Showing posts with label Mengait Buah Mangga Di Masjid Al-Mustaqim. Show all posts
Showing posts with label Mengait Buah Mangga Di Masjid Al-Mustaqim. Show all posts

Sunday, 13 September 2026

Mengait Buah Mangga Di Masjid Al-Mustaqim

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dalam kawasan masjid di kariah rumah ada banyak pokok-pokok buah. Bila buah Sukun dan Cempedak banyak di pokok, kami gotong royong dari petik sehingga masak untuk dijadikan juadah sarapan selepas kuliah subuh hari sabtu dan ahad.

Buah-buah lain seperti pisang memang terus digantung atau dibiarkan di atas meja untuk sesiapa sahaja yang nak makan bila datang ke masjid. Dan kali ini turn Buah Mangga pulak berbuah dengan lebat. 

Tadi pagi lepas kuliah subuh Wak Reno dengan Haji Nik ajak geng petugas yang menyediakan juadah sarapan, kait buah Mangga yang dah kuning keemasan di atas pokok. Alhamdulillah lebih 80 biji yang berjaya di kait namun buah seperti tidak lekang di atas pokok. Lepas kait terus packing dan diberi kepada yang hadir solat zohor.

Antara sebahagian hasil yang memenuhi raga motor.
Hanya Wak Reno yang larat nak kait buah berkali-kali.
Mangga berwarna Kuning Keemasan.
Alhamdulillah tak masam dan ada yang manis.
Sebahagian dari hasil panen disimpan untuk dijadikan juadah sarapan.
Hari Rabu 16/09/2026 Cuti Hari Malaysia ada kuliah subuh.