Showing posts with label Salam Lebaran Raya Aidil Fitri 2014. Show all posts
Showing posts with label Salam Lebaran Raya Aidil Fitri 2014. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

Salam Lebaran Raya Aidil Fitri 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat ilahi.. Dengan keizinan dari-Nya untuk kita semua sekali lagi dapat menyempurnakan amal ibadah puasa di bulan Ramadhan 1435H ini.. Dan Kesyurkuran di atas nikmat-Nya pada kita untuk bergembira di Lebaran Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini..

Berhari raya bersama-sama anak buah  :D
Sepuluh jari.. Erat ku tadah bagi memohon kemaafan dari semua insan yang ku kenali dari dunia blog ini.. Di atas salah silap ku terutama dari penulisan senda gurau ku.. atau teguran ku pada mereka yang terasa.. Moga sudilah memberi kemaafan pada diri yang kecil ini..

Hampir sebulan lebih aku tidak meng"update" blog ini.. Bukan kerana sibuk dengan mana-mana urusan mahu pun di sebabkan kemalasan.. tetapi kerana ketiadaan aku di Malaysia.. Alhamdulillah.. beberapa hari sebelum bermulanya bulan Ramadhan aku sudah berada di Shanghai, China.. Bagi menjalankan tugas di salah satu tempat umat islam berkumpul bagi menunaikan ibadah teraweh di malam hari..

Selesai Solat Jumaat di Masjid Usi di Shanghai.
Yuyuan Garden Shanghai
Dan seperti sedia maklum.. China adalah sebuah negara komunis yang mengawal access internetnya. maka tiada Facebook.. tiada Youtube dan tiada Google.. Apatah lagi Blogspot.com.. Pada mulanya terfikir akan ada banyak masa untuk mengarang entry tertangguh apabila berada di Shanghai.. tapi semua nya menjadi angan-angan habuk hahaa.. Apa pun insyallah akan cuba untuk share pengalaman berpuasa dan bertugas di China nanti.. :D

Perkembangan Saudara Muhammad Taqwim Bin Sahat.

Alhamdulillah.. Bagi yang mengikuti entry sebelum ini.. Pembedahan untuk Saudara Taqwim telah selamat di jalankan beberapa hari sebelum bermulanya Bulan Ramadhan.. Ribuan terima kasih aku ucapkan pada semua yang telah sudi membantu dari wang ringgit hinggalah mendoakan kesihatan beliau.. 

Pembedahan yang di jalankan telah dapat menyelamatkan beliau dari lumpuh seumur hidup.. Insyallah jika ada peluang nanti akan aku share gambar terkini keadaan Saudara Taqwim yang semakin pulih.. Apa pun aku masih mengharapkan dari orang ramai bagi meneruskan doa supaya beliau terus pulih seperti sedia kala seperti insan biasa  yang lain.. Sila rujuk entry sebelum ini untuk lebih maklumat ( Klik )..


Tragedi Pesawat MH 17 Dan Kekejaman Israel di Gaza Palestine.



Sebagai insan biasa.. Semua orang berasa sedih tentang apa yang berlaku pada MH 17.. Hampir 300 orang meninggal dunia kerana kerakusan segelintir manusia.. Apa pun moga keadilan akan di tegakan dan akan ada pihak yang akan dipertanggungjawapkan di atas perkara ini.. Insyallah..

Di dalam kesedihan satu dunia dengan Tragedi MH 17.. Penduduk negara haram Israel pula mengambil kesempatan untuk terus membunuh rakyat Palestine yang semakin di tindas.. Angka korban terus meningkat setiap hari mencecah lebih 1600 orang.. Di harap kita umat islam dapat membantu sekurang2nya membaca doa qunut nazilah.. Dan terus memboikot barangan Zionist Israel..

Moga di akhirat kelak apabila kita di tanya apa yang kita buat apabila saudara islam kita di bunuh di Palestine.. At least doa itu akan menjadi jawapan untuk kita kelak.. Selamat Beramal Semua..!!!!





Pertama Kali Beraya Di Kampung Mak Jemah, Sendayan, Negeri Sembilan.

Raya pada tahun ini agak istimewa buat diri aku.. Dapat merasai keindahan suasana beraya dengan erti raya di perkampungan.. Pertama kali membuat dan membakar lemang.. Memasak dan menggaul Rendang Ayam Kampung di dalam kuali kawah.. Membuat daging salai dan ikan keli salai untuk di buat Masak Lemak Cili Padi.. Masuk kebun "menggalah" buah rambutan, langsat dan manggis.. Masuk hutan mencari rebung buluh.. Perghh memang terbaik..!!!

Kemeriahan yang cukup indah sehingga tak terungkap dengan kata2.. Maklum la.. kita ni orang KL tu yang excited lebih beraya kat kampung.. Pernah la ada kampung suatu ketika dahulu.. Ooppsss.. tapi aku bukan orang Negeri Sembilan yer.. hahahaha.. Insyallah nanti aku akan story macam mana aku boleh terlajak beraya di Negeri Sembilan.. :D


Macam ada benda jer bawah daun pisang tu.. 
Oh ikan keli yang sedang di salai.. Daging salai dah siap tadi huhuu..  :D
Aktiviti membuat lemang dengan Abg Wan dan Abg Man di kampung. :D
Membuat Rendang Daging berjemaah bersama saudara mara.. :D

Pengembaraan Backpackers Aku Dalam Dunia Travel..

Dunia Travel masih lagi menjadi satu perkara penting buat aku.. Alhamdulillah sekembali aku dari China 2 minggu lepas.. Maka lengkaplah 30 buah negara telah aku jelajahi secara officially.. Insyallah aku akan meneruskan lagi pengembaraan backpackers minggu depan ke Yangon, Myammar.. Orang tengah sibuk berhari raya.. aku nak merantau lagi.. Teruk kan..?? hahahaa..

If ada sesiapa yang pernah pergi Myammar or lagi bagus jika baru balik dari Myammar.. Di harap boleh la share sedikit sebanyak info pada aku.. Any suggestion perhaps.. Cheap accommodation.. Tempat makanan halal.. Transportation Yangon to inle Lake.. Boleh email afif_4ht@hotmail.com .. atau kat comment bawah ni pun boleh.. Insyallah Myammar akan menjadi negara ke - 31 dalam Dunia Penjelajahan aku.. Tolong doakan k .. Selamat Hari Raya Semua .. :D