Aku pun terus berdiri penuhkan saf dan rapatkan saft untuk bersolat dan tiba-tiba kelihatan yang berdiri sebelah aku seorang lelaki berbangsa melayu. Tapi dah nak solat terus aku simpan niat kang lepas solat nak tegur dia dari mana 😊.

Bersambung Bulgaria Part 5 : (Under Construction)

3 comments:

  1. jauh perjalanan luas pemandangan sgt! suka betul baca ur DIY travel ni sbb penuh elemen suspens hahahah saya plak yg rasa nervous gitu!

    ReplyDelete
  2. ms tgk bangunan ni dpn mata otak sy terus teringat seni bina masjid @ turkiye...

    ReplyDelete
  3. tram kuning tu laa kan yg popular sbb filem Dilwale heheheh... syg sy tak sempat nak naik...

    ReplyDelete