Thursday, 24 April 2025

Entry Ke 300 Di Blog Ini - Insyallah Terus Istiqomah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Usia blog ini sudah pun memasuki tahun yang ke 13. Namun hanya pada hari ini entry ke 300 berjaya ditulis. Samada satu pencapaian yang baik atau satu perkara yang perlu diperbaiki dan perlu lebih berusaha dan lebih kegigihan lagi.

Namun perkataan syukur tetap ada di sini. Untuk blog yang suam sejuk ini nak cecah 300 entry pada mulanya nampak mustahil. Untuk mengekalkan 85-90% semua entry berkenaan travel semata-mata memang satu perkara yang tak mudah.

Jom la celebrate 300 Entry di blog ini di Mohd Chan Restaurant bersama family.
Dinner at Mohd Chan Branch Sungai Buloh. Tenang tak ramai orang macam di Ampang.
Di usia yang kian meningkat dengan cabaran lifestyle yang kian meninggi. Dan semua anak-anak telah pun bersekolah. Nak duduk depan laptop berhari-hari lamanya hanya untuk menyiapkan satu entry travel adalah tidak mudah.

Apa pun ini aku ambil sebagai satu anjakan paradigma untuk terus berjaya dalam bidang penulisan walau hanya di blog. Dan somehow aku memang suka menulis. Dari kecil menulis dairi dan kemudian bertukar ke arah blog.

Insyallah akan terus menulis perkongsian mengembara ke mana jua aku jejakan kaki di atas muka bumi ini selagi mana diberi keizinan dan juga kesihatan dari Ilahi. Bila orang baca dan berikan comment bertambah semangat nak menulis lagi.

Dan baru-baru ini tahniah buat Uncle Dedek kerana dapat anugerah dari Malaysia Book Of Record sebab posting selfie setiap hari selama 16 tahun di blog beliau. Nampak tak bila sesuatu perkara yang baik itu istiqomah dibuat pasti akan ada hasilnya.

Update of My Self April 2025 

Setakat sekarang ada beberapa rancangan untuk travel tapi belum ada apa-apa tindakan memburu tiket promo lagi. Sebab kadang-kadang nak beli satu tiket tapi terbeli sekali tiket ke tempat lain yang tidak dirancang hahaha. Sebab terpengaruh dengan harga promo yang tak masuk akal. 

Tengoklah September nanti macam ada orang ajak nak pergi Timor Laste. πŸ˜…

Stock Beryl's kat rumah dah habis. Moh la kita pi beli sikit buat stock.
Dah sampai sini kita lepak la cafe dia sekejap. 
Hanjuku Cheese Cake 🍰 - Hazelnut Latte coffee ☕ - Ice Chocolate 🍫 

Hari-hari yang berlalu dalam hidup sama sahaja. Pergi kerja balik kerja. Hantar anak-anak pergi sekolah dan pick up bila mereka balik sekolah. Memasak setiap hari adalah satu kemestian. Dan ianya berulang benda dan perkara yang sama setiap minggu. Makanya mengembara adalah satu kemestian tatkala masih kuat untuk merayau dengan kaki.

Makin banyak peralatan pra sejarah yang dipamerkan di sini. Menarik sungguh.
Antara buah koko yang tumbuh di pokok-pokok koko sekitar Beryl's.

Ada orang tanya tak takut ke duit habis sebab suka sangat travel. Bagi aku mudah. Kita travel ikut kemampuan kalau kita boleh jadikan ia murah kenapa tidak. Dan somehow bagi aku duit boleh dicari tapi masa dan kesihatan serta kekuatan diri ini berlalu tanpa kita sedar. Jika ia berbaloi dan tidak menyusahkan buatlah selagi ia memberikan kita impak positive.

