Friday, 22 August 2014

Update of My Self : August 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Apa kabar kepada semua yang membaca.. Harap semua sihat dan tiada masalah penyakit selepas sakan beraya k.. Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk aku kembali mencoret kisah pengembaraan dalam Blog Travel My Way ini.. Setelah sekian lama mendiamkan diri selama hampir 2 bulan.. by the way ada ke yang menanti akan kisah pengembaraan aku..?? Harap2 ada la kan hehee.. Baru la semangat nak update entry  :D

Tak disangka.. walau lama tak update blog ni tapi review blog ni dah melebihi 300,000.. dan follower pun dah melebihi 400 orang.. Alhamdulillah la.. Ini yang buat aku terharu dan bertambah semangat semula nak update blog ni hehehee.. Harap blog yang berusia hampir 2 tahun ini boleh mencapai sejuta review dan seribu follower satu hari nanti.. amin :D


Bersama mereka yang berleher panjang.. Lain budaya lain cara :D
Tour Innlay Lake dengan boat - Pakej RM 14.50 seorang..

Perkampungan atas air, Ladang Tomato terapung di tengah tasik,

Melihat cara unik nelayan di sini menangkap ikan.. 

Melawat Kilang Cerut, Kilang Membuat Perak,
Kilang Kain Sutera dan Teratai dan makan di atas restoran terapung..

Okay seperti yang aku tulis di entry yang lepas.. Aku baru sahaja pulang dari pengembaraan di Bumi Myanmar dari 14 - 18 Ogos 2014.. Alhamdulilah semua aktiviti berjalan dengan baik di Myanmar malah lebih baik dari apa yang di rancang.. Sangat berterima kasih pada orang2 di Myanmar yang sangat baik hati membantu dalam apa jua keadaan..


Kisah Pengembaraan Yang Tertunggak..

Actually aku sendiri tak tahu nak update kisah pengembaraan yang mana.. Pada awal tahun ni pasang niat nak slow down travelling.. so boleh la focus tulis semua pengembaraan.. tapi macam tak sempat nak habiskan "all pending article" kaki dah start berjalan.. Oleh itu aku minta cadangan dari semua pembaca.. Kisah pengembaraan di tempat mana aku patut update dulu..

1. Ireland                        5. Muscat, Oman            9. Bangkok, Thailand           13. Lesotho (Africa)
2. Northern Ireland          6. Qatar                         10. Shanghai, China             14. Trip Pantai Timur
3. Jordan                        7. Trip Labuan                11. Myanmar                       15. Camping di Bentong
4. Egypt                          8. Trip Sabah                 12. Japan                             16. Pekan Baru, Indonesia






Penukaran Status Bujang ke Sudah Berkahwin..

Alhamdulillah.. Dengan rasa seikhlas hati aku memohon doa dari semua kenalan rakan dan taulan untuk mendoakan agar majlis perkahwinan aku pada Ahad - 14 September bulan depan nanti berjalan dengan lancar.. Actually akad nikah telah selamat dilangsungkan beberapa minggu yang lepas.. tapi tunggu majlis confirm dulu baru nak beritahu pada umum :D

Insyallah majlis akan berlangsung di Puchong Perdana.. Bagi sahabat dan kenalan atau pun readers yang mahu menghadiri majlis perkahwinan aku boleh emailkan alamat anda ke afif_4ht@hotmail.com.. Senang aku nak send kad jemputan.. :D


Doakan Majlis Kesyukuran kami berjalan dengan lancar..
Dan Kebahagian serta kecerian kami berdua kekal hingga ke syurga.. :D

Dan yang lebih penting aku mengharapkan doa dari semua akan kebahagian, kecerian dan ketenangan dalam perkahwinan aku ini.. Moga kekal hingga ke syurga amin.. Dan tak lupa juga bagi yang nak jadi photographer untuk majlis aku ini.. pun amat di alu2kan.. Asyik selalu tolong amikan gambar kat wedding kengkawan dan saudara mara jer.. kali ni nak rasa pulak kita jadi subjek gambar hahaa :P


Bertemu Yuna di Nu Sentral Mall..

