Friday, 20 September 2013

Pulau Pinang : Part 3 - From Bukit Bendera to Batu Ferringhi


Perjalanan kami di teruskan lagi.. next destination - sebuah kawasan pelancongan bersejarah - Bukit Bendera.. Dari Georgetown Ferry Terminal ke Bukit Bendera hanya memakan masa tak sampai 15 minit.. even ada trafik jam sket.. mungkin sebab baru lepas hujan tadi..

Return ticket untuk adult berharga RM 8.00.. warga emas, pelajar dan kanak-kanak dari umur 4 - 12 tahun hanya RM 4.00.. tapi return ticket untuk pelancong adult RM 30.00 dan children dari 7 - 12 tahun RM 15.00.. Masa membeli ticket di kaunter korang kene tunjukkan Mykad or lesen memandu jika gagal.. maka bayarlah harga pelancong.. dan Orang Kurang Upaya (OKU) percuma..


Time :  16:10 pm..
Akhirnya kami sampai di Bukit Bendera..
Harga ticket.. if student..
Jangan lupa bawa student ID card..
Tiket  Primary Student  kami.. RM 8.00 adult for return
Bergambar sket sebelum naik tren ke atas..

Pemandangan memang cantik dari dalam tren ke atas bukit.. ruang tren yang amat selesa.. aircond pun ada.. ada juga penduduk kawasan setempat yang menggunakan tren ini ke rumah mereka di beberapa station sebelum sampai ke atas..

Sampai atas jer.. hujan mula turun.. menyebabkan kami hanya stay di station.. tapi alhamdulillah tak lama.. lepas hujan berhenti mulalah masing2 dengan camera sendiri.. yang itu posing sana sini.. lama jugak kami di atas hampir sejam lebih..


Ini gaya semula jadi yer hahahaa..
Time :  1630 pm.. Just.. Satu Pemandangan.. :D
Masa ni semua orang dah tunggu 3 orang ni..
Mana lah tak muncul2 lagi.. Rupanya tengah syok berphotography..

Berebut nak masuk line ke train..
Eh.. Eh.. kami sampai Birmingham.. London..???
Abaikan orang tu.. just focus pada picture tren baru tu..
Masih menunggu tren sampai... 
Jangan buang masa.. teruskan bergambar hahahaa..

Di sebabkan hujan tadi.. maka view tak clear.. ada kabus yang agak tebal.. jika angin bertiup.. dapatlah kami shoot pemandangan clear ke arah laut.. tapi yang lagi best.. Asma ada bawa bendera Malaysia dalam handbag dia.. setiap kali nak shoot picture beramai2.. mesti ada bendera Malaysia.. Semangat kenegaraan betul kami ni..


Landasan.. dan view yang clear lepas hujan.. :D
Semangat Merdeka.. terbawa sampai ke Pulau Pinang.. :D
Keadaan kabus tebal selepas hujan di Bukit Bendera
Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang..
Thanks pada pelajar praktikal yang tolong amik kan gambar kami..
 Lupa pulak nak minta no phone dia hahahaaa.. :P 
Bendera Malaysia itu tetap ada di mana jua..

Kesian kat kuda ni.. 
tak siapa nak main ngan dia.. meh sini.. :D

Sebelum kami pulang.. kami bersolat di surau yang di sediakan oleh pihak Bendere Hill.. then next destination is our accommodation.. part ni berterima kasih pada Shazmin.. dia yang tolong uruskan.. alhamdulillah memang murah yang teramat-amat..


Warna - warni kami di Bukit Bendera - 6 September 2013

Lokasi apartment kami di Tanjung Bungah, Batu Feringgi.. Leisure Cove Resort.. hanya 40 meter dari pantai.. ada beberapa buah rumah nelayan yang menghiasi pemandangn ke arah pantai.. swimming pool macam biasa tingkat atas sekali open air.. ada restoran.. dan yang pasti kami semua puas hati dengan apartment yang cantik ni..

Ruang bilik tidur utama.. dan juga bilik aku :D
Ruang tv.. kerusi panjang tu boleh tarik jadi katil..
Dapur.. ada Muslim Utensil lagi tu..
Just before maghrib kami sampai di Leisure Cove Resort.. check in.. mandi2.. solat.. tukar pakaian.. dan pukul 08:35 malam.. kami semua naik kerete dan terus menuju ke Penang Road, Georgetown untuk makan malam kami.. tempat pilihan kami ialah Nasi Kandar Line Clear.. terbaikk..!!!


Fareez cekal dalam menunggu makanan beliau..
Lauk pauk
@ Nasi kandar Line clear, Georgetown..
Ini lah dia..
Antara hidangan Nasi Kandar di Line Clear yang berbukit..