Full Kisah Pengembaraan Di Kazakhstan

Yang dah baca dan memberikan comment tu jutaan terima kasih. Bagi yang belum sila baca dan comment cepat yer hihii. Sebab nanti dah makin jauh kehadapan dengan entry baru, lagi la tak dibaca. Penat tau tulis sampai berbulan-bulan nak siap. Kalau tulis dalam buku kena beli tapi di blog ini free jer hihi. Macam memaksa la pulak. πŸ˜…

Part 1 : Berbuka Selepas 17 Jam Dalam 10 Jam Flight Dari KUL
Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner
Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial Of Glory)
Part 4 : Music Instrument Museum & Military History Museum - Panfilov Park
Part 5 : Salam Bro Restaurant & Arbat G Almaty Street Mall - TSUM
Part 6 : Almaty Metro Station - Raiymbek Batyr Monument
Part 7 : Almaty Central Mosque & Green Bazar At Puhskin Street
Part 8 : Visit Kok Tobe Hill - A Family Amusement Park
Part 9 : Visit Al-Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque
Part10 : Astana Square - Yubileynyy Supermarket - Final Moment

Boleh tekan link di atas yer untuk baca setiap entry berkenaan Kazakhstan. Yang dah baca sila comment. Jangan diam tau hahaha.. Okay lah Salam 25 Syawal 1446 Hijrah untuk semua sahabat dan pembaca di blog ini. 😎

Monday, 21 April 2025

Kyrgyzstan Part 4 : Shopping Raya At Osh Bazaar A Traditional Market 1983

Assalamualaikum Dan Salam Sejehtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 3 : Check In Ailin Apartment - A Friendly & Helpful Young Owner.

Keesokan pagi kami semua telah bersiap-siap untuk explore Bishkek dan tentunya destinasi pertama adalah Osh Bazaar. Sebuah traditional market yang telah dibina pada tahun 1983. Agak besar dan luas tapi tidaklah sebesar Green Bazaar di Almaty. Di sini kami mencari-cari sesuatu untuk dimasak sebagai menu raya kami di perantauan.

Here we are at the entrance Osh Bazaar - One of the top tourist destination in Bishkek.
Memandangkan jarak ke Osh Bazaar hanya 1.2km sahaja maka kami decide untuk berjalan kaki dan lagi pun cuaca ketika ini hanya 3 degree sahaja. So macam nice jer kan kalau nak jalan kaki. Dan masing-masing excited sebab esok dah nak raya. Maka jom lah kita tengok apa yang ada di Osh Bazaar ini.

Disebabkan cuaca yang sejuk tak terasa pun kami berjalan jauh. Dan lebih menyeronokan dapat melihat cara kehidupan orang tempatan di pagi hari. Kami melalui kawasan perumahan dan kedai-kedai yang ada sekitar.

Seronok berjalan kaki di sini priority untuk pejalan kaki memang selesa dan luas.
Laluan pejalan kaki di sini dah macam park dan disediakan kerusi dan playground.
Nampak playground memang kena cukai lah dengan the kids. Ok 10 minit jer.
By the way Kyrgystan dan juga negara Central Asia yang lain adalah negara-negara yang mana rakyatnya suka berjalan kaki. Oleh sebab itu keutamaan trek untuk berjalan kaki sangatlah luas. Dan bila berjalan dua tiga blok bangunan pasti akan terjumpa dengan satu laluan perjalanan kaki seperti taman di antara dua jalan.

Rasanya kalau berjalan pada musim spring pasti pemandangan akan lebih cantik menghijau dan dipenuhi dengan bunga-bunga liar yang tumbuh di sekitar kawasan laluan taman ini. Dan ada juga tempat kanak-kanak bermain disediakan di sini.

Muka memang dah out of service sebab sejuk dan jauh berjalan.
Moh le kita masuk jauh ke dalam Osh Bazaar ini. Melihat apa yang menarik.
Alhamdulillah berpandukan google map di handphone akhirnya kami sampai di Osh Bazaar setelah berjalan lebih kurang 30 minit bersama the kids. Itu pun setelah beberapa kali berhenti rehat dan bagi the kids bermain the playground. Dan ada berhenti beli jagung rebus dan terus bagi the kids makan panas-panas sebelum sampai Osh Bazaar.

Mencari kasut baru untuk affan. Okla made in china RM15.00 sepasang.
Sempat juga beli kasut baru untuk Affan sebab kasut dia dah terkoyak teruk di bahagian depan dah jadi macam mulut ternganga hahaha.. Mungkin banyak sangat berjalan tapi yang bagus dia tak complain pun pakai dan bila dapat kasut baru terus tersenyum.

Di sini juga terdapat beberapa buah restoran yang menjual makanan traditional Kyrgyz's. Dan aku bagitau wife insyallah nanti masuk syawal kita serang makan di sini. Tak sabar dah nak makan makanan mereka dengan bau yang cukup mengoncangkan perut.