Pada 12 ogos 2014 aku telah di jemput ke majlis pelancaran pembukaan Cafe Coffee Planet di Nu Sentral Mall.. Terletak bersebelahan KL Sentral.. Apa yang menarik di atas jemputan ini ialah ada tetamu khas Yuna dan Bil Musa.. yang mana aku sendiri tak pernah tahu akan kewujudan nama Bil Musa.. huhuu sorry :P

Mula-mula rasa tak selesa sebab management bagi aku seat second roll kat depan.. dah la datang awal.. tapi lepas ramai yang hadir termasuk beberapa blogger yang lain.. rasa tenang sket la. dan bila yuna sampai duduk pulak betul2 depan kerusi aku huhuu.. well tak ada la peminat or suka dengan lagu yuna.. but dah jumpa amik gambar jer la :D


"Yuna.. give a smile please.."
Sempat Berkenalan dengan beberapa Blogger yang lain :D
Makan - makan selepas majlis pembukaan.. semestinya makan :D
Ada Nasi Beryani, Meat Ball Spaghetti, Lasagna,  Sandwich Ayam, Kek Coklat..


Pengembaraan Backpacker Aku Dalam Dunia Travel

Walaupun persiapan majlis akan berlangsung kurang dari sebulan.. Ia tetap tidak menghalang untuk membuat perancangan trip pengembaraan seterusnya.. Bulan depan kene off sekejap sebab majlis kahwin.. Bulan 10 ni insyallah akan berangkat ke Vietnam..

Mungkin ramai yang telah menjejak kaki ke Vietnam macam Blogger Jari Manis.. tapi tak bagi aku.. sebab dari awal lagi aku tak nak pergi ke destinasi family ni.. macam Vietnam, South Korea or Turkey.. sebab berkemungkinan akan repeat balik lepas kahwin nanti hehehee.. okay tak falsafah aku nie? :P

So insyallah Vietnam akan menjadi destinasi negara ke 32 dalam pengembaraan dunia travel aku dan paling manis trip ini akan di temani oleh isteri yang tercinta. Ya Allah tak sabar nyer.. yeappyyyy !!!  :D


Tuesday, 5 August 2014

Salam Lebaran Raya Aidil Fitri 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat ilahi.. Dengan keizinan dari-Nya untuk kita semua sekali lagi dapat menyempurnakan amal ibadah puasa di bulan Ramadhan 1435H ini.. Dan Kesyurkuran di atas nikmat-Nya pada kita untuk bergembira di Lebaran Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini..

Berhari raya bersama-sama anak buah  :D
Sepuluh jari.. Erat ku tadah bagi memohon kemaafan dari semua insan yang ku kenali dari dunia blog ini.. Di atas salah silap ku terutama dari penulisan senda gurau ku.. atau teguran ku pada mereka yang terasa.. Moga sudilah memberi kemaafan pada diri yang kecil ini..

Hampir sebulan lebih aku tidak meng"update" blog ini.. Bukan kerana sibuk dengan mana-mana urusan mahu pun di sebabkan kemalasan.. tetapi kerana ketiadaan aku di Malaysia.. Alhamdulillah.. beberapa hari sebelum bermulanya bulan Ramadhan aku sudah berada di Shanghai, China.. Bagi menjalankan tugas di salah satu tempat umat islam berkumpul bagi menunaikan ibadah teraweh di malam hari..

Selesai Solat Jumaat di Masjid Usi di Shanghai.
Yuyuan Garden Shanghai
Dan seperti sedia maklum.. China adalah sebuah negara komunis yang mengawal access internetnya. maka tiada Facebook.. tiada Youtube dan tiada Google.. Apatah lagi Blogspot.com.. Pada mulanya terfikir akan ada banyak masa untuk mengarang entry tertangguh apabila berada di Shanghai.. tapi semua nya menjadi angan-angan habuk hahaa.. Apa pun insyallah akan cuba untuk share pengalaman berpuasa dan bertugas di China nanti.. :D

Perkembangan Saudara Muhammad Taqwim Bin Sahat.