Recommended untuk korang cuba makan kat sini :D

Aku ada suggestion sket bila makan Nasi Kandar line Clear ni.. sebab sepinggan nasi dengan lauk tu memang berbukit diorang kasi.. so untuk elak pembaziran.. korang amik nasi dan lauk asing.. macam makan kat kampung lauk letak tengah.. tapi kalau korang mampu habis nasi sebukit tu tak apa lah.. :D


Thursday, 12 September 2013

Pulau Pinang : Part 2 - Seberang Perai to GeorgeTown

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selepas perjalanan yang jauh atas highway plus.. akhir nya kami sampai di Seberang Perai.. Plan kat sini ialah makan tengah hari Nasi kandar di Restoran Kopitan Seberang Perai dan bersolat jumaat.. Restoran ni kalau tak silap aku atas cadangan Shazmin dan Suma.. dioroang kata kat sini makanan memang sedap.. 

Tapi yang tak best.. perut aku buat hal.. sebab loya dan muak giler lepas makan roti canai subuh tadi kat Restoran Kayu Ampang.. hurmm tak tahu pehal.. so aku just minum air.. tak makan pape.. lagi pun kat R&R Bukit Gantang tadi aku dah ratah sayur sepinggan untuk hilangkan loya.. perut ku masih kenyang..

Time :  12: 20 pm.. Well.. Everyone knows..
Nikmat makan di Pulau Pinang.. Makan jangan tak Makan..

Beratur dulu.. Sabar menanti giliran demi Nasi Kandar..
Encik Hadri - 
Ini lah kitorang nyer Photographer.. 
Merangkap Ketua Pasukan.. Ketua GPS.. Ketua Arah Tuju.. 

Tajuk : Semua Lupa Kawan.. 
Sebab masing-masing dah dapat makanan hahahaa.. :P

Selepas selesai makan tengah hari dan solat jumaat.. kami meneruskan perjalanan ke Jeti.. lebih kurang 20 minit perjalanan untuk ke Jeti dari Seberang Perai.. naik ferry ke Pulau Pinang.. ianya biasa jer.. but bila dah beramai satu geng macam ni naik ferry maka suasana jadi kecoh dengan suara kami..

We Here..  ( Foursquare : tiba - tiba.. )
Solat Jumaat di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah 
Time :  13:20 pm.. 
Jejaka - jejaka  European  Malaya pilihan abad ini..
Solat tak tinggal even jauh berholiday..

Sedikit Info -  Pengakalan Sultan Abdul Halim Ferry Terminal di Butterworth.. atau lebih di kenali sebagai Butterworth Ferry Terminal.. ia pernah di kenali sebagai Mitchell Pier sempena nama The Crown Colony of The Straits Settlements : Sir Charles Mitchell yang berkhidmat pada tahun 1894 - 1899..

Time :  15:15 pm.. 
Menghampiri Mini Jambatan Pulau Pinang
Memang sama je bentuk jambatan mini ni

Selepas kemerdekaan dan reconstruction ia di beri nama baru sempena Sultan Kedah Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mua'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah.. dan beliau juga adalah Yang Di Pertuan Agong Ke-5 dari 
21 September 1970 - 20 September 1975..

Terminal bersebelahan di bahagian pulau di kenali sebagai Pangkalan Raja Tun Uda Ferry Terminal di Pelabuhan Quay - George Town.. Dari Terminal Sultan Abdul Halim ke Terminal Raja Tun Uda perkhidmatan bermula dari 06:00 - 00:30.. dan dari Terminal Raja Tun Uda 05:30 - 01:00..

Suasana Ceria Kami Di Atas Ferry

Time :  15:35 pm.. 
Cuaca yang agak mendung untuk seketika..
Nama Ferry ni Pulau Angsa..
Passanger - Upper Deck.. Vehicle - Lower Deck
Dead Weight Tonnage :  100 tan.. 
Form 2 student's  - Fareez and Shazmin..
No komen..  kata cute nanti dia perasan hahaha..  :P
All gegurlzz.. 
edisi Malay Spicy Gurl hahahaa..

Wajah-wajah ceria yang di tiup angin..
  mesti diorang rasa macam dalam iklan tv :P 
15 minit perjalan cukup untuk kami mengambil  berjuta-juta  berpuluh gambar..

Laluan Untuk Naik Ferry Ke Pulau Pinang - 

Dari Lebuhraya selatan.. Ambil laluan ke Butterwort selepas Tol Juru.. Secara tak langsung  akan berada di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.. Bayaran Tol sebanyak RM 1.30 di Plaza Tol Perai..  

Secara tak langsung juga orang dalam kereta akan kata.. " eh.. kita atas Jambatan Pulau Pinang la".. sebenarnya itu adalah Mini Jambatan Pulau Pinang jer.. so jangan tertipu..  macam aku hehehee..

