Thursday, 18 January 2024

Pulau Batam Part 6 : Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Sambungan Dari Pulau Batam Part 5 : Barelang Bridge - Ikon Utama Kota Batam

My first quote about this place is "The Most Fresh Seafood I Have Ever Eaten In My Life".

Agak-agak sebab apa? Ok this restaurant antara tempat yang aku aim nak pergi sangat-sangat sebab seafood dia fresh yang mana kita sebagai pelanggan dibenarkan menangkap sendiri segala jenis seafood yang berada dalam beberapa buah sangkar di tengah-tengah restoran ini untuk dijadikan hidangan kita.

Finally we arrived here. Restoran Citra Utama 188 Seafood.
Ada beberapa restoran kelong atau restoran yang berada di atas air berdekatan dengan Barelang Bridge ini. Namun hanya restoran ini sahaja yang menyediakan hidupan seafood yang hidup dan memberi kita peluang untuk menangkap hidangan sendiri. Keseluruhan restoran ini diperbuat daripada kayu buluh dan rotan. Memang cantik dan unik jika melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di atas restoran kelong ini.

Akhirnya sampai jua di tempat yang di nantikan :D
Macam biasa kita bergambar terlebih dahulu sebelum masuk.
Sampai di hadapan pintu masuk Restoran Citra Utama 188 ini kita harus berjalan di atas titi berbumbung yang melintasi beberapa buah rumah kampung yang juga di bina di atas air. Namun yang menariknya adalah kawasan persekitaran di sini boleh dikira agak bersih. Walau rumah mereka di atas air admin suka tengok kebun yang mereka buat di sisi rumah mereka.

Laluan ke restoran melintas beberapa buah rumah di sebelah kanan. 
Menuju terus ke restoran kelong di penghujung titi. 
Kesemua jenis seafood seperti Ketam Bunga, Ketam Nipah, Udang Harimau, Udang Putih, Udang Lobster, Siput Gong Gong, Lala, Kupang, Kerang dan pelbagai jenis lagi semuanya hidup. Dan part paling best dan susah ialah menangkap ikan di dalam sangkar tersebut. Yang aku perasan ada beberapa jenis ikan antaranya Siakap, Bawal, Ikan Kerapu Tiger, Kerapu Merah, Jenahak, Gerut, Kaci dan Ikan Merah.

Part paling susah adalah menangkap/menyauk ikan. Kami tangkap ikan bawal :D
Seteleh berhempas pulas berjaya menangkap sekor Ikan Bawal yang agak besar :D
Ketam Bunga, Udang Harimau dan Udang Lobster :D
Sesi menangkap Ketam Bunga. Kami amik 3 ekor yang besar.

Hasil yang ditangkap akan ditimbang dihadapan kita. Dan jika anda rasa terlebih atau terkurang boleh la menambah atau mengurangkan. Puas hati sangat.

Kalau pernah makan seafood di Restoran Mail Ikan Bakar atau Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan, Pahang. Konsep dia sama sahaja iaitu pilih seafood yang kita nak dan kemudian pilih nak masak apa. Sama jugalah di sini cumanya seafoodnya masih hidup sebelum ia dimasak. Dan in term of price lebih kurang sama juga dengan Mail dan Ana ikan Bakar.

Area tempat bersantai-santai. Sementara tunggu makanan siap dimasak kita bergambar dulu.
Kawasan bersih dan banyak tempat bergambar untuk instagram :D
Selain seafood yang best dengan pengalaman sendiri menangkap hasil laut dalam sangkar. Restoran ini juga amatlah menarik dan tersangat cantik. Ada disediakan satu section beberapa hammock yang boleh kita bersantai. Beberapa pondok dibuat di hujung kelong ini untuk bergambar atau berehat. Termasuk buai dan kerusi gantung yang kesemuanya dibuat dari Buluh, Kayu, Rotan dan Daun Nipah.