Buah-buahan kebanyakan dijual dibahagian luar yang terbuka.
Jom la kita pusing-pusing di bahagian buah-buahan sambil membeli.
Sebakul buah limau dan anggur ini hanya RM10-15 sahaja.
Di sini terdapat ramai yang menjual buah-buahan musim winter. Limau, Epal, Pear, Anggur, Strawberry dan segala jenis berries yang lain semuanya memukau mata. Itu belum cerita kemanisan buah di sini. Alhamdulillah semua yang dibeli semunya manis seolah-olah istilah masam itu tidak wujud dalam kamus orang di sini.

Nampak kawasan ini maka di dalam tu semua tempat menjual daging.
Dan salah satu perkara yang harus kita buat adalah mencuba masakan berasaskan daging di Kyrgyz's ini. Kerana terkenal dengan kelembutan walau hanya dimasak dengan sekejap. Daging yang aku masak sangatlah lembut teringat sampai ketika sedang menulis entry ini. Still tak boleh move on dengan kesedapan daging di sini.

Esok dah nak raya dah. Jom lah kita beli daging nak masak-masak.
Sekilo daging segar ini bermula dari RM20-RM40 sekilo bergantung jenis daging.
Kami telah membeli 450 gram daging kambing biri-biri dan 400 gram daging lembu dari dua penjual yang berlainan. Untuk dimasak black pepper dan kari sebagai menu utama di pagi raya dan insyallah akan dimakan bersama nasi putih. sedih kan? hahaha.

Di sini semuanya daging segar dan tiada daging sejuk beku. Terdapat ramai peniaga cuma cari mana yang menjual harga yang lebih murah. Dan seperti biasa aku bila membeli mesti akan cuba minta diskaun. Dan syukur dapat diskaun diorang pun menjual tak berapa nak berkira sangat. :D

First kita beli daging dari makcik ni. Sangat baik dan peramah siap bagi diskaun lagi.
Yang merah tu lemak lembu yang telah dikeringkan. Dipotong halus dan dimakan begitu sahaja pun sedap. Ayam yang dijual membeku disebabkan cuaca yang terlalu sejuk.
Di bahagian daging ini kita boleh melihat bagaimana mereka melapah seekor kambing itu hanya dalam beberapa minit sehingga hanya menjadi ketulan di atas meja. Dan jangan risau tiada khinzir yang dijual di sini dan semua daging lembu dan kambing di sini adalah halal.

Ok dah beli daging kita masuk ke bahagian hall utama. Di sini menjual segala jenis rempah ratus, bijiran kekacang dan juga beras. Sayur-sayuran dan bahan-bahan kering yang lain. Dan segala jenis manisan turun dijual di sini. Dan paling best jeruk sayuran mereka yang selama ini kita hanya kenal kimchi tapi di sini ada seratus satu jenis jeruk macam kimchi tu.

Akak ni menjual segala jenis makanan kering dan biji-bijiran.
Akak ni pula menjual segala jenis manisan dan kekacang.
Nak juga try beli rempah ratus sebab nak masak daging yang berkuah tapi sebab susah nak berkomunikasi kita lupakan sahaja niat nak beli. Dan kemudian misi mencari beras dan di sini ada berpuluh jenis beras. Yang pasti aku cari beras yang sama kita makan di Malaysia. Alhamdulillah kita ni orang selalu masak tak susah nak cari.

Ada banyak jenis beras yang dijual di sini. Boleh beli 100 gram setiap satu untuk di cuba.
Sejenis makanan traditional Kyrgyz's iaitu keju kering yang dijadikan seperti keropok.
Selesai membeli daging kami masuk ke area sayuran dan rempah ratus. Di sini kami membeli untuk beberapa kali masak sahaja. Tak nak lebih membeli nanti membazir. BawangπŸ§…, Bawang Putih πŸ§„, Halia, Cili 🌢️, Tomato πŸ… dan beberapa jenis sayur. Antaranya CarrotπŸ₯•, Broccoli πŸ₯¦, Capsicum πŸ«‘ dan Sawi Putih πŸ₯¬.