Alhamdulillah.. Bagi yang mengikuti entry sebelum ini.. Pembedahan untuk Saudara Taqwim telah selamat di jalankan beberapa hari sebelum bermulanya Bulan Ramadhan.. Ribuan terima kasih aku ucapkan pada semua yang telah sudi membantu dari wang ringgit hinggalah mendoakan kesihatan beliau.. 

Pembedahan yang di jalankan telah dapat menyelamatkan beliau dari lumpuh seumur hidup.. Insyallah jika ada peluang nanti akan aku share gambar terkini keadaan Saudara Taqwim yang semakin pulih.. Apa pun aku masih mengharapkan dari orang ramai bagi meneruskan doa supaya beliau terus pulih seperti sedia kala seperti insan biasa  yang lain.. Sila rujuk entry sebelum ini untuk lebih maklumat ( Klik )..


Tragedi Pesawat MH 17 Dan Kekejaman Israel di Gaza Palestine.



Sebagai insan biasa.. Semua orang berasa sedih tentang apa yang berlaku pada MH 17.. Hampir 300 orang meninggal dunia kerana kerakusan segelintir manusia.. Apa pun moga keadilan akan di tegakan dan akan ada pihak yang akan dipertanggungjawapkan di atas perkara ini.. Insyallah..

Di dalam kesedihan satu dunia dengan Tragedi MH 17.. Penduduk negara haram Israel pula mengambil kesempatan untuk terus membunuh rakyat Palestine yang semakin di tindas.. Angka korban terus meningkat setiap hari mencecah lebih 1600 orang.. Di harap kita umat islam dapat membantu sekurang2nya membaca doa qunut nazilah.. Dan terus memboikot barangan Zionist Israel..

Moga di akhirat kelak apabila kita di tanya apa yang kita buat apabila saudara islam kita di bunuh di Palestine.. At least doa itu akan menjadi jawapan untuk kita kelak.. Selamat Beramal Semua..!!!!





Pertama Kali Beraya Di Kampung Mak Jemah, Sendayan, Negeri Sembilan.

Raya pada tahun ini agak istimewa buat diri aku.. Dapat merasai keindahan suasana beraya dengan erti raya di perkampungan.. Pertama kali membuat dan membakar lemang.. Memasak dan menggaul Rendang Ayam Kampung di dalam kuali kawah.. Membuat daging salai dan ikan keli salai untuk di buat Masak Lemak Cili Padi.. Masuk kebun "menggalah" buah rambutan, langsat dan manggis.. Masuk hutan mencari rebung buluh.. Perghh memang terbaik..!!!

Kemeriahan yang cukup indah sehingga tak terungkap dengan kata2.. Maklum la.. kita ni orang KL tu yang excited lebih beraya kat kampung.. Pernah la ada kampung suatu ketika dahulu.. Ooppsss.. tapi aku bukan orang Negeri Sembilan yer.. hahahaha.. Insyallah nanti aku akan story macam mana aku boleh terlajak beraya di Negeri Sembilan.. :D


Macam ada benda jer bawah daun pisang tu.. 
Oh ikan keli yang sedang di salai.. Daging salai dah siap tadi huhuu..  :D
Aktiviti membuat lemang dengan Abg Wan dan Abg Man di kampung. :D
Membuat Rendang Daging berjemaah bersama saudara mara.. :D

Pengembaraan Backpackers Aku Dalam Dunia Travel..

Dunia Travel masih lagi menjadi satu perkara penting buat aku.. Alhamdulillah sekembali aku dari China 2 minggu lepas.. Maka lengkaplah 30 buah negara telah aku jelajahi secara officially.. Insyallah aku akan meneruskan lagi pengembaraan backpackers minggu depan ke Yangon, Myammar.. Orang tengah sibuk berhari raya.. aku nak merantau lagi.. Teruk kan..?? hahahaa..

