Thursday, 13 August 2026

Selesai Menulis 25 Entry Untuk Trip Turkiye - Bulgaria - Romania

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hari ini 10 Ogos baru dapat nak buka laptop untuk update blog ini dan membalas segala comment yang ada di beberapa entry. Nasib la bukan blog terkenal maka tiadalah banyak comment yang perlu dibalas di blog ini hihii 😅.

Walau kesibukan setiap hari dan tanpa disedari, aku berjaya juga menghabiskan cerita untuk trip 3 negara Turkiye, Romania dan Bulgaria. Entry pertama di tulis pada 13 February 2026 dan final entry pada 31 July 2026.

Last moment di Istanbul Airport sebelum boarding Turkish Airlines.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang telah membaca dan yang memberikan comment especially pada setiap entry. Nanti aku buat kira-kira siapa yang ada comment pada setiap entry ini. Insyallah aku akan bagi hadiah special 💪.

Turkey

Part 1 : Menginap Satu Malam Di Shelton Airport Hotel
Part 2 : Havaist Airport Shuttle To Esenler Otogar (Istanbul Bus Sttaion)
Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania Ke Turkey
Part 4 : Menaiki Train Dan Tram Dari Otogar Esenler Ke Sultanahmet
Part 5 : Ancient Town Hotel 3D2N - Sultanahmet Square & Camii (Blue Mosque)
Part 6 : Sultan Ahmet Tomb - Hagia Sophia - Gülhane Park - Sarayburnu Hill
Part 7 : Sokollu Mehmed Pasha Mosque - Kadirga Limani Street Night Walk
Part 8 : Bosphorus Sunset Cruise Tour - Visit İBB Beylerbeyi Parkı
Part 9 : Visit Galata Tower Free Entrance On Tourism Week Celebration (Final)

Bulgaria

Part 1 : Tiba Di Sofia Selepas 9 Jam Perjalanan Bas Dari Istanbul
Part 2 : Banya Bashi Mosque - Hot Spring Drinking Water - Stivan Iskar Hotel
Part 3 : The History of Ancient Serdica City - 1st Century AD
Part 4 : Saint Nedelya Orthodox Cathedral - Vitosha Boulevard
Part 5 : Ketemu Solo Traveler Serumpun & Visit Cathaderal Saint Alex Nevsky
Part 6 : Misi Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall
Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Romania

Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest
Part 2 : Menaiki Train To Brasov City - The Legendary Dracula Home Town
Part 3 : Ziarah Brasov Old Town 13 Century - The Heart Of Transylvania
Part 4 : Back to Bucharest - Check In 2D1N At Hotel Carpati Imparatul Romanilor
Part 5 : Briswalk Early Morning - Visit Bucharest Old Town
Part 6 : Keunikan Hanu' Lui Manuc Restaurant & Hotel Yang Bersejarah
Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town ) & Ion Constantin Brătianu Monument
Part 8 : Monument Arcul de Triumf - Masjid At-Taqwa - Efes Turkish Cuisine
Part 9 : Afternoon Walk At Dâmbovița River - Final Moment In Bucharest (Final)

View dari depan Hotel Shelton di enrty Istanbul Part 1.

By the way just nak tahu juga apa feedback u all yang dah baca my journal di 3 negara ini. Jika ada cadangan untuk penambahbaikan silalah maklum di ruang comment ya. Insyallah nak perbaiki lagi penulisan dan lebih friendly di blog ini. 

Bulan ini mungkin nak rehat banyak maka mungkin juga akan kurang update blog but insyallah next month kita akan start menulis balik journal. Dan untuk tahun 2025 hanya ada satu trip ke Europe untuk ditulis iaitu trip selama 15 hari ke Switzerland, Germany, France, Luxembourg, Austria, Liechtenstein dan Turkiye (Transit 24 hours by Turkish Airlines).

Atau akan update Trip Hong Kong & Macau pada February tahun ini dan atau juga Trip Raya Yunan March 2026 🙇

40 comments:

  1. Banyak juga tu entri. Boleh la jadi rujukan traveller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri macam tak percaya boleh tulis sampai habis jalan ceritanya.. Syukur :D

      Delete
  2. Banyak entry-nya. Ada yg sempat Akk baca, ada yg tak sempat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang tak sempat sila sila lah membacanya ya..
      Saya pun ada banyak jer tak sempat nak terjah semua blog rakan-rakan :D

      Delete
  3. hebatnya afif boleh menulis semua entry...salute......bravooo afiff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh sebab makan masa lebih 4 bulan nak complete kan semuanya :D

      Delete
  4. Respect kepada tuan penulis yang rajin berkongsi. Seronok membaca entry-entrynya walaupun tidak semua dapat di baca. Nak membaca pun perlu banyak masa, dan menulis sendiri pun perlu masa juga. Semoga yang pending2 tu dapat ditulis hingga selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Moga kerajianan itu berpanjangan la.. dapat share semua kisah pengembaraan di semua tempat.. Masih banyak lagi kisah pengembaraan yg tertangguh.. Mmg azam setiap masa nak habiskan semuanya :D

      Delete
  5. Kalo saya dah hilang ingatan nak menulis satu2...perempuan kot banyak urat putus...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak bergantung kepada gambar dan itinerary yang dibuat.. Dan juga kiraan kos perbelanjaan yg disimpan untuk rujukan menulis di blog :D