Jalan-jalan dalam hall utama mencari apa lagi yang boleh dimasak. 
Dari manisan, buah-buahan dan juga rempah ratus, buah kering dan bijiran.
Agak banayak juga yang kami beli tapi semua dalam kuantiti yang kecil la nak buat raso-raso :D
Dan last sekali kami beli Button Mushroom πŸ„ bersaiz XL sebab dah geram sangat bila lihat bentuk dia yang besar dan segar tu. Insyallah nak masak mushroom soup dan nak campur sekali dengan Daging Blackpepper nanti. Bila tengah puasa ni kan kuasa nafsu membeli tu jadi kuat sikit hahaa. πŸ˜…

Salami dan daging kering. Mushroom di sini geram sangat sebab besar dan segar.
Dan last sekali kami beli roti yang berbentuk bulat leper dengan pelbagai corak. Rupanya setiap corak ada kelainan rasa dan juga berlainan bahan dan teknik pembuatan. Namun bagi aku semuanya sedap dan nampak seperti keras tapi sebenarnya lembut. Dan lagi-lagi di sini mereka makan dengan mencicah sup daging.

Dan kita shopping roti bulat-bulat ni. Sedap dan lembut. Ada yang plain ada yang berperisa.
Berlainan bentuk berlainan rasa. Berlainan bahan dan semuanya sedap.
Dan di sini tiada kuih raya tapi ada cookies πŸͺ raya. Banyak pilihan yang ada dan kelihatan orang ramai sedang membeli mungkin juga untuk dijadikan sebagai menu hari raya. Kami pun tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis cookies yang ada. Dan beberapa jenis roti pastry yang cantik dari segi bentuk dan sedap bila dimakan.

Roti manis yang wife aku pegang tu the kids makan sekali hadap jer terus habis.
Biskut kering, roti manis dan manisan yang banyak dijual. Semuanya sedap.
Alhamdulillah memang sedap namun menyesal tak beli banyak sebab selepas raya kami datang semula kebanyakan cookies telah habis dijual. Sama macam biskut raya di Malaysia selepas raya memang habis. Nak cari memang susah. The kids ni pulak dalam satu hari makan semua habis hahahaa.

By the way sorry untuk entry kali ini yang agak panjang sebab terlalu banyak perkara dan gambar yang aku nak share di sini sebab nak beri gambaran penuh tentang Osh Bazaar pada pembaca. Ini pun banyak gambar yang aku tak boleh nak selit dalam entry ini. Nanti mungkin last aku buat entry special la kot hahaha.

Wednesday, 16 April 2025

Kyrgyzstan Part 3 : Check In At Ailin Apartment 4N3D - A Friendly & Helpful Young Owner

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Untuk semua accommodation trip di Central Asia kali ini aku telah membuat booking dari Malaysia menggunakan Agoda.com dan Booking.com lebih kurang 2 bulan sebelum kami terbang dan kesemua accommodation adalah "Pay On Arrival" dan tiada satu pun yang boleh kita buat bayaran terlebih dahulu.

Dan reason kenapa aku memilih apartment adalah kerana mempunyai 4 orang anak kecil dan aku memerlukan dapur untuk memasak dan mesin basuh baju. Travel backpack memang tak banyak sangat pakaian yang boleh dibawa.

Ni adik lelaki owner Ailin Apartment. Nama apa tak ingat. English? No.!!
Dia tunggu kami sampai dari bus station dan bawa kami naik ke apartment.
Berbual dah macam ayam dengan itik. Si kakak dia jer yang fasih english.
Satu perkara anda perlu tahu tentang Kyrgyzstan adalah harga di sini jauh lebih murah dari Kazakhstan. Dan jika dibandingkan antara Uzbek, Kazakh dan Kyrgyz maka Kyrgyz adalah paling murah. Bagi aku sini adalah syurga makan sebab sedap dan murah. Nak makan kebab atau shawarma berkali-kali pun tak apa. πŸ˜…

Ini gambar yang diberi owner. Sebab masa tu dia nak tukar apartment kami.
Dan ini gambar yang aku ambil dari handphone sendiri. Lengkap dengan Peti Ais,
Wifi, Gas Stove, Meja Makan, Mesin Basuh Baju, Tab Mandi, Water Heater.
Keadaan apartment alhamdulilah cukup bersih. Ada Sofa Bed, Tv, Iron dan Heater.
Dan pemandangan ke arah luar jendela ketika musim winter. 
Di Bishkek kami menginap beberapa hari di Ailin Apartment. Alhamdulillah owner adalah seorang wanita muda tempatan yang sangat friendly, suka berbual dan baik serta banyak membantu kami. Owner dan adik beradik beliau menjalankan business homestay di beberapa buah apartment di beberapa lokasi sekitar Bandar Bishkek.