If ada sesiapa yang pernah pergi Myammar or lagi bagus jika baru balik dari Myammar.. Di harap boleh la share sedikit sebanyak info pada aku.. Any suggestion perhaps.. Cheap accommodation.. Tempat makanan halal.. Transportation Yangon to inle Lake.. Boleh email afif_4ht@hotmail.com .. atau kat comment bawah ni pun boleh.. Insyallah Myammar akan menjadi negara ke - 31 dalam Dunia Penjelajahan aku.. Tolong doakan k .. Selamat Hari Raya Semua .. :D

Thursday, 12 June 2014

Pekasam di Gerik - Laksa Pokok Limau di Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sebelum kita teruskan dengan entry ini.. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah di atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah baru- baru ini.. Alhamdulillah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah selamat di lantik sebagai Sultan Perak yang baru.. Semoga baginda akan memartabatkan lagi agama islam dan membawa keberkatan untuk seluruh Negeri Perak..

Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah
Okay jom sambung cerita berkenaan tajuk di atas.. Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya juga menghabiskan cerita untuk Trip Royal Belum Rainforest di Gerik, Perak Darul Ridzuan.. Eh kejap hempas pulas..??? Ceh padahal malas adalah faktor paling utama dan paling teruk.. Pastu sibuk buat trip lain sampai tak reti nak duduk diam kat rumah hahahaa.. k bai :P

Royal Belum Part 4 : Chalet Sg Tiang & Santuari Ikan Sg Ruok

Kepada yang berminat nak mengikuti kisah percutian kami di Royal Belum boleh klik di salah satu link di atas dan untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej trip di Royal Belum boleh hubungi pihak Belum Outdoor Adventure (klik).. Boleh pilih berapa hari dan apa aktiviti yang mahu di lakukan.. Insyallah mereka menawarkan pakej yang terbaik untuk semua pengunjung yang memilih mereka..

Ikan Pekasam Tasik Raban - Gerik

Selepas kami pulang dari Jeti Pulau Banding di Tasik Temenggor.. Pemanduan kereta diteruskan menuju keluar ke arah Bandar Kuala Kangsar.. Tiba2 Blogger Pae whatsapp inform nak berhenti beli ikan pekasam since Gerik pun adalah antara satu tempat penghasilan ikan pekasam terbaik di Malaysia..

Mungkin di sebabkan nak sangat beli pekasam yang terbaik.. Menyebabkan beberapa kali tempat yang di berhenti oleh Pae tidak mendatangkan hasil.. dan kami yang bergerak mengikut beliau dari belakang sekadar memerhati gelagat orang Johor ni mencari pekasam hehehee..

Pelbagai jenis ikan di sediakan dalam bentuk pekasam..
Packaging yang kemas.. kedap udara lagi tu  :D
Boleh di katakan hampir setiap 200 meter - 500 meter mesti akan ada orang menjual ikan pekasam di sepanjang perjalanan balik.. Dan akhirnya kami semua berhenti di salah satu gerai.. Antara sebab kenapa berhenti di sini ialah mungkin terdapat banyak jenis ikan yang di tawarkan.. dan telah di bungkuskan dalam pack yang sedarhana saiznya dan di jual RM 10.00 untuk 3 paket..

Antara jenis ikan pekasam yang menjadi tarikan aku mestilah Ikan Loma.. sebab ikan ni kalau tak silap hanya ada di bahagian utara Perak sahaja.. Negeri lain memang tak ada.. Pastu aku amik Ikan Baung dan Lampam sebab ikan jenis ni jarang jugak nak dapat dalam bentuk pekasam..