Ada banyak section restoran ini. Nak tangkap hasil seafood tu semua dekat section ini.
Kemudahan yang lengkap dengan Kid Playground, Surau dan Toilet.
Tempat bermain kanak-kanak tergantung dalam jaring. Seronok the kids especially si baby tu.
Masa kesemua hidangan sampai tiba-tiba hujan turun dengan lebat selebatnya. Dan ada pula air menitik dari bumbung yang diperbuat dari daun nipah yang dicampur dengan buluh halus  aku rasa la hahahaa..  Terus datang perkerja restoran tolong kami angkat semua hidangan tukar ke meja lain. Betul lah kata Pak Supir tadi angin kuat lain macam sebab nak hujan.

Oh ya kami pilih hidangan Ikan Bawal Stim Halia & Lemon, Ketam Bunga Salted Egg, Udang Harimau Masak Sweet Sour dan Siput Gong Gong yang direbus biasa yang  dicicah denagn sambal kicap manis. Untuk Nasi Putih pula ia dikira hanya pada orang dewasa sahaja iaitu IDR5,000/RM1.50 seorang. Kanak-kanak makan percuma dan nasi boleh refillable. In total kami bayar IDR500,000/RM150.00. (setelah dapat diskaun IDR2,000). Harga termasuk sekali dengan 6 gelas pelbagai jenis air.

# Gambar makanan yang telah dimasak dan dihidang di atas meja msih sedang dicari lagi. Tak tau kenapa tak jumpa-jumpa.. jangan la terdeleted atau hilang :(

Friday, 12 January 2024

Pulau Batam Part 5 : Barelang Bridge - Ikon Utama Kota Batam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Satu tips yang aku boleh kongsi dari beberapa kali pengalaman aku berkenaan Pak Supir di Indonesia ini. Adalah, kalau kita selesa dengan seseorang supir itu dari segi harga, knowledge, geography, pemanduan dan behavior yang baik serta tidak terlalu berkira maka aku suggest kita gunakanlah khidmat supir berkenaan selama mana kita perlukan.

Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point.
Dalam situasi kali ini, kami stick dengan Pak Supir ini sebab beliau langsung tak berkira dan cara pemanduan yang baik serta tidak merbahayakan. Terus kami confirm dengan Pak Supir untuk ke Balerang Bridge pada keesokan harinya. 

Walau dah bagitahu Pak Supir bertolak jam 10.00 pagi dari hotel namun pukul 8.45 pagi Pak Supir dah terpacak di lobi hotel. Aku terlihat Pak Supir ketika ingin ke Indomart membeli beberapa barang keperluan dan makanan.

Nak keluar dari area hotel agak susah di waktu pagi kerana ada Pasar Basah.
Perjalanan dengan kereta dari Nagoya Town ke Barelang Bridge adalah sejauh 25.6 km dan memakan masa antara 35 minit atau sehingga 1 jam untuk sampai. Itu pun jika keadaan jalan yang tidak mecet. Kami stuck lebih 20 minit berdekatan hotel kerana bertembung dengan kereta dan lori yang keluar masuk area kawasan pasar di sebelah hotel.

Melintas kawasan Sungai Jodoh. Pak Supir kata ini kawasan yang tidak
disukai oleh kaum wanita tapi disukai kerana mudahnya untuk kaum lelaki  :D
Masjid Besar Sungai Jodoh. Kalau para suami kata pi solat jumaat kat sini jaga-jagalah hahaa :P
Terus Pak Supir bagi nasihat "Kalau mahu keluar harusnya pagi-pagi Pak." hahahaa. Memang nak keluar awal pagi tapi mengenangkan si baby and The Kids tu yang penat berjalan seharian on first day. Dan nak try avoid mereka dari meragam on the second day so kita decide nak gerak dari hotel pukul 10.00 pagi.