Pemandangan di esok pagi. Malam tadi sampai memang nak mandi dan tidur jer 
Pada asalnya kami sepatutnya menginap di sebuah apartment berdekatan dengan Central Mosque sebab masa tu aku nak yang mudah jalan kaki sahaja pergi Solat Raya Aidilftiri. Namun ditukar pada saat akhir ke satu lokasi yang tak jauh dari Osh Bazaar. Dan disebabkan itu juga owner telah memberi diskaun selama kami menginap di apartment beliau.

Untuk unit apartment ini semua peralatan disediakan cukup lengkap. Memang teramat selesa buat kami sekeluarga. Katil queen, satu sofa bed dan extra bantal juga disediakan. Dan dari segi safety di bangunan apartment ini sangatlah tinggi.

Terdapat kawasan permainan dan taman di tengah compound banguan apartment ini.
Setiap kali nak keluar atau balik dari jalan-jalan. Mesti the kids minta masa nak bermain.
Bergembiralah wahai anak-anak walau tengah sejuk sangat di pagi hari.
Dan apabila owner tahu kami travel bersama anak kecil maka beliau juga telah membayarkan perjalanan Yandex kami dari Western Bus Station ke apartment. Apartment di sini lebih besar dan moden dari di Almaty namun aku lebih menyukai apartment di Almaty walau nampak lama tapi lengkap seperti heater di seluruh rumah.

Berbanding di sini heater hanya berfungsi di ruangan utama iaitu dari pintu masuk sehingga ke tempat tidur dan tidak di dapur. Namun kami tetap selesa dan bila dah check in lega lah hati ini dek kerana memikirkan the kids yang kepenatan dan keletihan. Dan perkara utama aku buat setelah check in adalah misi membasuh baju.

Terdapat kedai senjata tak jauh dari apartment. Teringin nak tengok AK-47 real life hihii.
Terdapat beberapa buah restoran berdekatan termasuk yang high-end seperti ini.
Selesai mandi kami makan malam dengan apa yang ada. Aku telah prepare Mi Segera, Coffee and Tea 3 in 1, Mushroom soup dicicah dengan roti yang dibeli dari Almaty. Walau malam ni last Taraweh dan esok last berpuasa namun tiada bau rendang, lemang dan ketupat. Dan tiada letupan mercun kedengaran. Suasana malam seperti malam-malam biasa.

Kalau di Malaysia mesti dah announce bila tarikh 1 Syawal dan malam akhir Ramadhan akan dipenuhi dengan suasana meriah. Mungkin sebab ramai yang tidak berpuasa maka sambutan syawal itu hanyalah perkara biasa bagi mereka. 

Sebuah pasaraya yang terletak tak jauh dari apartment.
Kalau membeli di kedai runcit seperti ini pun harga masih lagi murah.
Masa ini juga wife aku sibuk baca internet nak confirmkan bahawasa esok last puasa dan bukannya Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal. Nak buka tv pun tiada yang kami faham andai kata mereka ada buat announcement bila jatuhnya hari raya. Dan akhir sekali confirm esok adalah hari last berpuasa.

Di kala sedang kesejukan ternampak makcik ni jual jagung rebus panas.
Terdapat satu bakery berhadapan dengan apartment kami.
Masa sampai ni nak closing dah.. tak banyak yang tinggal. Staff pun dah malas nak layan :D
Berkenaan apartment ini yang aku suka adalah terdapat banyak pasaraya dan restoran disekeliling banguanan. Terdapat satu farmasi dan beberapa Cafe & Bakery yang berdekatan. Very convenient untuk bersantai-santai. Namun apa yang aku tak suka adalah lokasi apartment ini sangatlah jauh dari beberapa attraction utama di Bandar Bishkek.

Dan yang paling dekat hanyalah Osh Bazaar itu pun terletak kira-kira 1.2km. Dan kesemua destinasi lain kami perlu menggunakan perkhidmatan E-Hailing Yandex Go. Termasuklah nak ke masjid untuk bersolat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Harga asal penginapan adalah RM160.00 per night dan selepas diskaun kami hanya membayar RM125.00 per night sahaja.