Nak kongsi satu tempat yang aku rasa agak menarik untuk makan di tempat outdoor or even untuk duduk santai layan air secawan dua sambil berborak. Itulah pengalaman aku pada minggu lepas selepas selesai urusan di Hospital Perubatan University Putra Malaysia (HPUPM) atau juga dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).
![]() |
| Ini dia Cafe Nanas Montel - Jalan Teknologi, 43400 Serdang, Selangor. |
![]() |
| Peminat Nanas boleh la datang ke sini. Jus, pastry, aiskrim, food berasaskan nanas semua ada. |
Setelah membuat carian di internet maka sampailah kami di Cafe Nanas Montel terletak tidak jauh dari HPUPM dan ia berada di dalam kawasan MAEPS. Dari review yang dibaca ia mempunyai view tasik yang cantik, dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok yang tinggi dan menjadi tempat teduhan bagi Cafe Nanas Montel.
![]() |
| Kami memilih duduk di luar sama macam gambar di Blog Kak Eznakhalili. |
![]() |
![]() |
| Bangunan putih itu surau yang disediakan. Luas dan selesa. |
Dan yang bagusnya walau ia adalah sebuah single cafe tanpa ada bangunan lain. Surau, tandas lelaki dan tandas wanita disediakan dengan cukup luas, bersih dan selesa. Tempat mandi juga disediakan, mungkin untuk mereka yang datang beriadah di sini. Boleh terus mandi sebelum pulang. Terus terfikir nanti boleh la bawa the kids beriadah di sini.
![]() |
| Tandas lelaki berhadapan dengan Tandas Wanita. |
![]() |
| Tandas dan tempat mandi disediakan dalam bilik yang sama. |
Disebabkan nama pun Nanas maka most of the product adalah berasaskan Buah Nanas. Termasuklah jus dan aiskrim nanas. Oh ya ejaan yang betul adalah Nanas walau ia selalu disebut Nenas. Dan boleh cuba Pineapple Coffee jika berminat.
Menu di sini semuanya dalam ketegori ringan sahaja. Dan paling heavy pun adalah beberapa jenis nasi goreng termasuklah Nasi Goreng Nanas. Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang, Nasi Ayam Penyet dan Kueh Tiaw Goreng juga disediakan.
![]() |
| Kueh Tiaw Goreng + Udang, Nasi Lemak. Kopok Lekor & Curly Fries. |
![]() |
| Duduk di bahagian luar yang redup. Waktu pagi memang sesuai sangat. |
Maka kenalah dengan keadaan kami yang mencari breakfast di pagi hari ini. Kami bertiga telah memesan Kueh Tiaw Goreng add on udang, Nasi Lemak Bungkus, Curly Fries, Keropok Lekor, Jus Nanas, Muar Black Coffee dan Hot Lemon Tea.
Tempat duduk yang disediakan juga boleh dikatakan agak banyak dan boleh pilih untuk duduk berbumbungkan atap zink atau di kerusi meja di bawah teduhan pokok-pokok besar yang menjadi peneduh semula jadi dari cahaya matahari.
![]() |
| Original Muar Coffee, Jus Nanas & Hot Lemon Tea. |
Kelihatan terdapat beberapa buah chalet hanya bersebelahan dengan Cafe Nanas Montel ini. Tapi tak sure apakah motif pembinaannya samada ia boleh di sewa atau hanya sebagai satu cubaan contoh landskap commercial oleh pihak MAEPS.
Cantik chalet yang berbentuk bulat silinder ini. Penginapan untuk dua orang memang just nice. Tapi kalau malam mesti sunyi sepi sebab kalau cafe ni dah tutup memang dah tak ada apa di sini. Maka untuk yang suka nature sesuailah sangat.
![]() |
![]() |
| Keadaan chalet yang comel. Tak jumpa pulak apa-apa info yang disediakan di sini. |
Gambar tasik tak teringat pula aku nak ambil masa ni. Sebab lepas makan kami bergegas balik untuk bersiap-siap nak masuk berkerja. Dan nak hantar si kecik tu ke pengasuh lagi. Sebelum jam 9.45 pagi kami kami dah gerak. Sempatlah dating dengan wife walau ada sekecik ni yang mengganggu hahaa.
Insyallah nak datang lagi sebab nak bawa semua the kids beriadah di sini. Kueh Tiaw Udang tu insyallah nak repeat hihi. Harga makanan di sini tidaklah mahal dan tidak juga murah. Review makanan aku bagi 8/10. Dimiliki oleh Bumiputra.
Nanti kalau pergi lagi insyallah aku amaik gambar kawasan tasik dan update di sini.