Barelang Bridge

Pulau Batam - Pulau Rempang - Pulau Galang. Bagi menyambungkan ketiga-tiga pulau ini maka telah dibina sebuah jambatan penghubung dan diberi nama BA - RE - LANG yang diambil dari nama ketiga-tiga buah pulau tersebut. Penduduk tempatan juga menyebut sebagai Jambatan Habibie sempena nama Presiden Indonesia ke-3 Jusuf Habibie kerana jasa beliau mengembangkan Pulau Batam menjadi Pulau Industri.

Di View Point Barelang Bridge - Tanjung Penarik.
Siap dibina pada tahun 1997 selepas 6 tahun pembinaannya yang bermula pada tahun 1992. Dan menggunakan hampir kesemuanya tenaga dan teknologi tempatan. Panjang jambatan ini sejauh 385 meter menjadikan ia sebagai Ikon Kota Batam. Adalah menjadi kewajipan sesiapa yang datang ke Pulau Batam untuk melihat dan menjejakkan kaki ke sini.

Turun-turun dari kereta jer angin bertiup kuat sangat di atas jambatan ini.
Kerana hari ini adalah Hari Jumaat maka tidak kelihatan ramai orang terutamanya pelancong yang datang ke sini. Kereta dibenarkan untuk berhenti di tengah-tengah jambatan bagi mengambil gambar dan menikmati keindahan dari atas jambatan. Kelihatan juga terdapat orang tempatan berniaga air dan keropok dari motor mereka.

Pemandangan Panorama dari atas Barelang Bridge. Tg Penarik berada di sebelah kiri.
Pemadangan jambatan dari Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point.

Tanjung Penarik - Barelang Bridge View Point

Angin agak kuat semasa kami berada di atas jambatan ini, takut juga dengan keselamatan The Kids ni. Bila rasa puas dan cukup bergambar kami terus menaiki kereta dan menuju ke arah Barelang Bridge View Point atau dikenali sebagai Tanjung Penarik. Oh ya masa di atas jambatan ramai orang menawarkan untuk mengambil gambar dan akan di print out di atas motor mereka sendiri. Satu keping gambar bersaiz A4 berharga IDR 20-25,000/RM7.50.

Entrance ke Tanjung Penarik yang dijaga oleh security.
Bayaran masuk berharga IDR5,000 untuk sebuah kederaan.
Untuk masuk ke Barelang Bridge View Point hanya dikenakan bayaran sebanyak IDR5,000/RM1.50 untuk setiap kereta. Dan di sini agak selesa kerana ada jualan seperti jagung bakar, air kelapa, minuman, aiskrim, pop mee, indomee dan juga makanan berat seperti nasi goreng dan sebagainya. Toilet dan surau juga disediakan. Kawasan yang bersih dan dijaga rapi.

Boleh layan pemandangan sambil minum teh dan kopi panas di sini. 
Musollah untuk lelaki dan wanita di sediakan.
Tandas juga disediakan tanpa dikenakan bayaran.
Kami beli Jagung Manis Bakar - IDR10,000/RM2.98 sebatang. Alhamdulillah cukup manis. Penjual siap offer pada kami kalau nak dikupaskan biji-biji jagung tu dan letak dalam cup. Aku kata tak perlu sebab lebih enak di makan begitu saja :D

Masa ini nampak keadaan awan macam agak mendung sedikit mungkin sebab itu juga angin bertiup dengan amat kencang dan sini memang area pulau-pulau pak supir kata memang sentiasa berangin tapi kalau nak hujan tu lagi kuat anginnya. Dan kami pun berjalan ke kereta untuk pergi ke destinasi makan tengah hari yang tak jauh dari Barelang Bridge ini.