Time kat atas jambatan tu jangan leka pulak.. cari signboard " Terminal Ferry ".. Keluar di Exit 1703.. ikut arah tu.. dan akan nampak signboard Penang Port / Pelabuhan Penang Pengakalan Sultan Abdul Halim.. Sebelum masuk ferry ada bayaran di kenekan setiap kenderaan ialah RM 7.70..  Continue Part 3

Wednesday, 11 September 2013

Pulau Pinang : Part 1 - Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Agak lama aku tak jengok blog sendiri.. Kenapa..?? sebab aku ada di Pulau Pinang.. Bercuti bersama kawan2 sekolah rendah dulu.. Alhamdulillah seronok sangat sebab this is my first cuti-cuti Malaysia after balik lebih sebulan yang lepas.. Dan rasa macam reunion pun ada.. dan ini my first trip berjalan dengan kumpulan yang besar 15 orang dengan 4 kereta.. thanks to all of you guys.. :D  terharu pulak..

Time :  05:25 am..
Aku dan Farani orang pertama sampai Restoran Kayu Ampang..
Dan juga pelanggan pertama di pagi itu..
Time :  06:00 am.. Hakikat nyer..
Budak lelaki selalu awal dari perempuan.. Kan..??? hahahaa.. :P
Time :  06:35 am.. Dari kiri dila, echa dan ikin..
Tiga jelitawis yang awal sampai sempat meratah beberapa keping roti canai..
Time :  06:50 am.. Roti Canai and Teh Tarik semua dah habis..
Masa ni tinggal Asma seorang je tak sampai lagi hahaa.. :P
Time :  07:00 am.. Still di Restoran Kayu - Petronas Memanda, Ampang..
Kereta Myvi antara yang terlibat dalam trip Penang ni.. Shazmin with Adila..
Time :  07:05 am.. Check all car in good condition..
Fareez makenik penting dalam trip ni..
Sebelum pergi memang rasa excited.. mungkin sebab orang lain excited maka aku pun jadi excited hahaha.. tapi tak la macam yang lain kemas beg 2 minggu sebelum bertolak.. aku still cara aku malam sebelum bertolak baru kemas beg pack aku..

Trip ke Pulau Pinang ni bermula dari 6 - 8 September2013.. yang bekerja sanggup amik cuti Jumaat - 6 September.. sebab plan nak bertolak seawal 6.00 pagi.. tempat berkumpul di Restoran Kayu, Ampang.. so malam tu aku, farani dan shazmin tido rumah hadri.. sebab rumah kami jauh luar dari kawasan..

Suasana Perjalanan Ke Pulau Pinang






Tunggu seorang demi seorang sampai maka last2 pukul 7.15 pagi baru kami bertolak dari Restoran Kayu.. trafik jam pun dah mula.. untuk permulaan ni hanya ada 3 kereta.. first aku, echa, fareez dan farani dalam satu kereta.. second kereta hadri, shazmin, ikin dan suhana.. last kereta suma, haslyna, asma dan adila.. sebuah kereta bersama 3 lagi orang akan muncul kemudian..

Walkie Talkie.. penghibur dan menceriakan suasana kami..  :D
Perjalanan kami sangat ceria sebab echa sediakan walkie talkie untuk setiap kereta.. so bende tu membuat semua orang ceria dengan lawak setiap orang.. boleh main teka teki.. ada yang berkaroke dengan walkie talkie tu.. macam2 lah..

Kawasan Rehat PLUS Sg Perak & Bt Gantang

Antara hiasa merdeka di kawasan rehat PLUS..
Tajuk : Meriah dan meriah bendera ku :P 
Fareez & Echa sempat posing bergambar..
Antara lauk pauk yang di jual..
Tempat parking pun nak bergambar..
Tajuk : Belilah buah - buahan tempatan :D
Berhenti untuk alas perut.. ala kadar kata Shazmin..
Dah ramai2 maka posing aje lah keje nya.. 
Dari kiri Echa, Fareez, Farani, Shaz, aku, Ikin, Anna, Dila, Asma, Sue and Ina..
Kami berhenti di beberapa kawasan rehat Plus Bukit Gantang dan Sungai Perak.. mungkin di sebabkan bulan kemerdekaan maka semua kawasan rehat PLUS ni macam berlawan dalam menghiasi bendera Malaysia.. seronok pulak melayan keadaan yang penuh bendera ni..

Continue Part 2 : Seberang Prai to GeorgeTown
Continue Part 3 : Bukit Bendera to Batu Feringgi
Continue Part 4 : Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah
Continue Part 5 : Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung
Continue Part 6 : Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out
Continue Part 7 : Shopping di GeorgeTown - Mee Udang di Taiping (Final)