Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Anak adalah anugerah dari Yang Maha Esa dan ia juga adalah amanah yang diberikan kepada mereka yang telah berkahwin. Menguruskan dan membesarkan anak juga bukanlah perkara yang senang apatah lagi dalam dunia yang kian mencabar di masa kini. Soal kewangan dan keselamatan banyak menjadi persoalan.
![]() |
| Kelahiran anak adalah Anugerah Terindah. |
Susah katanya kalau ada anak sebab nanti nak buat aktiviti, nak travel, nak sambung study apa bagai susah jadinya.
![]() |
| They even have a forum berbincang mengenai kebaikan dan kelebihan childfree. |
![]() |
Dan aku juga ada kenalan yang bukan berbangsa melayu yang langsung tak nak anak. Lebih memilih untuk hidup berdua dengan suami sehingga akhir hayat. Dan katanya lagi nanti bila tua guna simpanan duit untuk duduk di rumah orang tua. Tapi dua tahun lepas dia mengalami kemalangan dan telah koma sehingga kini. Dan si suami tinggal keseorangan.
![]() |
| Siapa yang akan jaga bila kita sakit di usia lanjut nanti. |
Namun berapakah jumlah anak pada pandangan umum yang dikategorikan sebagai sesuai?
Sekiranya tidak memiliki apa-apa masalah baik dari kesihatan terutamanya. Bagi aku adalah 3 atau 4 orang anak. Dan bagi keluarga aku sendiri adalah 4-5 anak. Ini disebabkan aku mempunyai 4 orang adik beradik dan wife aku ada 6 orang adik beradik.
![]() |
| To have 5 Kids is my dream in my family planning. |
At this moment mak aku ada 11 orang cucu berbanding mak mertua aku yang memiliki 20 orang cucu dan seorang lagi coming soon insyallah. Kemeriahan lebih terasa sebelah wife sebab sanak saudara yang terlalu ramai hahaa. Ayah mertua aku ada 10 adik beradik dan mak mertua ada 6 adik beradik. Dan ada yang berkahwin lebih dari seorang.
![]() |
| Ziona Chana world largest family with 89 kids in India. |
Kenapa orang selalu berkata anak itu adalah rezeki dan anugerah. Sebab hadirnya anak itu sendiri mendatangkan rezeki dan menjadi anugerah terindah dalam hidup. Tapi walau bagaimana pun tak boleh guna istilah rezeki dan anugerah untuk memiliki anak yang terlalu ramai sehingga mengabaikan tanggungjawap sebagai ayah.
![]() |
Nak kata macam mana? Si ayah susah dan si ibu tidak bekerja. Rumah sewa dibantu zakat dan pihak masjid. Pernah datang ziarah selepas zohor dan anak kecil berkata hanya makan dua bungkus bihun yang diberi jiran dan kongsi seisi keluarga seramai 10 orang kerana tiada makan lain untuk di makan. Nak kesian atau nak marah pada si ayah tu?