Wednesday, 10 January 2024

Pulau Batam Part 4 : Gloris Hotel - Mall Nagoya Hill - Warung Pak Har

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Batam Part 3 : Masjid Tanjak - Welcome To Batam Monument - Coastarina

Oleh kerana kami dapat harga yang agak reasonable bersama Pak Supir untuk dibawa berjalan ke Masjid Tanwirun Naja atau Masjid Tanjak, Welcome To Batam Monument dan Coastarina. Dan kemudian Pak Supir dengan ikhlas membawa kami ke Bengkong untuk melihat beberapa kawasan wisata yang lebih baik dari Coastarina.

Di hadapan Lobby Gloris Hotel di jam 8.00 malam sebelum kami ke Nagoya Hill.
Dan bila agak lewat petang barulah kami sampai di Gloris Hotel yang terletak di area Nagoya. Memang badan kepenatan yang teramat dan The Kids lagi la masuk hotel mandi terus tidur. Dari sebelum subuh bertolak dari rumah and only now dapat rehatkan badan. Tapi walau penat our journey memang berbaloi sangat hari ini. Alhamdulillah :D

Value For Money - Satu Queen Satu Single. Kasi cantum cukup la buat sekeluarga :D
Okay kita story sedikit berkenaan dengan Gloris Hotel ini. Pada mulanya aku rasa macam tak berapa nak confident sangat sebab harga RM73.00 untuk Family Room. Dan harga final untuk dua malam campur tax bagai hanya RM176.90 sahaja.

Dan lokasi hotel pun agak baik sebab dari bacaan di comment Agoda. Hotel ini dekat dengan beberapa fasiliti seperti Kedai Serbaneka Indomart dan Alfamart. Dan ada lebih 10 restoran atau warung makan di sekeliling hotel ini.

Tv, Bathtub, Aircond, Fridge, Sofa dan meja disediakan. Okla nak tidur malam jer kan.
Bilik air agak bersih, lengkap dan perlatan berfungsi dengan baik cuma dah agak berusia.
Gloris Hotel ini dibina pada tahun 1999 dan telah dinaik taraf pada tahun 2016. So korang boleh bayangkanlah keadaan hotel ini yang agak lama namun dalam keadaan baik tapi tak berapa nak moden sangat. Tiada alat pemanas air kettle dan iron baju disediakan oleh pihak hotel. Namun air panas boleh diambil di tingkat bawah. 

Aircond bilik boleh la agak sejuk dengan satu level suhu sahaja, walau kita turunkan suhu paling rendah atau naikan suhu paling atas. Aircond ni cenggitu jer hahaa.. Tv dan fridge disediakan. Dan paling best ada bathtub disediakan di Family Room ini. Tak ada swimming pool pun tak apa. The Kids enjoy main air dalam bathtub dan bilik air dia besar dan luas serta air panas yang baik :D

Terdapat sebuah Bakery & Cafe berdekatan dengan Hotel. Boleh la lepak-lepak.
Yang tak berapa nak best ialah jalan depan hotel ni macam dibom tentera zionis israhell - Berlubang-lubang. Dan bila waktu pagi ada pasar basah dalam 50 meter dari entrance hotel. So kalau arrange supir untuk pickup, make sure kena dibuat awal pagi sebelum jam 8.00 pagi. Otherwise memang susah nak keluar dari area hotel ni.

Lokasi yang agak baik. 850 meter ke Mall Nagoya Hill dan Masjid Jabal Arafah.
Kami jalan kaki bersama The Kids selama 10-15 minit untuk sampai di Mall Nagoya Hill.
Nagoya Hill Shopping Mall

Ini adalah salah satu mall utama di Pulau Batam, Indonesia. Dan pada kebiasaannya adalah tidak lengkap jika anda tidak menjejakkan kaki ke sini. Di sini terkenal dengan menjual barangan yang lebih murah dari di tempat lain. Terutamanya jika ingin membeli barangan seperti Camera DSLR, Digital Video Camera dan Drone serta peralatan komputer.