Loma, Sepat, Lampam, Haruan, Baung, Keli dan pelbagai lagi jenis ikan..
Puas memilih kita membeli pulak.. Senyuman pakcik yang spotting  :D

Restoran Laksa Pokok Limau - Kuala Kangsar

Selepas selesai bershopping sakan dengan ikan pekasam.. *eh beli pekasam pun boleh shopping sakan ker hahaha.. Alhamdulillah perjalanan diteruskan lagi ke Bandar Kuala Kangsar.. Apa yang aku ingat2 dalam perjalanan ni aku tertido dalam kereta.. Pastu tak tahu la Blogger Hang Dhamin atau Blogger Janggel yang amik gambar aku tengah tido pastu share kat whatsapp group hahahaa.. adoi memalukantapi takpe cover macho hahaha.. :P

Restoran yang kami tuju ini telah pun dilawati atau disinggahi oleh beberapa orang di antara kami.. Kata nya ini laksa terbaik di Kuala Kangsar.. Blogger Lily menjadi antara orang kuat dalam membawa kami semua ke sini.. Alhamdulillah di kala waktu hampir pukul 5:00 petang kami sampai di Restoran Laksa Pokok Limau ini.. dan sesi order meng"order" pun bermula..


Laksa Pokok Limau - "Rasa Sekali Mesti Nak Lagi"..   :D
Senyuman ikhlas sebab kelaparan balik dari Royal Belum Park..
Dan satu keunikan laksa di restoran ini ialah terdapat telor goreng yang digoreng secara berjalur2 dan dihidangkan di atas laksa dalam setiap pinggan yang di pesan.. Teringat akan Blogger Fadh bertanya pada waktu kejadian "Apa lagi menu lain.." Dan abang yang amik order tu kata memang di sini hanya menjual laksa semata2.. air tak apa la berpelbagai jenis ada..

Now we present you - Laksa pokok Limau..
Biasa orang guna telur rebus tapi kat sini pakai telur goreng.. rangup pulak tu sedappp  :D
Ini lah pretzel yang Kak Anash kasi.. Sedappppp :D
Sambil berborak dan berseloroh melayan laksa yang sedap ini di tambah lagi dengan kuah laksa yang memang cukup pekat dan rasa nyer membuatkan sepinggan yang di makan hanya sebagai mukadimah hahahaa.. tapi tak berani nak order satu lagi.. Tiba2 Blogger Kak Anash datang dari arah kereta membawa beg plastik besar.. Rupa2nya ada gift untuk setiap orang.. alhamdulillah syukur... rajin Kak Anash nie :D

Terdapat surau di bahgaian belakang restoran memudahkan untuk bersolat..
Best sebab surau kayu jenis tinggi yang lama.. bila masuk dalam pijak bunyi nyiit nyoot hahaa :D 
Nasib baik surau.. kalau rumah orang dah lama aku main lari2 hahaha :D
Balik dari surau ternampak buah ni.. tak tahu buah apa.. siapa tahu..??
Sambil makan dan melayan laksa yang cukup memuaskan ini.. di tambah pula gift pretzel seorang sebekas tapi yang dah kahwen tu dapat bekas agak double size.. sesuai la sebab mereka akan berkongsi alahai sweet nyer kan kalau dah kahwen hehehee.. ok ok sila fokus pada entry anda bukan pasal kahwen ..!!

Sesi terakhir bersama2 Travelholic Awesome & Friend untuk kali ini.. :D
Keadaan bertambah ceria lagi apabila beberapa insan antara kami cuba membuat pembayaran awal di kaunter tetapi di halangan oleh Blogger Dr Shah Rule.. tetiba keadaan menjadi kecoh sebab Blogger Bayya kata "Hari ni birthday Blgger Dr Shah Rule..!!!! dia belanja semua orang pada hari ini.." Terus dalam hati kata ish kalau aku makan 2 pinggan tadi pun bagus hahahaa  :P

Last2 bukan birthday Dr Shah Rule pun.. dia saja nak belanja kami semua.. Maka berakhirlah trip kami kali ni.. And just nak comment sket pasal pekasam ni jika semua setuju dengan aku.. Pekasam di Perak ni kasar sket.. Kalau di Perlis dan Kedah pekasam di halus tak terasa biji-biji beras tu.. tapi bagi aku dua-dua sedap.. Setuju..??? :D