      Delete
  6. Tahniah! Bukan mudah nak habiskan catatan travel. Lega bila dah selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah selesai terasa lega yang teramat huhu.. Syukur alhamdulillah boleh la rehat sebentar sebelum sambung journal yang lain hihii :D

      Delete
  7. Tahniah tuan, terus gigih menulis walaupon sibuk dengan tugas2 harian. saya rasa blog tuan sudah cukup baik dari segi penulisan dan penerangan. interaksi dengan para komentor pon cukup baik dan ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah atas izin Allah jua.. Moga moga dapatlah tulis semua perjalanan kembara di blog ini untuk tatapan mereka yang berminat dan anak cucu nanti amin.. btw thanks for the feedback.. :D

      Delete
  8. fuhh banyak tu.. mun sempat baca kurang 5 entry je kot.. hehe..
    acececehh.. bukan blog terkenal ye..
    blogger pemes ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh 5 dari 25 ... Okay la not bad tu hihii.. Ishh mana ada terkenal.. ini blog suam sejuk jer hahahaa... Kot la masin mulut kan tetiba famous :P

      Delete
  9. Replies
    1. Most welcome Guru hihiii.. Bila free ni? eh silap bila nak ada di Malaysia ni.. :D

      Delete
  10. Wah tahniah! Bukan mudah nak menulis entry travel sebanyak tu. Ada yang sempat saya baca, ada yang ketinggalan. Maaf ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak apa.. tiada yg perlu diminta maaf huhu.. sekadar berkongsi kisah kembara diri sendiri.. alhamdulillah ada juga yg dibaca terima kasih .

      Delete
  11. Baca blog Afif macam baca buku sejarah. Best 👍 tambah ilmu pengetahuan, one day kalau nak travel akan rujuk dari post2 lama blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tuan blog suka sejarah so bila dah tulis tempat2 yg dilawati tu, kalau ada cerita sejarah mesti la kita masukan sekali... Boleh tambah2 ilmu kan.. Klau ada yg bermanfaat blh la rujuk sini hihii.. 😅👍🏻

      Delete
  12. Salam singah ya..realiti kehidupan di hadapan adalah amat sibuk..kadang nak rehat, rehat lah yang bernama blog seorang blogger, berlaku juga sama diri Etuza..belum sempat klik blog teman2 yang dikasihai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih menyinggah ke sini.. maaf juga ya lama tak singgah ke Blog Tuan Keningau Hihihii.. 😅.. itulah rasa bulan ni nak berehat tenang2.. insyallah next month kita aktik semula..

      Delete
  13. Replies
    1. Thanks sudi membaca dan memberi comment jua.. 👍🏻☺️

      Delete
  14. Tiada komen sebab semua molek² belaka.
    Europe, Hong Kong/Macau & Yunan... mau tahun depan baru habis entry.
    Anw, selamat menyambung penulisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit pun tak de nak comment ke huhuu.. baik la diterima syukur.. itulah mau tahun depan habis menulis semuanya.. lepas in between travel tmpt lain pula huhuu

      Delete
  15. sgt useful, informative! boleh convert jd ebook jugak!! thanks for sharing. ok tak sabar nak baca trip to europe tu..15 hari yer..lamanyaaaa best sungguh dpt cuti sampai 2 minggu one shot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan try jadilan ebook pulak lepas ni huhuu.. thanks juga sebab hadir dan selalu memberikan comment.. insyallah nanti kita up cerita 15 hari di europe tu.. ☺️👍🏻

      Delete
  16. agak2 lps krisis selat hormuz ni tix turkish airlines melambung x? adehhhh rindu tiket murah2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa nya.. sebab diorang mesti nak kejar sale.. nak cash flow.. paling senang nak dpt buat promo murah confirm ramai beli..

      Delete
  17. sy mmg ada plan nk ke romania
    mungkin dlm 2-3 thn lg...
    tp tgh berkira2 patut transit istanbul atau sebaliknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat tiket direct lebih murah, lebih baik direct terus.. tak perlu singgah ke istanbul.. tapi biasa mmg flight ke istanbul selalu promo.. bg sy kalau repeat istanbul byk kali pun tak apa..

      Delete
  18. Entry umrah saya dri bulan 12 tahun lepas pun tak habis2 tulis lagi. Nampak sangat kita ni pemalas update blog hahaha.
    Wahh banyaknya schedule entry! Saya menunggu raya yunnan tu sbb next year nk plan beraya kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tulis kena ada kesabaran yg kuat.. lagi2 bab umrah pasti byk nak dirujuk sebelum ditulis..
      Ok insyallah trip raya di Yunnan akan menyusul tak lama lagi huhu.. 😆👍🏻

      Delete
  19. Bukan senang nak kekal konsisten menulis sampai 25 entri dari bulan Februari sampai Julai. Penulisan yang sangat padat dengan info sejarah, tips bajet & cara perjalanan. Pengalaman dan perkongsian macam ni memang bernilai sangat untuk sesiapa yang plan nak buat kembara Balkans/Turkiye nanti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Tak mudah nak selesaikan cerita travel.. bila dah selesai lega bukan main lagi.. Semoga menjadi bacaan yg menarik dan boleh dijadikan rujukan pd yg membaca..

      Delete