Welcome To Nagoya Hill Shopping Mall.
Ada beberapa kedai menjual Camera DSLR, Drone, Video Camera Digital,
Peralatan Komputer dan sebagainya lebih murah dari Malaysia.
Cuci mata sekejap. Tak larat dah nak main camera DSLR ni lagi. :D
Setelah berehat sehingga jam 8.00 malam and the kids tidur dalam sejam lebih. Kami mula bersiap-siap untuk berjalan ke Nagoya Hill Shopping Mall. Tak ada niat untuk bershopping tapi lebih sekadar ingin melihat sendiri keadaan di dalam mall. Dan juga misi dalam mencari makan malam.

Terlalu banyak kedai menjual chocolate dan kelihatan orang ramai memborong.
Chocolate is every where here.. 
Kami spend masa lebih kurang sejam di dalam mall dan ending tak membeli apa-apa pun kecuali beberapa keperluan mandi. Sebab Gloris Hotel hanya memberi sabun buku mandi yang kecil warna putih tu sahaja. Tiada shampoo yang disediakan. So kami beli peralatan mandi and The Kids siap beli perfume made in Indonesia. Harga memang jauh lebih murah dari Malaysia :D

Harga special edition G-Shock lebih kurang sama di Malaysia.
So tak jadi beli la hahahaa.. Sembang kari lak aku nie :P  
Di bahagian main entrance pintu utama Nagoya Hill.
Persiapan pihak mall dengan kedatangan Sambutan Christmas.
Pada mulanya nak makan di dalam mall tapi sebab nak balik ke hotel agak jauh maka kami decide untuk makan malam di pertengahan perjalanan pulang ke Hotel. Sebab risaukan The Kids takut meragam. Dan dari perjalanan datang tadi boleh dikatakan berpuluh kedai makan ada di kedai-kedai sepanjang perjalanan

Warung Pak Har

Terletak kira-kira 80 meter sahaja dari Gloris Hotel. Dan bersebelahan dengan Restoran Jeumpakopi Aceh. Asalnya tak terfikir pun nak beli makanan di tepi jalan macam ni tapi sebab ramai orang beratur dan bau masakannya yang sedap. Kami pun decide nak order makanan di sini sahaja.

Welcome to Warung Pak Har. Nasi Goreng Best In Batam Town.
Mula-mula ingatkan telur dada gebu tu order asing sekali rupanya dah include sekali.
Elok-elok tengah order tiba-tiba hujan renyai mula turun membasahi bumi. So dari "Eating Here" kami bertukar status kepada "Take Away". Air Teh O Es segelas yang berharga IDR 4,000/RM1.19 dan itu the only air yang ada. Air kosong dalam jug free sahaja. Dan hanya ada 3 jenis makanan iaitu Nasi Goreng, Mee Goreng dan Indomee Goreng.

Bungkus dan makan di hotel. Nasi Goreng 2 bungkus, Mee Goreng Basah 1 bungkus.
Kami order 1 Mee Goreng Basah dan 2 Nasi Goreng yang setiap satu berharga IDR15,000/RM4.47 sepinggan. Dan harga untuk setiap satu hidangan ialah termasuk telur dada dan keropok ikan serta timun potong. Ada seorang lelaki makan di meja sebelah kami, order nasi putih dengan telur dada dan kicap sahaja. IDR10,000/RM2.98 sepinggan.

Malam kedua datang semula ke sini makan "dine in". Puas hati dapat makan di sini. 
Di sebelah Pak Har ini ada jual Murtabak Manis IDR13,000/RM3.90 sekotak.
Kalau kat Malaysia ia dipanggil Apam Balik. :D
In total IDR 57,000/RM17.00 - We spend for our dinner that night. Alhamdulillah kenyang dan paling penting Mee Goreng Basah dan Nasi Goreng yang Pak Har masak ni memang sedap bangat. Rezeki sangat terjumpa Warung Pak Har ni. Dan kami repaet lagi malam esoknya dan bernasib baik dapat makan di Warung tanpa perlu membungkus ke hotel.